Monday, 24 April 2017

Carrie Junior dengan Pek Isian Semula

Salam,
Sekarang ni penjimatan adalah sangat-sangat digalakkan sejajar dengan peningkatan kos sara hidup pada masa kini. Namun begitu, adalah penting juga untuk kita sebagai ibu bapa untuk membuat pemilihan yang tepat dalam memenuhi keperluan seharian anak-anak. Seperti ibu bapa yang lain, Nova dan suami juga sentiasa menitikberatkan tentang kebersihan anak-anak. Kami tidak akan dengan semberono membeli produk yang dijual dipasaran untuk kegunaan anak-anak melainkan kami benar-benar yakin dan pasti dengan kualiti sesuatu produk. Diantara produk mandian yang menjadi pilihan setia kami adalah jenama Carrie Junior.

Anak-anak suka, mummy lagi gembira 🙋

Carrie Junior ni dah bertapak selama lebih daripada 20 tahun. Jenama yang dipercayai dalam penjagaan diri bagi kanak-kanak dan bayi. Berita baiknya, Carrie Junior kini menawarkan pek isian semula tau. Satu pilihan tepat dalam penjimatan kos baik untuk pengguna lama atau baru. Korang dah tak perlu berbelanja lebih lagi. 

Pek isian semula baru ini membantu dalam memulihara alam sekitar kerana ia mengurangkan keperluan membeli botol mandian baru yang menyebabkan pembaziran sisa plastik dan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar. Dengan Carrie Junior Refill Packs, mak ayah dapat berjimat disamping menyelamatkan alam sekitar. Bagus kan?

Carrie Junior Refill Packs kini terdapat bagi rangkaian "Hair and Body Wash" dan "Baby Bath".

Carrie Junior adalah rangkaian premium yang membantu merapatkan hubungan Nova dengan anak-anak semasa waktu mandi. Dengan buih yang banyak, ia sungguh menyeronokkan. Tengoklah tu Fatimah, buih pun nak makan.. isk isk 😁

Nova memang peminat tegar Carrie Junior, jadi dengan adanya pek isian semula ni, jimatlah sikit kan..

terpinga-pinga nampaknya di kecil.. 👀

Carrie Junior ini diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Terdapat pelbagai pilihan wangian buah-buahan tau! Nova sangat puas hati sebab Carrie Junior bertindak membersih dengan efektif sambil melembutkan kulit adik. Yang paling penting Carrie Junior diiktiraf Halal. Diantara produk-produk yang dikeluarkan oleh Carrie Junior adalah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil.


Pek isian semula Carrie Junior Baby Bath 500g berharga = RM8.90* (Semenanjung) dan RM 9.30* (Sabah & Sarawak) 

Pek isian semula Carrie Junior Hair and Body Wash berharga = RM9.90* (Semenanjung) dan RM 10.40* (Sabah & Sarawak). 

Produk Carrie Junior boleh didapati di gedung-gedung runcit terkemuka, pasaraya hiper, pasaraya, dan farmasi terkemuka di seluruh Malaysia. *Harga termasuk GST.


Terima kasih Carrie Junior kerana sentiasa mencari cara baru bagi memenuhi keperluan pengguna setia yang sentiasa mengutamakan nilai dan kualiti. Thumbs up! 👍
Ingat gajah, Ingat Carrie Junior!

Sekian, terima kasih kerana berkunjung ke sini!