Monday, 24 April 2017

Carrie Junior dengan Pek Isian Semula

Salam,
Sekarang ni penjimatan adalah sangat-sangat digalakkan sejajar dengan peningkatan kos sara hidup pada masa kini. Namun begitu, adalah penting juga untuk kita sebagai ibu bapa untuk membuat pemilihan yang tepat dalam memenuhi keperluan seharian anak-anak. Seperti ibu bapa yang lain, Nova dan suami juga sentiasa menitikberatkan tentang kebersihan anak-anak. Kami tidak akan dengan semberono membeli produk yang dijual dipasaran untuk kegunaan anak-anak melainkan kami benar-benar yakin dan pasti dengan kualiti sesuatu produk. Diantara produk mandian yang menjadi pilihan setia kami adalah jenama Carrie Junior.

Anak-anak suka, mummy lagi gembira ๐Ÿ™‹

Sunday, 16 April 2017

Veet Sensitive Touch Review | Mencukur Tanpa Rasa Sakit

Salam,
Aku memang selalu ada masalah kegatalan dan pedih selepas becukur. Dua sebab gatal dan pedih, pertama, sebab kulit cedera, kedua sebab bulu baru nk tumbuh. Dari dulu aku kena hadapi masalah ni. Setiap kali nak bercukur, perasaan menyampah, bosan tak suka semua datang. Untunglah sangat siapa yang tak ada banyak bulu roma. Tak macam aku, genetik dalam badan aku ni memang genetik banyak bulu agaknya. Ada masanya, aku malas sangat nak menghadapi kegatalan dan kepedihan ini, lalu aku biarkan sahaja bebulu itu memanjang sehingga boleh diikat tocang. hahahha...

Wednesday, 12 April 2017

LakePark Residence di KL North Rumah Idaman

Salam,
Holla semua. Membuat pilihan dalam hidup bukanlah suatu perkara yang mudah. Tidak kira besar atau kecil. Semua orang nak yang terbaik dalam hidup ni kan. Aku juga tak terkecuali. sebagai contoh, untuk memilih tema baju raya tahun 2017 pun mengambil masa yang agak lama dan keputusan pun sering bertukar-tukar. Kejap nak turqois, kejap nak pink purple. Itu baru baju raya, belum lagi nak pilih nama anak. Ohh sumpah. Nak pilih nama anak adalah keputusan paling susah aku dan suami pernah buat. Makan masa berbulan-bulan dan berkotak-kotak buku Panduan Nama Anak Dalam Islam kitorang dah selak. 

Ha, selain itu, ada satu lagi keputusan yang selalunya orang kata susah nak buat; iaitu "Kat mana nak beli rumah?"..

Tuesday, 11 April 2017

Deep Clean Neutrogena Pilihan Hatiku!

Salam,
holla semua. Mencuci muka adalah satu rutin harian yang anda tak boleh langsung skip! Kena buat hari-hari semalas-malasnya sekali sehari. Kalau yang rajin tu, boleh buat pagi, tengah hari, petang dan malam. Kalau aku, setiap kali nak solat, kalau sempat, aku akan cuci muka. Kenapa pentingnya cuci muka? sebab kulit muka akan berminyak dan kotor, mencuci muka dapat menjaga kesihatan kulit. melembap dan sekaligus kita akan rasa segar. Betul tak?

Pencuci muka pilihan Nova semestinya dari jenama Neutrogena

Friday, 7 April 2017

Lexis Port Dickson | Private Water Chalet Full Sea View

Salam,
Holla.. masa ni mak pergi Umrah.. kakak aku yong dengan si pika menghantarlah mak ni ke KLIA. Malam tu kakak aku tidur kat rumah aku memandangkan esoknya hari Sabtu kan. Tak ada plan pun nak pergi ke mana-mana, mungkin jalan-jalan di KL je.. Yerlah sangat kan! Masalahnya, bila jari jemari aku ini mengetuk keyboard dan menaip Airbnb... dah mula la nampak je yang menarik-menarik ni. Memanggil-manggil je suh pi jalan.. aish!!!! Ini kerja GILA!

Thursday, 6 April 2017

Menginap di Rumah Mewah di Kuala Lumpur | K Residence

Salam,
Pada suatu pagi yang indah dan hening.. aku bangun awal dan termenung memikir, bila la nak sihat sepenuhnya ni. Dah seminggu lebih batuk dan demam. Sampai boleh rasa tak larat nak bangun pagi. MC minggu ni sampai 3 hari doktor bagi. Masuk hari ke 5, aku tak tangguh lagi dan terus pergi medical checkup di Gleneagles Ampang. Alhamdulillah, result ok. Jangkitan bakteria rupanya, sebab itu lambat baik.