Hidup Ini Singkat dan Selamat Berpuasa

By Nova Leeza - Thursday, June 15, 2017

Salam.
Bila duduk sendiri dan termenung, berfikir aku "Sudahkah aku buat yang terbaik dalam hidup ini? Cukupkah amalan dan kebajikan yang aku buat?".. jantung berdegup laju bila makin aku berfikir, makin banyak benda yang aku rasa belum aku selesaikan. Hidup ini singkat. Setiap kali dalam doaku, selalu aku panjatkan doa kepada Allah supaya aku diberikan kesihatan yang baik untuk aku terus melaksanakan tanggungjawab yang masih belum aku selesaikan. Tapi aku hanya mampu berdoa. Dia sahaja yang menentukan segalanya.

Dah makin banyak umur ni, makin aku banyak mempersoalkan hidupku ini. Sampaikah aku untuk melihat anak-anakku membesar? Cukupkah makan dan pakai mereka?..Kalau aku ada kuasa, nak juga aku hentikan masa dari terus berjalan. Biar aku dapat masa sepuas-puasnya hariku bersama mereka. 

Dalam seumur hidup aku ni, banyak dah insan yang aku sayang telah pergi meninggalkan aku. Hanya kenangan manis dan gambar je yang aku boleh tengok untuk mengubat rindu. Setiap yang hidup pasti akan mati.

Aku berdoa agar aku sentiasa diberikan peluang untuk memperbaiki diri aku, diberi kekuatan untuk terus kuat dan tabah serta diberikan peluang untuk melihat anak-anak yang aku kasihi membesar dengan baik. Ya Allah peliharalah mereka.

Amin. Sakit itu tanda Allah sayang dan ingat kamu. Selamat berpuasa semua! Semoga anda sihat sejahtera, bahagia dan sentiasa berada dalam rahmatNya. Amin. 

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments

Perhatian

Semua maklumat yang terkandung di blog ini adalah untuk tujuan perkongsian maklumat mengikut pandangan penulis blog Nova Leeza sahaja. Jika maklumat yang disampaikan tidak tepat, silap atau tidak sempurna, penulis tidak akan bertanggungjawab terhadapnya. Penulis juga tidak mampu untuk memenuhi setiap keperluan pandangan setiap pembaca blog ini. Penulis blog ini juga tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kecederaan, atau tuntutan ganti rugi dari kandungan atau gambaran pada maklumat di blog ini. Terma dan syarat ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa notis pemberitahuan.