Tuesday, 21 February 2017

Sassy Nursing Bra by Shapee | Cara Pilih Nursing Bra Yang Bagus

Salam,
Holla semua. Alamdulillah Fatimah dah nak masuk 10 bulan pada bulan ini. Cepat sungguh masa berlalu. Mengandungkan Fatimah kali ini sedikit berbeza dengan masa mengandungkan Eiman dulu. Memandangkan ini kandungan yang kedua, Nova lebih bersedia dan teratur dalam merancang keperluan mengandung dan bersalin. Nova juga nak kongsikan beberapa tips dan pengalaman dalam memilih Nursing Bra yang selesa dan sesuai bagi ibu yang mengandung atau sedang menyusukan anak. Penting ke? Ya uolls! Penting sangat! Selama ni, Nova pun macam korang juga, ibu muda yang tak tahu memilih Nursing Bra yang terbaik, terbagus dan paling selesa. Ada beza ke bra biasa dan Nursing Bra? Yes dik.. sangat berbeza!.. jom akak story...


Ramai rupanya yang tak tahu cara untuk memilih Nursing Bra. Jadi, berikut adalah tips-tipsnya:

1. Dapatkan Panduan/Nasihat Dari Perunding Bagi Ukuran Yang Sesuai
Sangat penting untuk anda dapatkan nasihat dan panduan dari perunding yang lebih pakar kerana payudara wanita berubah dari saat dia mengandung sehingga selepas bersalin. Ini kerana selepas 8 minggu bersalin, badan wanita akan dilatih untuk mengeluarkan susu dengan kerap. Oleh itu bra yang sesuai dan selesa akan membuatkan payudara anda disokong dengan baik.

2. Pilih Bra Yang Boleh Memuatkan Keseluruhan Payudara Anda di dalam Cawan Bra
Untuk memilih bra yang sesuai, bukan sahaja anda perlu tahu ukur lilit badan, malah anda juga perlu tahu saiz cawan bra. Elakkan memilih cawan bra yang terlalu besar atau terlalu kecil. Nursing Bra yang terbaik semestinya elastik pada bahagian atas cawan untuk menyokong pergerakan payudara membesar dan mngecil kerana menghasilkan susu.

3. Beli Bra Yang Mempunyai 4-6 Cangkuk Pada Tali Belakang
Pada trimester ketiga, selepas 8 bulan mengandung, anda akan memerlukan ukur lilit yang lebih besar. Ya, Nova memang alami masalah ini. Bila dah membesar, bra pun dah mula tak muat. Anda akan mungkin memerlukan penyambung/band tambahan untuk dipasang pada cangkuk bra. Selain itu, pastikan anda memasang cangkuk paling hujung kerana ia akan memberikan ruang yang lebih untuk anda selesa bernafas. Selepas bersalin, anda boleh tingkatkan semula cangkuk ke depan, kerana rangka badan anda akan mengecil semula.

4. Jangan Paksa Payudara Untuk Muat ke Dalam Saiz Cawan Bra Yang Tertentu  Selepas Kelahiran
Pada pertama 8 minggu bayi dilahirkan, payudara anda akan mula hilang kawalan. Anda akan mengalami perubahan besar dengan saiz payudara kerana badan anda akan belajar untuk menyediakan susu dengan lebih kerap. Bra yang baik akan membantu dan menyokong payudara anda dalam apa sahaja keadaan.

5. Lihat Semula Pada Almari Pakaian Anda
Anda semestinya telah mempunyai bra dengan pelbagai bentuk dan corak. Namun, adakah bra yang anda pakai itu selesa dan menyokong payudara anda dengan baik? Bagi ibu-ibu yang bekerja mahupun suri rumah, pastikan anda memilih Nursing Bra yang selesa yang membuatkan anda berasa hebat sepanjang masa. 

So, salah satu Nursing Bra yang menjadi favourite/kegemaran Nova adalah Sassy Nursing Bra by Shapee. Kenapa Sassy Nursing Bra? haa... sebab-sebab yang Nova akan bagitahu ni memang sangat memenuhi dan memahami keperluan seorang ibu yang sedang menyusukan anak. 

Nova ada 2 kotak satu waran hitam satu lagi pink. I suka dua-dua warna ni.

Ha, ni dah keluarkan dari kotak, Tengok macam sport bra kan? Tak sangka ini Nursing Bra kan? dapat rasa tak keselesaaaaaanya?

Apakah kelebihan Sassy Nursing Bra by Shapee ni?

  1. Pertama, kainnya elastik dan Nova tak pernah rasa senak atau ketat apabila memakainya. 
  2. Kedua, sokongan 360 darjah. dari sisi atas bawah tepi belakang.. 
  3. Ketiga, Full Cup yang membuatkan kita rasa selesa sangat.
  4. Keempat, klip di depan dengan rekaan yang baik. Senang nak susukan Fatimah sebab bukaan besar.
  5. Kelima, mempunyai pad yang boleh dikeluarkan dan senang dicuci.
  6. Keenam, dibekalkan dengan penyambung yang boleh ditambah pada hujung cangkuk ikut keselesaan badan.


ha.. itu dia, nampak tak banyak betul kebaikannya. Korang pun mesti pernah alami masalah yang sama ketika sedang menyusukan anak kan? Sesetengah Nursing Bra ni ruang bukaan untuk susukan anak sempit, muat2 je, penat nak tarik ke bawah. Paham tak? Tapi Sassy ni, besar! haa.. senang.. Lagi satu susu meleleh kalau lambat pam. Sekarang aku dah tak risau dan tak ada masalah. Memang puas hati dengan kualiti dan performance Sassy Nursing Bra ni. So secara teknikalnya, berikut adalah kelebihan Sassy. 
  1. Reka bentuk 3D yang selesa (tidak berwayar)
  2. 360 ° sokongan yang selesa
  3. Rekaan tali tidak licin untuk sokongan maksimum
  4. Reka bentuk klip bra yang lebih berinovasi untuk keselesaan + fleksibiliti
  5. Boleh laras untuk setiap bahagian
  6. Pad bra boleh ditanggalkan supaya mudah ditukar
  7. Reka bentuk cawan penuh yang sesuai dan selesa
  8. Dibuat menggunakan material yang membuatkan kulit senang bernafas (nilon dan spandex)
  9. Percuma cangkuk penyambung


On ni ada product features seperti yang Nova dah catatkan

Carta saiz Sassy Nursing Bra adalah seperti di bawah 

Nampak tak? talinya lebar, tak mudah jatuh dan material nilon dan spandex yang sangat selesa di badan


Aku suka klip dia besar, senang nak cabut cepat dikala anak sudah menangis nak susu cepat

Bila klip dibuka, nampak tak betapa besar ruang untuk anak mencapai susunya. haa.. paham tak?

Pad yang boleh menjaga kebocoran susu itu malah mudah dibasuh

Perkataan Shapee di tepi tali bra

Next, betapa banyak cangkuknya? Pilih je mana-mana yang rasa sesuai dan selesa untuk anda

Tak cukup lagi dik non? Nah, penyambung percuma (didatangkan sekali) untuk uolls!

Yang ini warna hitam-kelabu. Yang best tu, bila pakai Nursing Bra ni, pakai sahaja baju apa2 pun, payudara anda selamat dijaga dan tidak kelihatan langsung di atas baju.

Mak suka, anak pun suka!

Maklumat tambahan untuk tatapan uolls!

Mana pilihan hati? Hitam atau Pink? Apa susah, ambik je dua-dua!

Sassy Nursing Bra by Shapee memang direka khas untuk ibu-ibu yang menyusukan anak. Yang mengandung pun sesuai juga.

Nursing Bra yang menjadi pilihan Nova dan memang sangat direkomen kepada anda-anda diluar sana yang terlupa bahawa keselesaan payudara juga adalah penting. Jangan lupa masukkan dalam list shopping anda ye!

Sassy Nursing Bra

RM 55.00 sahaja

anda boleh dapatkan di :
http://www.theshapee.com/product/sassy-nursing-bra/


Untuk sebarang maklumat lanjut, 





Last but not least! Nova, Fatimah dan Sassy Nursing Bra by Shapee

Sekian, terima kasih 🙇

Selamat Mencuba..