Wednesday, 12 April 2017

LakePark Residence di KL North Rumah Idaman

Salam,
Holla semua. Membuat pilihan dalam hidup bukanlah suatu perkara yang mudah. Tidak kira besar atau kecil. Semua orang nak yang terbaik dalam hidup ni kan. Aku juga tak terkecuali. sebagai contoh, untuk memilih tema baju raya tahun 2017 pun mengambil masa yang agak lama dan keputusan pun sering bertukar-tukar. Kejap nak turqois, kejap nak pink purple. Itu baru baju raya, belum lagi nak pilih nama anak. Ohh sumpah. Nak pilih nama anak adalah keputusan paling susah aku dan suami pernah buat. Makan masa berbulan-bulan dan berkotak-kotak buku Panduan Nama Anak Dalam Islam kitorang dah selak. 

Ha, selain itu, ada satu lagi keputusan yang selalunya orang kata susah nak buat; iaitu "Kat mana nak beli rumah?"..

Orang kata "Beli rumah masa muda ni, dah tua hutang rumah dah settle!.. Memang betullah tak dinafikan. Tapi soalannya.. "Nak beli rumah kat mana?"

Kakak juga seorang yang agak cerewet untuk membuat keputusan besar seperti ini. Ada banyak faktor yang perlu diambil kira seperti, lokasi, keluasan bukaan rumah, kepadatan penduduk, kemudahan yang disediakan dan disekitarnya, keindahan alam, huh.. ok list akak takkan habis. Tapi mana nak cari semua yang disebutkan di atas? Kalau ada pun, harganya pula berapa?

Sharing is caring kan. So akak nak kongsi satu lokasi menarik, harga menarik yang korang boleh pertimbangkan kalau korang juga tengah mencari jawapan kepada persoalan yang sama macam kakak. Lokasinya iaitu LakePark Residence di KL North. Kenapa kakak cadangkan  LakePark Residence?

  1. Pertama, sebab LakePark Residence telah dirancang secara baik dan kedudukannya sangat strategik untuk memenuhi impian keluarga bandar yang sukakan kemodenan. 
  2. Kedua, konsep utamanya iaitu ke arah mewujudkan persekitaran yang menggalakkan kedamaian keluarga anda dan keharmonian hidup bermasyarakat.
  3. Ketiga,  ia dibina dengan penuh gah dan elegan di tebing tasik seluas 23 ekar dengan pemandangan yang menarik sekitar tasik dengan Taman Tasik Rekreasi yang unik. 
  4. Keempat, LakePark Residence bakal menjadi mercu tanda ikonik destinasi rekreasi terkini Kuala Lumpur.
  5. Kelima, hanya 20 minit dari KLCC dan berhampiran dengan Publika dan Mont Kiara. 

Awak nak tengok tak tempat ni secantik mana? Jom.. pasti terpegunlah dengan kecantikannya. 




Lawanya!!



Diantara kemudahan yang ada adalah:


OMG ada tasik la..siap dengan view deck lagi!! 🎊 🎊 camni dah tua nanti boleh jogging sesama sambil pegang tangan romantik2.. huhuhu



Pastu eiman dan Fatimah boleh lelepak mandi swimming pool yang cantik ni


Ada Gym

Jogging Track 

Garden by The Lake.. bosan2 bleh main catur kat sini.. awww

Terpaling best.. dia ada Pulau Burung

Pulau Burung ni dah siap dah.. burung pun dah ada. Serius ni..

haaa.. sukanya. Aku kan peminat binatang!

Terbaek!

Pastu nak tengok tak deko2 rumahnya? alaa.. nak kan?.. pastu pengsan jangan salahkan kakak k! Napa pengsan? Sebab lawa sangat!




Simple je bilik ni.. lawa kan? Nak bilik macam ni pls!


Nangis.. 😳 lawa ni..



uhh.. mantap sekali.


Ini Plan Bangunan. Blok B menghadap KLCC dan Lake Park, manakala Blok A menghadap ke Genting. Tengah2 pula menghadap pemandangan bandar. Semua sudut lawa je.

Ini salah satu contoh bukaan rumah Type C iaitu 1,275 kaki persegi.

ha.. damai kan, memang kawasan ini dibangunkan untuk korang yang sukakan keindahan alam dan takmo stress-stress. Kerja dah stress kan, balik rumah mestilah nak rasa tenang dan damai kan? Rumahku syurgaku ye tak?  

So sebagai rumusan, berikut adalah maklumat hartanah :

Nama Hartanah: LakePark Residence
Jenis Hartanah: Serviced Apartment
Furnishing: Sebahagiannya-berperabot
Dijangka siap pada Disember 2017
Terdapat 6 jenis unit: 975 kaki persegi - 1,548 kaki persegi


So, berapakah harganya?
Harga Jualan bagi 50 unit di LakePark Residences bermula dari RM489K sahaja!! 😲

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari pautan di bawah :

Opps.. cop cop! Bukan itu sahaja, selain itu, ada Lucky Draw lagi tau untuk anda!


ha..siap ada yang menang kereta Honda tau!


Apa lagi hadiah menarik? tu.. anda berpeluang untuk menang Percutian Percuma ke Tokyo Disneyland atau Gold Coast, Australia.




dan untuk maklumat lanjut juga anda boleh ke pautan di sini ni k : 

So, kalau korang nak ambik langkah seterusnya silalah melihat dan melawat kawasan sekitar, isi form tu dulu. Ingatan untuk akak juga, sementara muda, Jom kita beli rumah!

Sekian.