Friday, 7 April 2017

Lexis Port Dickson | Private Water Chalet Full Sea View

Salam,
Holla.. masa ni mak pergi Umrah.. kakak aku yong dengan si pika menghantarlah mak ni ke KLIA. Malam tu kakak aku tidur kat rumah aku memandangkan esoknya hari Sabtu kan. Tak ada plan pun nak pergi ke mana-mana, mungkin jalan-jalan di KL je.. Yerlah sangat kan! Masalahnya, bila jari jemari aku ini mengetuk keyboard dan menaip Airbnb... dah mula la nampak je yang menarik-menarik ni. Memanggil-manggil je suh pi jalan.. aish!!!! Ini kerja GILA!


Aku ni memang suka-suka je jalan tiba2.. diorang pun ON je pulak kan. Maka terjadilah percutian sehari ke Lexis Port Dickson. Sebelah Grand Lexis, aku ada entry pasal Grand Lexis yang swimming pool dalam bilik tu. Ingat tak? Tapi kalini Lexis PD, takda pool.. dia atas air je. Bilik tak besar sangat tapi cukuplah untuk kitorang bertiga dan 2 kanak2.  Siapa yang tak suka bercuti kan.. Aku pun masa ni dah lama tak bawak Pika gi jalan-jalan, So.. bilik yang aku booking ni ada 1 katil kng dan 1 katil single. 

Lawa biliknya, siap ropol2 atas tu.. rasa romantik plak.

Ini satu katil single. Erm kecik je muat untuk seorang.

Fatimah masa ni 8 bulan kalau tak silap..

Ada TV dan perabotnya jenis kayu

Ada cerek air panas dan paket tea kot.. ntah dah lupa 

Ada bath Tub bentuk hati Ultraman

Bilik Air dia depan pintu masuk. Memang masuk je bilik terus bilik air. 

Tu dia.. budak suka duduk hotel

Ha.. yang ni best.. nampak air laut kat bawah tu. Kalau siang boleh nampak ikan. Yey!

kak pika dengan eiman memang best friend forever

Ok kan bilik dia? erm.. selesa je.. yang paling lawa sekali bilik ni memang menghadap laut. Paling hujung dah.. so boleh nampak laut terbentang luas.. Ilham datang mencurah-curah. Kalau tulis novel ke, nak buat lagu ke bolehla duduk kat balcony dia.. hirup udara segar sambil minum kopi petik gitar.. ecececee

Ha... nampak tak? Lawa kot.. pemandangan yang superb!! Boleh siap 2 album lagu kalau camni. haha

Sebab lawa now now.. makan pun memandang kelaut agar makanan jatuh dengan senang sesenang hati yang memandang ke laut.. ecewah

Pagi, petang, malam... ya sampai malam duk lepak kat balcony layan feeling.. budak2 apatah lagi bila nampak ikan berenang-renang

Asyik tengok je... esoknya kita pulun main laut...

Tengok.. excited Kak Pika..

Katanya.. dia lukis mummy.. apakah? 

Kenangan kak pika n mama 😃

Mainlah pasir tu puas2.. badan hitam pun takper eiman..

Cam besa.. gambar wajib ada

Selain mandi pantai dan main pasir, pagi tu kitorang bawak budak mandi pool jugak. Singgah pool dulu baru gi pantai. Pool dia sumpah tak ramai budak2. So air tu nampak bersih la.. Aku ni, agak cerewet sebab eiman tu cepat selsema demam.. so kena tengok dulu la sebelum bg dia terjun kolam. Yang Lexis PD ni ok nampaknya. Balik tu pun dia tak demam..

Depan mandi pool.. kita tunggu tepi jela dik ye

haa.. tak ramai sangat orang kan?

Sebelah sana pool dewasa.. yang dekat sini tu.. pool kekanak

Eiman tak pakai swimming suit dah... pakai jela seluar biasa. Baju dia dah kecik.. kena beli lain. 


Eiman dan kelampung... memang dia panggil menda tu kelampung. Aku dah banyak kali betulkan.. dia sebut kelampung jugak. kelampung pun kelampung la eiman.

Lepas mandi, kitorang lepak2 dulu.. dan checkout lambat sikit. Owner ni baik hati extend masa kitorang sebab kitorang sampai lambat sangat semalam..

Kat luar Lexis PD ni ada.. port untuk budak2 bersuka ria jugakla

Tu ada yang lompat2 tu.. tapi eiman dan pika tak pergi main pun.. next time la ye

Ok nak balik dah.. gile kentang kejap je makan angin.. laut memang lawa sekejap pun tapi puas hati

 Nova dan Yong

Bagi chance kakak ai posing.. hihi

Ni depan Lexis PD. Sebelum balik ke KL, gigih aku dengan yong turun kereta nak bergambar.


Aha... lawa serius tempat dia.. rasa nak duduk je lama sikit.. tapi apakan daya..
Anyway.. tq to mu hubby yang sporting dan sudi bawak kami gi jalan2 .. hooray! 

So, lokasi yang aku pergi aku boleh belanja travel kredit pada korang. Korang kena daftar kat pautan di bawah ni untuk dapatkan travel kredit RM 55.

Mula-mula, Register di bawah ni : (mesti pakai link tu, kalau tak, tak dapat RM 55)



Lepas daftar, check travel kredit masuk tak RM 55. Pastu klik di pautan di bawah ni.

Check tarikh available, dan book. Boleh PM tuan rumah nama Nick, cepat je dia balas.



Ok .. enjoy!

Pasni nak gi mana pulak ye..

hehehe