Sunday, 5 February 2017

Street Churros - Kesedapan Mengasyikkan dan Membahagiakan

"Abang teringinlah nak makan Churros!!"

Tersentak aku. Aku pergi dekat laki aku, pelan-pelan.. rapat-rapat. Lepastu aku tampar pipi dia! "Pap! Berangan!" hahahaha tengah-tengah malam mengidam nak makan Churros.. kot iye pun tunggu lah esok pagi bang! Rupanya, dia tengah tengok Facebook, nampak orang upload gambar makan Churros. isk isk.. aku ambik phone dia.. "WoW!! Ini sedap ni bang!". "PaP!" dia tampar muka aku balik. kurang asam! Tapi memang betul, Churros ni nampak sedap weh. aku ni dahlah peminat dessert. Churros ni ada semacam daya tarikan la aku rasa... memanggil-manggil nama ai mek. "Kita kena cuba ni sayang!" kata husband aku. Off course darling! Off course!


Pap..pap.. nak dijadikan cerita, minggu tu jugak aku dapat peluang untuk cuba Churros ni secara ekslusif! ha.. gilaa la kan kalau aku tak pergi. Berangan nak makan Churros dah ni. Kali ini aku takkan lepaskan peluang keemasaan ni. Lokasi : Street Churros di Berjaya Time Square (LG-36)

Sedap weh! sedap!!

Street Churros ni bermula di Korea Selatan, kira macam street food la macamtu. Lepas penat shopping-shopping diorang akan singgah lepak makan Churros jap. haa camtu kekdahnya. So dear all K-Pop lover, korang mesti cuba babe! Bawak Oppa korang gi Street Churros. Mesti diorang happy sangat sebab Churros dia memamng kababoom sedap! Now, misi diorang ni, adalah untuk upgrade Street Food ni menjadi makanan yang berkerlas.. premium, dengan menggunakan bahan-bahan yang segar ditambah dengan skil genius dari Chef  5 bintang diorang.

Lokasi Street Churros kakak adalah di Times Square, Kuala Lumpur

Sedar tak sedar..tumbang juga kakak dengan kesedapan churros ni dik. Sedap rangup nyaman tu sebab dia masak bila kita order so Churros dia memang rangup panas! Takda Churros yang sejuk2 takda. So boleh bayangkan tak? erm.. erm.. erm... first time makan Churros, sekali makan terus rasa nak makan lagi dan lagi.. meleleh ayaq liuq weh! Ok jom kakak tunjukkan satu persatu Menu yang ada di Street Churros ni k.

Yang pertama, ini namanya Churros ada perasa Cinnamon, Chocolate dan Cheese | Harga RM 4.90
Dipping :
Chocolate, Cream Cheese, Butterscotch dan Blueberry | Harga +RM 1.50

erm.. sedapnya!!! Panas ni.. panas!

Kedua, Filling Churros ada perasa Chocolate, Cream Cheese dan Custard| Harga RM 7.90

Ini feveret aku.. ko tengok bebaik.. meleleh ke tak meleleh tu? Mana aku tak goyang iman!

Yang ini adalah pengasas Street Churros, iaitu Datuk Joe Tan, orang yang bertanggungjawab membawa Street Churros Korea ini ke pasaran Malaysia. Di tangan Datuk Joe adalah 2 ketul Churros yang disambung ditengah membentuk sebuah hati. Khas buat peminat Korean Churros, anda tak perlu ke Korea untuk menikmati makanan yang sedap ini. Datuk Joe dah bawa masuk Malaysia dan dah ada 4 buah Street Churros ni di Malaysia. 

Hatiku... hatimu... menjadi satu cinta... cewah. Romantik babe.. bawak OPPA korang datang sini babe.. 

Next, Ice-Cream Churros | Harga 7.90
Topping :
Choco Choco, Choco Berry dan Mango | Harga + RM 1.00

Yang ini kosong, manis semanis senyuman adik ni

Ice-Cream Churros dengan topping Mango. Sedap tak tahu nak cakap camana!

Ice-Cream Churros dengan topping Choco Berry. Ini adalah favourite husband. Licin dia bedal tak tinggal sikit pun kat kita awaaa..

Close up Ice-Cream Churros dengan topping Choco Berry

Ice-Cream Churros dengan topping Choco Choco. Kakak suka yang ni dik. Sedap dik. Aiskrim dia.. erm.. lemak, sedap.. ditambah dengan kerangupan Churros yang masih panas! Ko rasa!! Perempuan mengandung boleh mengidam weh, camni punya sedap.

Ok, dah habis dah menu makanan, sekarang, menu air pulak. Yang ni pun boleh kasi goyang iman. Pertama, O' My Coconut dan O' My Mango Shake | Harga RM  9.90
Memang best selling, coconut shake dia sedap. Kakak cuba sampai 2 kali. uhhhh......sedaaaappppp 😃

Next, ada Lemonade, PassionFruitade dan Korean Citron Ade

Kakak rasa yang PassionFruitade, sedap. Manis je tak masam and sangat sesuai makan dengan Churros yang ada Filling. Tak muak.

Dah tu, apa lagi uolls, plan la gi Times Square. aku dah nak dekat 4 tahun kot tak jejak kaki kat sana. Tetiba jadi culture shock! Eh.. memacam ada korang. Baju seluar semua IN sangat dengan harga letop2. Ajak Oppa gi shopping situ, lepas shopping mesti penat kan, korang pergi la menikmati keenakan Street Churros seperti yang kakak cakapkan. InsyaAllah berkekalan rumah tangga, bahagia sepanjang masa. Abang Oppa pun happy. hahaha

Selain itu aku juga nak kongsi pengalaman aku melihat staff kat sini buat Churros. Diorang ni sangat terlatih dan yang melatihnya adalah Manager dari Korea. Oppa!

 Order kat kaunter depan, depan tu juga depa masak Churros uolls.

Steady je abang ni masak... Tu mesin-mesin nak buat Churros tu semua mai dari Korea.


Ha.. nampak tak? Bersih dan selamat di makan.


walaweh! dapnyer!

Ha.. amacam? Ekslusif tak kakak bawakan cerita Churros ni. Khas buat uolls semua yang disayangi.

Ni sedikit pengenalan berkenaan Street Churros ni.

Simbol Street Churros yang berbentu Horseshoe ni membawa makna Good Luck!

Untuk memudahkan korang, kakak letak siap2 harga makanan minuman agar korang boleh bawak duit yang cukup dan tidak rasa menyesal sebab tak beli kerana duit tak cukup. Lol panjang giler ayat.


Ini lokasi Street Churros yang korang boleh terjah. Ada 4 cawangan dan akan dibuka lagi banyak tahun ni.

IOI City Mall

One Utama Mall


Sky Avenue



Berjaya Times Square

Kakak Nova sempat bermanja bersama adik kakak yang comel tinggi bak model aka IAFoodHunter
Kredit gambar : InaAinaa 

dan akhirnya..husband yang mengidam tu pun dapatlah makan Street Churros ni.
Esoknya..."Abang nak makan Street Churros lagi lah!" .... "Pappp!" haa.. kena sekali lagi.


Selamat ber Street Churros uolls! Jangan tengok je.. kesian anak tekak!

Untuk maklumat lanjut boleh ke pautan berikut :

Facebook: www.facebook.com/StreetChurrosMY
Instagram : www.instagram.com/streetchurrosmy

Sekian.