Sunday, 26 March 2017

The Royale Bintang Penang Yang Mewah

Salam,
Holla, sedih ni tau sebab bulan ni, Mac sempat update beberapa entry je. Tak dapat nak meet target sebab 2 minggu tak sihat satu family pulak tu. Takperla.. sakit tu kan sebab Allah sayang. hehe ok back to cerita The Royale Bintang Penang Yang Mewah. Masa ni aku pergi penang melawat pakcik kawan baik aku Nisa. Plan asal balik hari je KL - Penang. Tapi sebab ada dua budak kecik yang mengamuk tu, kenalah mengalah mancari hotel mee segera. Nasib baik le kecanggihan teknologi membuatkan aku menempah bilik hotel dengan semudah abc sahaja. Cewah.. dalam kereta booking kat Traveloka, sampai je terus checkin. Bayaran suma dah settlekan guna online. Canggih kan sekarang ni.

Saturday, 25 March 2017

Veet Sensitive Touch Workshop | Gajet Kecantikan Terbaru Dari Veet

Salam,
Holla semua. Beberapa minggu lepas Nova telah dijemput untuk menhadiri Veet Sensitive Touch Workshop. Tanpa ragu-ragu Nova telah bersetuju untuk hadir ke workshop ini kerana Veet merupakan jenama sangat biasa dengan kehidupan Nova. Maklumlah saya ni ada keturunan hindustan sikit.. jadi sejak azali bebulus tu memang kena trim la, kalau tak trim husband ai boleh confius ni bini dia ke Orang Utan. haha...So, Veet dengan jayanya telah melancarkan satu gajet kecantikan yang baru dan menyebabkan aku sangat tertarik dan teruja untuk tahu dengan lebih lanjut. Yang bestnya haritu husband ai tolong hantar dan jemput ke sana yeay! 😋 

Muka bahagia sebab tak payah pening nak cari jalan.