Thursday, 22 June 2017

Fatimah Azzahra dan Hospital Pusrawi

Salam,
Holla minggu terakhir nak raya ni, adik tak sihat. Demam panas mula malam Jumaat 16 Jun 2017. Dah bagi ubat pun masih tak kebah. Actually, Adik mula demam seminggu sebelum tu lagi, dah pergi emergency pusrawi dan selepas dua tiga hari demam adik dah surut. Tapi ntahla kenapa demam datang balik. Aku ni, bab demam-demam ni memang aku ambik berat. Tambah nak raya ni. Adooi ujian betul minggu ni. 


Doktor yang check Fatimah suggest adik masuk wad dan drip air. Katanya kalau demam dah seminggu, kena buat detail checkup. So, aku akur jelah dengan cadangan doktor. Dia janji "2-3 hari masuk air nanti kebahla demam dia", kata doktor tu. Aku pikir masa tu 2-3 hari .. oklah kot, Isnin dah boleh keluar. 

So, checkin lah aku dengan Fatimah di Wad Sementara, sementara menunggu bilik timah disiapkan dan proses pendaftaran mak nenek semua la. Masa kat Wad Sementara tu, nurse pasang jarum kat tangan adik, masukkan air.. bla bla cam biasa adik nangis drama semua keluar. erm. Paham jela kan budak dah pandai berjalan, bukan senang nak kasi duduk atas katil dengan tangan tak boleh gerak bebas. huh! Cabaran! tapi bukan itu yang nak aku cerita. So skip skip skip. Adik masuk 4 hari 3 malam. 2 hari pertama tu adik demam panas dan kena masuk air, ubat ... merengek je sepajang masa. Malam siang... siang malam pun aku dah rasa macam sama je. Letih sangat. Nasib baikla husband aku sama-sama ada menjaga Fatimah. Kalau tak aku rasa aku dah tukar hijau. So bolehla gilir-gilir. Tapi gilir2 pun.. penat dia aishhh susah nak cakap. Rasa macam nak menangis pun ada jugak.

Hari Isnin, hari ketiga, Fatimah masih demam dan dokor tak bagi keluar lagi. Huh! Aku dah rasa macam setahun duduk hospital. Emosi pun bercampur baur.. Dahla kena pisah sementara dengan Eiman. Aku memang emosi sikit bab pisah tidur denagn anak ni. Bila call, eiman nangis pulak nak Mummy! Nak Mummy! Drama lagi! Then, lagi la aku emosi kecelaruan minda semua kan. Doktor pulak sampai hari ketiga ni dia masih tak dapat punca adik demam. Darah clear, air kencing clear, hingus pun takda influenza.. huh! Dah kenapala anak aku ni. Dan kesudahannya, doktor kata mungkin sebab selsema lama tu yang buat badan dia naik demam panas. Aku pasrah je. Buatlah apapun janji Fatimah cepat sembuh.  

Tengah hari tu, pintu bilik kami kena ketuk dan seorang wanita berusia lebih kurang aku memperkenalkan diri sebagai ustazah. Aku dah lupa nama ustazah tu.. Aku macam terkejut jugaklah selama ni tak pernah pula masuk hospital swasta ada ustazah datang melawat. Dalam fikiran aku "Nak buat apa diorang hantar ustazah ni?".. blurr jap. Ohh rupanya baru aku tahu, ustazah ni akan tolong bacakan doa untuk memohon kesembuhan Fatimah dan memohon pertolongan Allah. ehh cam "biar betul" dalam hati aku. Ini bagus ni. Hospital Pusrawi adalah Hospital Islamik sangat. Kain sembahyang, sejadah, Quran, semua ada.. Ustazah pun dia hantar. Bagus!

Selesai baca doa.. ustazah tu ajak bersembang. Macam tahu-tahu je aku tengah stress. So sempatlah aku pung pang pung pang meluahkan perasaan pada ustazah tu. Ustazah tu senyum je.. last yang aku ingat dia cakap. "Ini Ujian Allah pada hambaNya. Kalau kita rasa benda ni sangat berat untuk kita, sebenarnya ramai lagi di luar sana yang diuji lagi hebat dari ini. sambil cakap sambil senyum..."

waaa.... nak menangis babe! Aku tahan je air mata ni dari jatuh keluar kelopak mata.

Main sudu

Main pampers


Discharge Selasa, hari Ke-Empat. Terima kasih semua!