Wednesday, 17 May 2017

Homestay Lumut, Pulau Pangkor | Adni Suite Homestay Seri Manjung

Salam, 
Holla semua. Alhamdulillah dah masuk puasa minggu kedua dah ni. Macam mana ok ke? hehe So, harini Nova nak berkongsi pengalaman gumbira semasa menginap di Adni Suite Homestay Seri Manjung. Tak sabar nak citer kat korang semua apa aktiviti Nova semasa bercuti di sana dan juga Nova akan share gambar-gambar yang best-best..Ai akan buat 2-3 part la ye so tengokla nanti best ke tak best k. Berbalik kepada tajuk utama kita, destinasi pilihan Nova kali ini adalah di Lumut dan Pulau Pangkor, Perak. Negeri kelahiranku..cewah. Siapa IC 08 sep sikit! Siapa yang tak tahu kan, diantara lokasi menarik di Perak adalah Lumut, Teluk Batik, Marina Island dan Pulau Pangkor...

Friday, 12 May 2017

Cara Beli Barang Guna Aplikasi Lazada Malaysia dan Bayar Cash di 7-Eleven

Salam semua, 
Dah muat turun aplikasi Lazada Malaysia? Sama ada anda pengguna Android atau iPhone, anda boleh muat turun aplikasi Lazada Malaysia di App Store dan Google Play. Cubalah! Anda akan dapat rasa perbezaan yang ketara. Sambil lepak boleh tengok Lazada Malaysia, sambil menunggu boleh tengok Lazada Malaysia, sambil nak lelap mata pun boleh tengok Lazada Malaysia... haaa... syoknyerr! Di Lazada Malaysia ada macam-macam jenis barang yang menarik dengan tawaran harga yang sangat-sangat berpatutan. Tak payah nak cerita panjang.. siapa yang tak kenal Lazada Malaysia memang rugi besar lah! Jadi hari ini, Nova nak tunjukkan cara mudah untuk membuat carian barang di Lazada Malaysia. Bukan itu sahaja, Nova juga akan tunjukkan cara untuk membuat pembayaran menggunakan CASH!! iaitu MOLPay CASH di 7-Eleven berdekatan dengan anda. Wow kan!! Ok, jom...

Thursday, 11 May 2017

Barang Keperluan Selepas Bersalin Jenama Babyhood

Salam,
Aku pernah rasa give up untuk terus menyusukan anak masa aku lepas bersalin eiman (anak sulung). Aku pernah tulis di blog berkenaan sakit Slip Disk aku dan kesan dari Slip Disk tu buat aku jatuh sakit sampai kena MC selama hampir 5 bulan. Skip cerita sakit, peristiwa lama jangan dikenang sangat. Kita buka buku baru. Ha.. berbalik kepada cerita tadi.. pasal menyusukan anak. Lepas bersalin, sakit belakang aku ni memang cam gitu jugaklah.. sakitnya idak pun kurang banyak. Nak menyusukan anak lagi satu hal. Bukan sejam dua jam duduk memangku si eiman tu. Sekali susu mahu 4 jam jugakla. Serius.. 4 jam ni, pinggang aku dah tak tau nak senget sebelah mana.Sampai menangis-nangis jugak la sambil menyusu. Dah stress gitu.. nan hado susu keluar... lagi aku stress!

Eiman.. dah 4 tahun dah anak aku ni.

Thursday, 4 May 2017

SAFI BALQIS OxyWhite | Kulit Cerah dan Berseri

Salam,
Holla...Genap sebulan Nova mencuba produk dari rangkaian SAFI Malaysia iaitu SAFI BALQIS OxyWhite. Ia adalah formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabungan Nano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Seperti yang kita sedia maklum, SAFI adalah produk yang dijamin halal. ๐Ÿ˜ƒ

SAFI BALQIS OxyWhite - Berikan Nafas Baharu Agar Kulit Wajah Sihat Berseri & Cerah Sempurna