Thursday, 6 April 2017

Menginap di Rumah Mewah di Kuala Lumpur | K Residence

Salam,
Pada suatu pagi yang indah dan hening.. aku bangun awal dan termenung memikir, bila la nak sihat sepenuhnya ni. Dah seminggu lebih batuk dan demam. Sampai boleh rasa tak larat nak bangun pagi. MC minggu ni sampai 3 hari doktor bagi. Masuk hari ke 5, aku tak tangguh lagi dan terus pergi medical checkup di Gleneagles Ampang. Alhamdulillah, result ok. Jangkitan bakteria rupanya, sebab itu lambat baik. 


Kemudian. hujung minggu tu husband aku pula cuti Sabtu & Ahad pula. Pergh!!! Nak tunggu dia cuti hujung minggu memang bencinta la aku. Dalam 2 bulan tu adalah sekali. So, dikesempatan itu, aku mencadangkan kepada Pak Perdana Menteri untuk kita pergi bercuti. Apa tu, ahh staycation. Kat Kuala Lumpur pun je. Sekangkang kera dari rumah. Jadikla, kalau terperap je kat rumah pun kang bertambah sakit pulak. 

Lokasi yang aku pilih adalah K Residence, depan KLCC (atas Avenue K). Nak makan senang, turun je bawah. Tak larat nak masak pun, rasa nak tidur je. Kalau ikutkan hati ni, jaga anak pun tak larat tapi macammanapun tetap kena kuatkan semangat juga kan. Itulah masalah ibu-ibu, sakit la macam manapun, anak tetap terjaga macam biasa. Kan kan..

So, tanpa membuang masa dengan cerita aku yang takkan ada kesudahannya, maka marilah kita sama-sama berfoya-foya dengan gambar yang aku dah tangkap ni. Memula sekali gambar rumah yang aku sewa ni, diikuti dengan posing tak nak kalah dan beberapa posing syok sendiri.

Jom kita tengok bilik Master Bedroom, dulu.

Besar giler wa cakap lu. Dari hujung ke hujung boleh main badminton. kih kih kih.

Warna tema bilik ni berlari ke langit.

Dah bilik pun besar, mestilah bilik air dia pun bapak besarkan. Bersih dan simple je.

Jangan dilepaskan peluang bergambar depan cermin bilik air, kerana pengcahayaan yang sangat mengundang kecantikan kulit yang memukau. hahaha

Kemudian, Bilik Kedua, Bilik ni kakak ai duduk. Kita bagi dia happy golek-golek sorang-sorang!Warna masih biru, tapi aku lagi suka color bantal yang dia matchingkan tu, warna turqois kan.. nampak pop* di situ. i loike!

Lampu meja bilik kedua ni comel la!

Bilik air bilik kedua. 

Jalan ke depan... ada gambar badak sumbu tepi dinding. 

Ni ruang tamunya. Simple, color soft dan ada sofa bed.


Besar babe bukaan rumah ni. Kitorang yang 3 dewasa 2 kanak-kanak ni rasa macam terlebih lapang pula. Next time blehla pi sekali lagi ajak mak dan kakak aku pulak.

Apakah yang digeramkan oleh adik tu..

Next, dapur. Boleh masak-masak ye. Tapi ai malas nak masak. I panaskan lauk je. Peralatan semua lengkap. Dari sudu, pisau, kitchen towel, pinggan mangkuk segala mak nenek cukup.

Kalau nak basuh kain dan keringkan sekali pun ada tu ha mesin nya.

Tengah hari hari kejadian, kitorang gi makan di Nando's kat Avenue K. Petang tu, kakak aku yang bersuka ria di KLCC dan pulang dengan makanan-makanan sedap lagi enak untuk dimakan. 😋

ehh.. ada orang tengah sibuk buat assignment la.. hihi

Pastu, esok pagi apa lagi, eiman dan bapaknya pun terjunlah ke Pool. Adik dengan aku cam biasa kuis-kuis air dengan kaki je tepi pool.. cukuplah dan memadailah bagi seorang insan yang lemah dan baru nak baik demam. 😌

Pool dia sumpah lawa betul2 depan KLCC. Wallaweh!!! seram bulu roma melihat kecantikan yang begitu mengasyikkan ini! Nangis-nangis! 🎊 🎊

Tu ha depa dah berenang ke hujung.. memang lawalah!! 10 bintang untuk view secantik ini.

Bagi chance depa seronok dua ronok dan beronok ronok!

Anak-beranak yang enjoy sakan. 

Biarkan dia berenang ketepian.. 

Adik yang comel.. lawa pemandangan di tengah-tengah kuala lumpur ni.. 

eiman dan peace

Okla.. bagi la i gambar sekali dengan KLCC

Dah tu. Tengah hari gi makan dekat Nasi Kukus Warisan kat Avenue K dan pulang kepenatan untuk tidur. Rehat dulu puas-puas di hari yang terakhir ini.

Ni adik masa baru bangun tido.. 


Dah siap nak balik dan shopping di Avenue K... 😃

Posing dulu puas2 kat rumah cantik.

Eiman..

Fatimah takda sebab dia takmo duduk diam2.. hihihi

Ni pemandangan dari balcony rumah.. memang lawa! Menangis! 👀 Balcony dia tu ko boleh keluar jalan-jalan ke bilik No. 2.. cool giler!

so.. kalau korang tengah cari rumah yang best untuk lepak-lepak di KL bolehla korang checkout rumah ni di Airbnb.

Dan.. demi korang yang cantik dan cute.. akak bagi ni travel kredit

Mula-mula, Register di bawah ni : (mesti pakai link tu, kalau tak, tak dapat RM 55)


Lepas daftar, check travel kredit masuk tak RM 55. Pastu klik di pautan di bawah ni.

Check tarikh available, dan book. Boleh PM tuan rumah nama Jonathan, cepat je dia balas.

Ok .. enjoy!