Saturday, 25 March 2017

Veet Sensitive Touch Workshop | Gajet Kecantikan Terbaru Dari Veet

Salam,
Holla semua. Beberapa minggu lepas Nova telah dijemput untuk menhadiri Veet Sensitive Touch Workshop. Tanpa ragu-ragu Nova telah bersetuju untuk hadir ke workshop ini kerana Veet merupakan jenama sangat biasa dengan kehidupan Nova. Maklumlah saya ni ada keturunan hindustan sikit.. jadi sejak azali bebulus tu memang kena trim la, kalau tak trim husband ai boleh confius ni bini dia ke Orang Utan. haha...So, Veet dengan jayanya telah melancarkan satu gajet kecantikan yang baru dan menyebabkan aku sangat tertarik dan teruja untuk tahu dengan lebih lanjut. Yang bestnya haritu husband ai tolong hantar dan jemput ke sana yeay! 😋 

Muka bahagia sebab tak payah pening nak cari jalan.

Berbalik kepada cerita Veet Sensitive Touch Workshop ni, mula-mula Nova sampai, ai telah mencuba jaya dahulu menggunakan Veet Sensitive Touch ni. Teman ni tak biasa guna mesin, biasa guna yang manual je, tapi demi keterujaan ai telah menoreh segala bebulu yang disediakan. Kat bawah ni, tangan seorang blogger yang cantik, aku minta dia tolong pegang sebab tangan aku tak lawa. mih mih mih. Sumpah senang sangat nak caras! Zap zap zap.. selesai bulu tiruan itu gondol dibuatnya. haha


Veet Sensitive Touch ini didatangkan dalam pek yang lengkap siap ada bateri. Tak payah pening nak singgah kedai beli bateri pulak. Ada 2 mata, satu lebar satu kecik. Kemudian, ada sarung kepala dia kalau korang nak hasil yang tak licin-lincau. Kalau aku ada mesin ni, aku dah tahu dah siapa yang akan pakai selalu.. aku rasa nanti mula-mula sekali mesti husband aku akan test mesin ni trim janggut dia.. erm.. elokla tu. Sebabnya selama ni pun, aku yang selalu kena trim janggut dia. So dah ada gajet ni, bolehla dia buat sendiri kan.


Kemain.. lawa sangat la ehh

Ini dia pek lengkap Veet Sensitive Touch! Electric Trimmer.

Dah puas bermain dengan Mesin Pencukur itu, Nova pun bergambarlah di backdrop Veet Sensitive Touch Workshop ni. Terima kasih pada jurugambar yang tolong ambikkan gambar ai. jangan ditanya kenapa berbaju kurung... haha biasala orang kerja kerajaan kan. Balik kerja terus je ke Veet Sensitive Touch Workshop ni. Malas nak salin baju bagai.. lagipun ok je kan pakai baju kurung?.. hihi


Aksi kedua sambil memegang belon.

Lawa belon Veet ni, siap ada bulus lagi dalam tu.

Seterusnya, majlis pun dah nak mula. Pengacara majlis pada hari itu adalah si cantik manis di bawah ni. Macam pernah nampak tapi di mana ya... hihi

Kata-kata aluan dan penerangan ringkas oleh Tiffany Tang
Marketing Director of RB Malaysia and Singapore

 Diantara kata-kata ucapan Tiffany Tang adalah :

“Kajian menunjukkan tiada kaedah lain di pasaran yang mampu membantu penjagaan di setiap bahagian sensitif secara tepat, lembut dan mudah seperti yang diperlukan. Wanita pula terpaksa menggunakan pelbagai produk seperti pisau cukur, penyepit, krim penanggal bulu, helaian lilin penanggal bulu dan pelbagai alat lain untuk menanggalkan bulu di kawasan yang sukar dicapai,” 

"Masalah ini boleh ditangani dengan solusi inovasi baharu daripada Veet." 

“RB mempelopori dan merupakan perintis dalam inovasi – ia adalah komitmen kami yang berterusan, hasilnya adalah RB melancarkan produk menanggalkan bulu yang pertama oleh Veet kira-kira 100 tahun lepas, dan kami meneruskan komitmen itu sehingga kini. Sebagai jenama utama pilihan wanita, kami mencipta pembaharuan yang meliputi segala keperluan – penghasilan peranti elektronik yang mampu memberi penampilan yang kemas sempurna, menarik dan pada masa yang sama mudah, cepat serta lembut pada kulit,”

Ya betul nampaknya mesin elektronik baru ini mempunyai ciri-ciri yang sangat diperlukan oleh wanita sepertiku. Dengan adanya mesin elektronik ini, ia akan memudahkan perapian bulu di bahagian tubuh yang sensitif seperti kening, bawah lengan dan kawasan bikini. Sangat mudah, cepat serta lembut pada kulit. Memang tak akan luka ye, sebab dia tak pakai pisau pencukur. Dah lah tu, ringan, kecik dan mudah di bawa.

Seterusnya, memandangkan ini adalah workshop, seorang selebriti makeup artist iaitu Stevensunny telah dijemput untuk membuat demonstrasi menggunakan Veet Sensitive Touch ini untuk merapikan kening. Ada 3 jenis perapian kening yang ditunjukkan oleh Stevensunny iaitu Rock style, Korean style dan Bohemian style. Jom kita tengok...

Pertama sekali adalah Rock style. Stevensunny (Celebrity Makeup Artist) telah menunjukkan cara untuk mendapatkan kening Rock style pada model dengan menggunakan Veet Sensitive Touch. Kening Rock style adalah berbentuk bulat yang besar di bahagian depan kening dan berwarna gelap.

Stevensunny tengah terangkan cara-cara mendapatkan hasil Rock style


Ilustrasi Rock style
Berbentuk bulat yang besar di bahagian depan kening dan berwarna gelap

Kedua, Stevensunny menunjukkan cara mendapatkan gaya kening Korea pada model dengan menggunakan Veet Sensitive Touch. Ciri ikonik gaya ini adalah kening lurus dan ia adalah lengkap beralun menjadikan si dia nampak lebih muda. Siapa yang minat korean drama tu bolehla cuba lukis kening macam model di bawah ni.

Stevensunny tengah terangkan cara-cara mendapatkan hasil Korean style


Ilustrasi Korean style
Kening lurus dan ia adalah lengkap beralun

Comel tak?

Ketiga adalah Bohemian style. Stevensunny sedang menunjukkan cara menggayakan kening Bohemian kepada model menggunakan Veet Sensitive Touch. Kata Steven, gaya ini memberi tumpuan kepada keharmonian dan alam semula jadi dan kening model akan nampak lebih tebal dan penuh.

Bersunggug Steven menggayakan kening model ni. Senang sangat nampaknya dia buat. zap zap selesai terus. 

Ilustrasi Bohemian style
Kening lebih tebal dan penuh

Cute kan?

Selesai sahaja demonstrasi dan tips-tips berguna diberikan oleh Steven, maka beralih la pula kita kepada sesi chit-chat bersama Amber Chia, Supermodel and Actress terkenal Malaysia.  


Supermodel Malaysia dan Aktres Amber Chia, sangat memuji Veet Sensitive Touch kerana boleh menjimatkan masa para wanita yang sibuk sepertinya dan tidak perlu lagi menggunakan kaedah membentuk kening tradisional yang rumit dan tidak selesa. Kata beliau lagi :

“Kecantikan amat penting buat saya, bukan sahaja kerana saya seorang selebriti tetapi saya merasa lebih yakin apabila saya kelihatan cantik. Bagi saya, kening yang dibentuk rapi sangat penting untuk melengkapkan penampilan wajah. Sebenarnya saya tidak berapa gemar untuk merapikan kening menggunakan penyepit kerana cara ini memakan masa dan juga menyakitkan. Jadual saya pula sangat padat dan kadangkala sukar bagi saya meluangkan masa untuk merapikan kening agar kemas sebelum berdepan dengan kamera. Semuanya kini berubah selepas saya mula menggunakan Veet Sensitive Touch. Saya tertawan dengan kelebihan Veet yang pantas dan tidak menyakitkan sewaktu merapikan kening. Kini saya membawa alat ini dalam beg tangan pada setiap masa!” 


Kelakar rupanya Amber Chia ni. hihi tergelak-gelak aku dengar lawak dia. 

Amber Chia (Supermodel dan Pelakon) di Veet Touch Sensitive Workshop.

Model-model bersama Veet Sensitive Touch

(Ke-3 dari kiri) Amber Chia (Malaysia Supermodel dan Pelakon), Tiffany Tang (Pengarah Pemasaran RB Malaysia dan Singapura), Stevensunny (Celebrity Makeup Artist) dan model yang menjayakan Veet Sensitive Touch Workshop.



Selesai majlis, Nova diberikan satu set Veet Sensitive Touch untuk dicuba. Kalau nak tengok review Veet Sensitive Touch ni, stay tune ya pada blog Nova. Akan di upkan pada bila-bila masa. hehehe Tanpa mensia-siakan sesi workshop ini, Nova sempat merakamkan kenangan bersama Amber Chia dan blogger-blogger Malaysia yang dijemput hadir.

Amber Chia dan Nova si demok

Nova dan blogger yang ramah Farah Waheda. Blogger at Bubblynotes Dot Com

Nova bersama Blogger terkenal Sabby Prue. 

Nova bersama Aida Sue dan Fatin Bella. Cecantik je depa ni tau! Selain tu, Cik Lily pun ada... Nova ada up gambar di IG.

Mesin elektronik mempunyai kepala yang boleh di tanggal untuk memudahkan potongan rambut mengikut ukuran yang tepat. Potongannya sangat lembut pada bahagian badan yang sensitif, seperti kening, ketiak dan garis bikini. Bilah memotong direka khas untuk tidak menyentuh kulit anda semasa penggunaan, oleh itu tiada risiko luka. Veet Sensitive Touch dijual pada harga RM119.00 di kedai farmasi utama di seluruh negara serta penjual-penjual melalui dalam talian.





Sekian and stay tune ya.. for my personal review. tata 😃