Tuesday, 28 February 2017

Promosi W-Day | Penyediaan Makanan Fatimah Oleh Mak Mertuaku

Salam dan Holla semua,
Harini Nova nak cerita-cerita dengan korang semua, berkenaan betapa baiknya lahai mak mertua Nova. Setiap kali Nova pulang dari kerja untuk ambik anak, mesti makanan baby Fatimah dah siap -siap dimasak oleh mak. Selalunya mak akan masak bubur nasi dengan ayam, salmon, lobak merah, brokoli atau kentang. Mak akan tukar-tukar menu supaya Fatimah tak bosan. Fatimah ni pula, kalau makan masakan mak memang laju sangat dia makan. Punyalah suka makan bubur nasi sehinggakan tak boleh suap lambat-lambat, karang menjerit lah dia. Bubur nasi yang mak masak tadi aku kisar dulu dalam food blender jenama Philips. 



Blender ni memang khas digunakan untuk kisar buah, sayur dan makanan Fatimah.

Untungnya la badan hai. Mak memang sangat ambil berat pasal anak-anak, menantu dan cucu-cucunya. Mak memang seorang yang penyayang. Masa aku sakit teruk mengandungkan anak aku yang pertama, awal 2 bulan tu mak mertua aku yang jaga. Alhamdulillah Allah berikan aku mak mertua yang sangat caring, penyayang dan sabar. ehh.. yerla sabar dengan menantu dia ni la. hihihi Aku pun sayang mak mertua aku. Mak best. Mak la yang banyak ajar aku macam mana nak masak makanan bayi, bila masa sesuai nak bagi bayi makanan cair.. ehh senang cakap, apa-apa sahaja pasal budak-budak ni, aku memang banyak refer dengan mak.

Mak pesan, bubur simpan untuk makan 2 kali je. Esok petang mak buat yang lain. Kalau boleh mak memang nak baby makan makanan yang baru. Alhamdulillah sampai sekarang ni makanan baby terjaga dengan baik dengan adanya tunjuk ajar mak.

Setiap kali masak bubur, aku akan masukkan dalam bekas ni. 

Bila anak dah mula makann kenalah sediakan bekas yang mencukupi.

Hari Sabtu dan Ahad pula, selalunya aku yang akan masak untuk Fatimah. Dah lama tak masak untuk baby, mula-mula percubaan aku gagal, hangit sikit.. berkerak coklat. Kurang air kata mak. hehe Part yang aku paling paling suka adalah part last, blender makanan. Aku memang sangat-sangat memerlukan blender. Mesti kena ada blender, kalau tak camana Fatimah nak makan, dia mana ada gigi lagi kan. Peralatan elektrik rumah aku, Alhamdulillah lengkap. Ada jug kettle elektrik, microwave, water purifier, rice cooker, dan sebagainya. Perkakasan dapaur sangat-sangat membantu memudahkan urusan dan mempercepatkan kerja aku di dapur. 

Cerita bab perkakasan dapur ni, korang tahu tak, pada setiap 1HB BULAN bermula dari 1 Disember 2016 dan seterusnya! Senheng telah melancarkan kempen W Day, Promosi Eksklusif! Apa yang ditawarkan pada setiap 1HB BULAN bermula dari 1 Disember 2016 dan seterusnya adalah : 

Promosi 1 : Dengan hanya RM 1,  anda dapat menikmati 1-1 Produk Penggantian Waranti dalam masa 24 bulan. Promosi ini layak untuk peralatan kecil di bawah harga RM 500.

Promosi 2 : Anda layak menikmati Waranti Tambahan selama 2 Tahun secara percuma sepanjang kempen W Day bagi Perkakasan Elektrik, Peralatan Rumah & Gajet Digital yang berharga lebih dari RM 500.

           **Promosi ini adalah terpakai kepada ahli PlusOne sahaja.


Ha, kalau korang terfikir nak beli peralatan elektrik, Inilah masanya! Sila ke Senheng pada hari W-day ye agar korang juga boleh nikmati promosi yang sedang rancak berlangsung sekarang!

Nova tengah usha-usha beberapa barang di Senheng sekarang ni. Lepastu kita bodek husband kita dengan penuh kasih sayang supaya belanja kita beli barang mainan masak-masak yang baru ke seperti Slow Cooker, atau TV 36 inci sekali dengan home theater. Menangis husband i baca. hahaha Tapi i memang nak beli slow cooker, senang nak masak makanan timah. Malam-malam masukkan bahan-bahan dalam slow cooker, esok pagi-pagi tengok dah siap. Ha, kan senang kan! hihihihi perempuan ni memang macam-macam idea bijaksana.

haa.. untuk tidak melepaskan promosi hebat ini juga, ai telah pergi ke Senheng Sri Rampai untuk mengusha barangan yang diidamkan

Kakak dah sampai yey!

Masuk je, aku terus ke tingkat atas bahagian Small Appliances

dan yang ini, aku berkenan sangat!

ha, macam-macam ada kat sini. Rambang mata dibuatnya tak tahu nak pilih yang mana satu.

Not bad harga coffee maker ni kan..

Wowo.. ini idaman kalbu ni. Kalau dapat ni, berbut laki bini nak gosok baju. hihi

Yang ni aku pernah nampak dalam TV, senang je dia blend makanan.In fact, kawan aku pun beli alat ni untuk kisar makanan baby dia.

Ada 2 promosi sempena W-Day ni ok! Jangan lepaskan peluang!


Mana satu ye, yang ni atau yang atas? ermm....

Multi cooking modes! Senang sangat, tak payah risau nasik tak jadi elok.

Cewah! kakak pose dik!

Next, barangan yang melebihi RM 500. erm... jom tengok. 

Yang ni la yang saya nak tu bang! 

My aim tahun ni adalah nak beli sebijik Pengering Kain ni buat hadiah harijadi husband.. hehehehe dia suka basuh kain.. ok set! yang ni.

OMG! Abang! Ni la TV besar yang saya nak tu!



"Bang, kalau kita letak portable aircond untuk bilik No.2 pun ok jugak kan?" .... 😃

Sebelum Nova melabuhkan tirai.. jom tengok Small Appliances yang ada di Senheng.

WOW!!! Banyak kan!!







Apa tunggu lagi.. Staff di Senheng sedia membantu anda!

ha.. so macam mana uolls? Tergugat eiman tak? I akan beli beberapa barang yang i sebut tadi dalam masa promosi ini. Bukan apa.. memudahkan urusan sehariaaaan. Panjang sikit sabdunya tu. hihi... So korang semua cepat! pergi ke Senheng Showroom terdekat dan nikmati tawaran hebat ini pada Setiap 1HB BULAN. Ok! Jom lawati Laman web  Senheng di : http://www.senheng.com.my/


Sekian.