Thursday, 4 May 2017

SAFI BALQIS OxyWhite | Kulit Cerah dan Berseri

Salam,
Holla...Genap sebulan Nova mencuba produk dari rangkaian SAFI Malaysia iaitu SAFI BALQIS OxyWhite. Ia adalah formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabungan Nano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Seperti yang kita sedia maklum, SAFI adalah produk yang dijamin halal. 😃

SAFI BALQIS OxyWhite - Berikan Nafas Baharu Agar Kulit Wajah Sihat Berseri & Cerah Sempurna

Memandangkan keadaan udara yang tercemar sekaran ni, ditambah dengan sinaran UV yang berbahaya pula, ia boleh menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit semakin berkurangan tau. Sinaran IR (Infra-merah) daripada matahari dan benda berbahang juga boleh menyebabkan kulit menjadi semakin kusam dan gelap. Sebab tu, pentingnya oksigen kepada kulit kita, kerana ia akan mempercepatkan proses pencerahan kulit wajah. Dengan adanya SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi. Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah kulit yang gelap dan kusam.

Nova telah menggunakan pembersih muka, Penyegar dan Pelembap Gel.

Menurut Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman "Setiap penghasilan produk keluaran SAFI dilakukan berdasarkan penyelidikan oleh SAFI Excelence in Research & Innovation (SERI Research Institute) yang terletak di Subang Jaya. Makmal Research & Development (R&D) Halal terbesar di Asia Tenggara ini menggunakan sumber bahan global yang berkualiti tinggi dan tidak diuji pada haiwan, agar dapat menjamin keberkesanan produk dan memperkukuhkan falsafah SAFI- Selamat dan Suci." ha... ada R&D tau uolls. Jangan main-main k. Tak perlu risau mak limah dah sebab bahannya mmeng berkualiti dan keberkesanannya terjamin ye.


Kalau nak tahu, Teknologi Nano Oxygen ni bertindak membebaskan oksigen tambahan kedalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit lantas membantu Nano BioWhite untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secara efektif dengan memperlahankan pembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi. 

Penanggal solekan SAFI seperti di bawah ni, kini dilengkapi dengan teknologi Micellar yang mampu menanggal solekan, minyak dan habuk dalam satu sapuan pada permukaan wajah. 


Manakala manfaat perlindungan yang terkandung dalam Krim Siang SAFI dipertingkat dengan teknologi Pelindung IR (Infra-Merah) bagi melindungi wajah daripada sinaran Infra-Merah dari matahari dan bahang yang boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan gelap. (gambar di bawah)


Ha.. menyakinkan tak? Rasa selamat kan?

Yang ni adalah pembesih muka yang Nova pakai.

Pakai sikit je dah berbuih-buih banyak dan selepas mencuci muka, kulit terasa segar dan licin. Baunya amat menyegagarkan tau.

Next adalah Penyegar.

Penyegar dia adalah favourite i. Masa i sapu dimuka, maka terkeluar juga sel2 kulit mati pada cotton pad tu. hihi.. baunya pun segar.

Last but not least, Nova akan pakai Pelembap Gel. Harusss!! Sebelum pakai makeup Nova akan lembapkan kulit dulu supaya kulit Nova terjaga dengan baik.

Senang je.. dap dap dap dah siap. Lepastu bolehlah pakai makeup dengan gembiranya!

Formulasi baharu SAFI BALQIS OxyWhite ini didatangkan dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja. Pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite warna biru laut dan hijau cerah adalah untuk kulit wajah normal. Manakala warna jingga dan kuning digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak.


Selain benda basic tu, ada lagi.. Krim Anti Jerawat, Krim CC dan Krim Skrub.

Ingat tau, Tak ada perempuan tak cantik, kecuali perempuan yang malas!

Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari :

Laman Facebook SAFI : www.facebook.com/SAFI.MY 
Laman Instagram SAFI: @safimalaysia | https://www.instagram.com/safimalaysia/
Saluran Youtube SAFI : www.youtube.com/safimalaysia

Berikut adalah harga bagi SAFI BALQIS OxyWhite :

(Untuk Kulit Wajah Normal)

1) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka
        Saiz Pek : 50g/ 100g
        RCP : RM7.30/ RM12.30 (selepas 6% GST)

2) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Skrub
        Saiz Pek : 100g
        RCP : RM 12.90 (selepas 6% GST)

3) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih & Penyegar 2 dalam 1
        Saiz Pek : 150ml
        RCP : RM17.40 (selepas 6% GST)

4) SAFI BALQIS OxyWhite Esen Pencerah
        Saiz Pek : 20ml
       RCP : RM28.10 (selepas 6% GST)

5) SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar
        Saiz Pek : 100ml
        RCP : RM10.90 (selepas 6% GST)

6) SAFI BALQIS OxyWhite Krim CC SPF25PA++
        Saiz Pek : 20g
        RCP : RM 21.70 (selepas 6% GST)

7) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Pelembap Siang SPF20PA++IR
        Saiz Pek : 45g
        RCP : RM 20.20 (selepas 6% GST)

8) SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel
        Saiz Pek : 45g
        RCP : RM 20.20 (selepas 6% GST)

9) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Pencerah Lengkap SPF15
        Saiz Pek : 40g
        RCP : RM14.90(selepas 6% GST)

10) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Kecantikan
        Saiz Pek : 16g
        RCP : RM8.60 (selepas 6% GST)

11) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Solekan
        Saiz Pek : 200ml
        RCP : RM17.40 (selepas 6% GST)

(Kawalan Minyak)

12) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka Kawalan Minyak & Jerawat
        Saiz Pek : 50g/ 100g
        RCP : RM7.30/ RM12.30 (after 6% GST)

13) SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih & Penyegar Kawalan Minyak & Jerawat 2 Dalam 1
        Saiz Pek : 150ml
        RCP : RM17.40ml (selepas 6% GST)

14) SAFI BALQIS OxyWhite Krim Anti Jerawat
        Saiz Pek : 15g

        RCP : RM11.90 (selepas 6% GST)

Terima kasih.. 😃
Sekian.