Tuesday, 11 April 2017

Deep Clean Neutrogena Pilihan Hatiku!

Salam,
holla semua. Mencuci muka adalah satu rutin harian yang anda tak boleh langsung skip! Kena buat hari-hari semalas-malasnya sekali sehari. Kalau yang rajin tu, boleh buat pagi, tengah hari, petang dan malam. Kalau aku, setiap kali nak solat, kalau sempat, aku akan cuci muka. Kenapa pentingnya cuci muka? sebab kulit muka akan berminyak dan kotor, mencuci muka dapat menjaga kesihatan kulit. melembap dan sekaligus kita akan rasa segar. Betul tak?

Pencuci muka pilihan Nova semestinya dari jenama Neutrogena
Ada 3 produk pencuci muka dari Neutrogena yang Nova dah cuba selama seminggu. iaitu :
1. Deep Clean Brightening Cleansing Oil to Foam 
2. Deep Clean Brightening Foaming Cleanser
3. Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub


Yang pertama adalah Deep Clean Brightening Cleansing Oil to Foam. Ia bertindak sebagai Makeup Remover sekaligus juga sebagai pembersih muka. Dual Cleansing dalam satu cucian. Jimat masa dan tenaga! Mengandungi ekstrak Mulberry yang bertindak untuk menjadikan kulit lebih cerah. Cara nak guna dia, pertama sekali buang kotoran makeup menggunakan pencuci (oil/minyak). Kedua, setelah makeup ditanggalkan, letakkan air dan cuci muka secara menyeluruh.


Sekarang ni Deep Clean Brightening Cleansing Oil to Foam ni menjadi pihan Nova kerana mudah sangat nak tanggalkan makeup. Baunya harum, segar, teksturnya ringan dan tidak terlalu berminyak. Sapuan pertama dah boleh tanggalkan makeup kalis air. Kalau maskara kena tennyeh sikit, tapi tak perlu kuat2. Lepastu bilas dengan air.. dah siap. Balik kerja memang Nova capai yang ini dulu.


Kedua, Deep Clean Brightening Foaming Cleanser adalah kawan baik Nova. Sebab apa kawan baik? Sebab Nova gunakannya setiap pagi. Bangun pagi je mesti capai Deep Clean Brightening Foaming CleanserMencuci secara mendalam dengan 2 kali kuasa mencerah. Setiap kali basuh muka, kulit akan menjadi cerah. Ia menanggalkan kotoran, minyak, kulit mati, sisa makeup, sun block atau krim bb yang tertinggal pada kulit. Maknanya di sini, ia mencuci dengan berkesan sekali. 


Yang bagusnya, Deep Clean Brightening Foaming Cleanser ni ditutup dengan baik, terjamin kebersihannya tau. Ada seal lagi ha..

Teksturnya berkrim, pekat dan hanya perlu guna sedikit sahaja. Baunya segar, macam bau buah 'Peach'. Apabila disapu pada muka, ia menghasilkan buih yang banyak dan rasa puas hati sangat selepas mencuci. Nampak tak, creamy kan pencuci muka ni, (gambar di bawah).  I like!


Ketiga, Deep Clean Blackhead Eliminating Daily ScrubHari-hari boleh skrub! Siapa kata tak boleh skrub hari-hari tu memang ketinggalan zaman. Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub ni memang sangat berkesan menanggalkan blackheads kat hidung tu. Dengan cucian pertama sahaja Nova dah boleh rasa selesa. Sejak amalkan Blackhead Eliminating Daily Scrub, Nova dah kurang menggunakan cangkuk besi untuk buang whiteheads and blackheads. Tangan pun dah tak gatal nak korek-korek hidung. 


Nampak tak dalam produk ni ada biji-biji yang haslu dan kasar. Sangat efektif uolls untuk menyental hidung dengan jayanya!

Ok, cuba bayangkan hidung korang dan blackheads yang bersepah tu. Pastu letak scrub ni pada hidung atau mana-mana tempat di muka yang difikirkan perlu dan mula menyental. Usaha tangga kejayaan. Demi hidung yang licin lincau! Marilah kita berusaha! Ayuh! Memang power kuasa sentalan skrub ni, aku punya waterproof eye liner pun boleh tanggal. 


Dalam, tiga-tiga produk pencuci Neutrogena ni, yang paling-paling aku suka adalah :
Deep Clean Brightening Cleansing Oil to Foam 

Sebab, balik kerja paling mudah capai pencuci ni, zap zap zap, 2 in 1 dah siap. Muka bersih hati senang, anak gembira. Mak-mak kan, mestilah kena buat mana yang perlu dengan pantas. Dahla muka bersih! Terasa segar dan nyaman pulak tu. Baunya sangat refreshing! Yang Skrub tu pun best jugak.. errmm ai is suka sangat! ehh korang cubalah Deep Clean dari Neutrogena ni. Nak tahu jugak mana satu yang korang suka. boleh?


Semestinya My Happy Skin 24/7

Untuk maklumat lanjut mengenai Deep Clean Neutrogena sila layari 

Sekian. Terima kasih.