Friday, 12 May 2017

Cara Beli Barang Guna Aplikasi Lazada Malaysia dan Bayar Cash di 7-Eleven

Salam semua, 
Dah muat turun aplikasi Lazada Malaysia? Sama ada anda pengguna Android atau iPhone, anda boleh muat turun aplikasi Lazada Malaysia di App Store dan Google Play. Cubalah! Anda akan dapat rasa perbezaan yang ketara. Sambil lepak boleh tengok Lazada Malaysia, sambil menunggu boleh tengok Lazada Malaysia, sambil nak lelap mata pun boleh tengok Lazada Malaysia... haaa... syoknyerr! Di Lazada Malaysia ada macam-macam jenis barang yang menarik dengan tawaran harga yang sangat-sangat berpatutan. Tak payah nak cerita panjang.. siapa yang tak kenal Lazada Malaysia memang rugi besar lah! Jadi hari ini, Nova nak tunjukkan cara mudah untuk membuat carian barang di Lazada Malaysia. Bukan itu sahaja, Nova juga akan tunjukkan cara untuk membuat pembayaran menggunakan CASH!! iaitu MOLPay CASH di 7-Eleven berdekatan dengan anda. Wow kan!! Ok, jom...

Pertama, korang kena cari di App Store dan Google Play, aplikasi Lazada Malaysia, Install dan Open.

Seterusnya, pilih kategori barang yang anda cari (kiri) dan pilihlah mana yang anda berkenan (kanan).

Seterusnya, anda juga boleh menggunakan fungsi Filter dan Sort (kiri). Untuk melihat dan mendapatkan maklumat yang lebih mengenai sesuatu produk, anda boleh buka galeri produk (kanan). 

Bila dah berkenan, apa lagi.. tambah pada cart anda. Anda boleh teruskan carian barangan lain atau selesaikan pembelian anda. Jika dah habis shopping, terus dengan menekan "Proceed to Checkout"

Semasa checkout ada 3 langkah utama iaitu, 1 Shipping, 2 Payment dan 3 Review. Pastikan lokasi penghantaran anda, pilih cara pembayaran dan Buat Tempahan. Nampak tak, Untuk cara pembayaran, Nova pilih 7-Eleven. haaa.. yang tu jap lagi Nova cerita. haa.. jeng jeng jeng..


Untuk pembayaran Nova pembayaran secara MOLPay. Apa tu MOLPay? Ha.. sekarang ni dah mudah sangat dah. Kalau korang tak cukup duit dalam akaun, tak ada online banking dan sewaktu dengannya, tak perlu risau! Korang hanya perlu ke mana-mana 7-Eleven terdekat dengan anda dan selesaikan bayaran. Mudah kan? Kat bawah ni, selepas tempahan dibuat, Nova akan diberikan Transaction Id dan Verification Code. Nova hanya perlu tunjukkan maklumat ini, cashier 7-Eleven akan scan dan anda bayarlah amaun yang sepatutnya. Mudah tak??  

Imej di bawah ini adalah Payment instruction Nova dan pembayaran perlu diselesaikan dalam tempoh 48 jam. haaa... gittew la.

Ok berbalik kepada MOLPay Cash  tadi, MOLPay menyediakan perkhidmatan pembayaran secara tunai di kedai 7-Eleven Malaysia. Kalau nak tahu MOLPay Cash adalah leading payment in southeast Asia. Ini bermaksud, pengguna kini boleh membayar tunai di kedai 7-Eleven yang terdekat untuk barangan yang mereka beli dalam talian. MOLPay boleh didapati di kedai-kedai 7-Eleven terpilih di Lembah Klang dan akan ada lebih banyak kedai yang akan menyertai. Untuk maklumat lanjut mengenail MOLPay anda boleh klik : MOLPay

Ha.. senang je.. dah siap dah payment.. tunggu barang sampai je ni.. Bestnyer!!

Gambar bawah ni Nova screenshot dari Aplikasi Lazada Malaysia

Ha.. mudah kan? macam Nova cakap tadila, sambil lepak boleh tengok Lazada Malaysia, sambil menunggu boleh tengok Lazada Malaysia, sambil nak lelap mata pun boleh tengok Lazada Malaysia... haaa... syoknyerr! Dengan menggunakan aplikasi di telefon kerana pencarian anda akan menjadi lebih pantas dan mudah. Pastikan anda buat pilihan yang tepat dan pantas.

Beriku adalah pautan untuk memuat turun aplikasi Lazada Malaysia :


Untuk maklumat lanjut MOLPay Cash boleh decide :  

Sekian, terima kasih.