Sunday, 26 March 2017

The Royale Bintang Penang Yang Mewah

Salam,
Holla, sedih ni tau sebab bulan ni, Mac sempat update beberapa entry je. Tak dapat nak meet target sebab 2 minggu tak sihat satu family pulak tu. Takperla.. sakit tu kan sebab Allah sayang. hehe ok back to cerita The Royale Bintang Penang Yang Mewah. Masa ni aku pergi penang melawat pakcik kawan baik aku Nisa. Plan asal balik hari je KL - Penang. Tapi sebab ada dua budak kecik yang mengamuk tu, kenalah mengalah mancari hotel mee segera. Nasib baik le kecanggihan teknologi membuatkan aku menempah bilik hotel dengan semudah abc sahaja. Cewah.. dalam kereta booking kat Traveloka, sampai je terus checkin. Bayaran suma dah settlekan guna online. Canggih kan sekarang ni.


Aku rasa aku tak pernah lagi stay dekat The Royale Bintang Penang di mana-mana. KL ada satu kan.. erm. Memandangkan dalam blog-blog ada tulis good review pasal The Royale Bintang Penang ni, maka kami pun pilihlah sini. Aku kalau pilih hotel, memang aku je yang buat keputusan. Husband aku memang akan ok je manjang. hihi Nak tengok tak kemewahan yang bersifat sementara itu? Layan...

Inilah budak yang dalam kereta tu mengamuk sakan tu.. kata nak sleep. Bila sampai dah layan TV plak.

Dalam bilik ada kerusi mewah di situ. Eiman dengan daddy la yang layan duk situ.. aku takda nak kesah sangat pun

Aku kan kalau pergi hotel mesti aku perati dari semua sudut, sampai ke siling dia aku tengok. Kekonon inspirasi untuk rumah sendiri nanti. Erm.. ntahla bila nak siap rumah aku tu.. dah 4 tahun nunggu dah ni..

Kemain dua orang ni

 Memang standby sepasang baju dalam beg bola tu. In case kalau tak balik. Memang tak balik pun... Yang lain semua barang anak

fatimah dan mak dia berpisah tiada... sekarang barulah aku paham bagaimana kah sikap seorang anak perempuan..

Shower pun nak tunjuk... erm.. tunjuk jela

Cermin besar gabak 

Tempat berak pun nak tunjuk? hahaha... 


Sekejap Ada

Sekejap Tak Ada!

 hihih... big boss nampak 

ha.. daddy dah sampai.. Daddy lambat gi parking kereta. Mummy masuk bilik dulu dengan anak-anak. 

Camana? Lawa tak bilik ni?

Meja Mekap



ahhh.... tu jela nak tunjuk. Harga bilik ni.. eh berapa ekk
Jap aku usha resit dia kat email jap



Ni Deluxe Room ye, Hotel 4 Bintang

Harga kat Traveloka dalam RM 315 ++

Breakfast best jugak.. Pool pun lawa. Tapi tak sempat la nak mandi. Tak bawak pun baju mandi eiman. Dahtu lepas makan siap2.. checkout. Singgah beli jeruk pastu balik..

Sekejap je.. tapi memang selesa la..Yang penting mummy tidur nyenyak seperti seorang puteri raja. hahahaha..

Ohh.. tu jela. K bai

Sekian. 😃