Sunday, 16 April 2017

Veet Sensitive Touch Review | Mencukur Tanpa Rasa Sakit

Salam,
Aku memang selalu ada masalah kegatalan dan pedih selepas becukur. Dua sebab gatal dan pedih, pertama, sebab kulit cedera, kedua sebab bulu baru nk tumbuh. Dari dulu aku kena hadapi masalah ni. Setiap kali nak bercukur, perasaan menyampah, bosan tak suka semua datang. Untunglah sangat siapa yang tak ada banyak bulu roma. Tak macam aku, genetik dalam badan aku ni memang genetik banyak bulu agaknya. Ada masanya, aku malas sangat nak menghadapi kegatalan dan kepedihan ini, lalu aku biarkan sahaja bebulu itu memanjang sehingga boleh diikat tocang. hahahha...


Ehh.. tak tak. Tipu je. Gila geli kalau sampai boleh tocang tu memang kaki makanannya. Tapi.. tapi tapi.. berapa banyak tapi da.. Sekarang ni aku tak perlu nak hadap permasalahan bulu yang membelenggu aku sejak azali. Aku dah ada Veet Sensitive Touch. Sumpah! Tak gatal tak pedih. Dan aku pun tak rasa menyampah dah sekarang kat bulu-bulu ni. Ai suka, bila la bebulu ni nak tumbuh.. hahaha tak sabar nak guna Veet Sensitive Touch lagi. hahahahahahaha

Veet Sensitive Touch ini aku yang empunya

Inilah packaging Veet Sensitive Touch

Belakang dia ada instruction bolehla tengok-tengok kalau tak paham

Dekat packaging dia ada tulis boleh guna dekat mana

Untuk lebih jelas, Veet Sensitive Touch ini boleh digunakan di Muka, Sideburns, Upper Lip & Chin, Underarm dan Bikini Line. ha.. tak perlu risau tak perlu takut, kulit korang tak akan cedera!

 Senang je cara nak buka bekas ni, tarik plastik yang ditanda ini ke bawah.

Tada... tu dia, tersusun dengan cantik sekali.

Apakah aksesorinya? Maklumatnya Nova letak di bawah ini ye 😏

Ha.. lengkap kan? Cukup tak kat bawah ni?  

Siap dia bagi bateri AA lagi. Tak payah susah-suah nak gi beli pulak. Masukkan bateri dan pulas penutup. Senang je, mak enon pun boleh buat.

Tada.. lengkap dipasang dengan putup.

Seperti yang korang tahu, kepala dia ada 2, satu besar satu kecik. Yang bawah ni kepala kecik siap pasang dengan penyikat. Nak trim sideburns elok sangat dah ni..

Untuk yang mata kecil ni korang boleh trim kening jugak. Untuk potong bulu yang panjang, pakai sikat dia, untuk buat contouring tak payah pakai sikat. Ni kat bawah ni cara-caranya. 

Yang satu lagi tu, kepala besar 20 mm. Yang ni untuk potong bulu kawasan yang luas seperti ketiak. 

Untuk janggut si husband, aku pakai sikat ni, memang hebat sangat aku mencantas. Dah macam professional! 😏

atau nak potong kawasan bikini, caranya macam kat bawah ni k.



Dah siap potong, sila bersihkan menggunakan berus yang disediakan. Dan kalau korang nak basuh dengan air pun boleh. Tanggalkan je kepala dia dan lalukan di bawah air paip. Badan dia jangan basuh sekali pulak, kang tak pasal rosak. Bebulu bawah ni, bulu janggut husband ku. hehehe hasil eksperimen. Yey!


Dah cuci bersih-bersih, boleh simpan dalam handbeg atau laci. Mudah sangat. Jimat kos. Tak payah beli pencukur lagi. Dan paling penting, tak gatal tak pedih!

Acaner? Best tak? Memang best! Sebabnya, aku dah tak sakit dan menderita dah nak potong bulu. Senang je sekarang ni. Mudah, cepat dan tidak mencederakan. Kakak bagi 10 bintang ☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆ untuk electric trimmer dari Veet ni. Yey!

Veet Sensitive Touch dijual pada harga RM119.00 di kedai farmasi utama di seluruh negara serta melalui jualan dalam talian.



Sekian. terima kasih.