Friday, 3 February 2017

Kolam Air Panas Sungai Klah Hot Spring Park, Sungkai Perak Yang Awesome!

Salam,
Holla dah lama tak cerita pasal percutian, asik cerita pasal makeup je kan.. hehe sorry la ye. Moh le saya kongsi dengan anda semua cerita Percutian saya di Sungai Klah Hot Spring Park, Sungkai Perak. Ni first time tau Nova pergi hot spring ni. Pernah dan selalu dengar tapi ntahla tak pernah sampai pun. Tak dapat nak bayang macam mana tempat ni. Percayalah, tempat orang kita sibuk-sibuk nak pergi sedangkan tempat sendiri ada Hot Spring yang best pun boleh tatau. Aku cam takda idea apa tempat ni sebenarnya... so untuk berkongsi maklumat dengan korang semua jugaklah.. so aku tepekkan gambar2 semasa bersukaria di sini.

Tempat ni bapak besar.. dan paling bagusnya adalah air ni adalah Kolam besar ini mendapat sumber air sejuk dari mata air gunung.


Budak-budak seronoklah mandi manda di sini.. besar dan selesa untuk piknik. Jangan lupa bawak tikar.

Malas nk tunjuk muka sebab tak makeup.. muka togel je

Mak lepak-lepak dengan aku. Tak kosa mak aku nak mandi.

Masa ni muka aku kembang lagi sebab baru sangat lepas pantang..

Batu tengah tu actually sotong kurita besar dan ada slide lagi

Ada jual makanan kalau lapar pi makan

Erm.. anak aku la yang paling excited.. berani pulak tu.. aku plak yang takut duk terjerit2 suh husband jaga dia eloq2

erm berenang ketepian

Apehal la tu muka cenggitu tu

Nampak tak kurita nya? tak nampak pendek umur.. hehe

Macam mandi pantai pulak diorang ni siap pelampung2 ni

Eskrem pun ada.. tapi biasala, makanan tu takdala ikut standard luar. Ada sikit mahal la.

Dah habis mandi perut pun lapar krukk krukk.. Kemudian ke tempat air panas menggelegak untuk rebus telur.. cam best je kan. Nak jugak la cuba. gambar ni siapa tah..

Basah2 tu lantakla sarung je baju

Air dia menggelegak sangat-sangat

kak yong aku, nak masak betul2 boleh atau separuh masak. Dua2 boleh.

cam besa.. abang aku tolong masakkan. Bini dia makan je ehh jaga anak


Sementara husband aku masak telur, aku gi rendam kaki kat kolam sebelah ni. Memula rasa panas giler.. lepas seminit rasa boleh tahan la..


Tempoh merebus telur

Eiman memang favourite dia tolo.

Ni kami yang pergi ke Kolam Air Panas Sungai Klah, husband i ambik gambar

Next, dah makan telur, kami ke kolam air panas. Kolam besar yang mendapat sumber haba dari bawah tanah. 
Happy kan ko nak.. 

ai is duduk tepi kuis2 air guna kaki je

Siap ada amaran, kalau kau ada masalah kesihatan yang kritikal jangan masuk kolam panas ni!

Pika

Tengok tu anak beranak yang seronok ronok

My kak yong

Lepas mandi air panas ni, boleh siram badan dengan air sejuk balik.

 Dah.. balik dan pergi naik tram ni. Cool giler, dahla eiman memang suka train. huhu lalalala

Ok mak pun happy. Fatimah kecik lagi masa ni.

Ok. dah habis dah cerita. Best tak? Mestilah best. Bayaran masuk seorang dewasa RM 15 tak silap aku. Lepas ni nak book bilik kat Felda Resident Hot Spring ni lah.. macam best je kan. Dapat tidur semalam jadila. OK tu je.. bai

Alamat : ko waze je Sungai Klah Hot Springs Park, Sungkai Perak

Sekian. haha pemalas giler nak taip panjang2.