Wednesday, 14 June 2017

Hotel di Melaka, The Straits Hotel & Suites Memang Awesome

"Eiman nak hotel! Mummy! Eiman nak hotel! Mummy kenapa hotel dah habis?"

Macam tu la ayat anak lelaki aku Eiman yang berusia 4 tahun tu. Kalau datang mood rindu nak main air tu, pagi petang siang malam la dia duk membebel mummy nak hotel nak hotel.  Bukan minta biasa-biasa.. sampai menangis air mata drama sangat. Pastu bukan je kat aku dia berdrama, kat atuk, nenek, alang, acu ira.. semuala orang la dia bising2 eiman nak hotel.

"Rumah eiman takda swimming pool! Hotel ada swimming pool!"

Ah.. macam tula ayat dia kalau aku tanya kenapa nak pergi hotel. So aku pesan siap-siap kat daddy, nanti u beli rumah ada swimming pool ye sayang. Anak u tu suka berenang! hahaha... "Yerla, doakanlah ai jadi datuk, macam hotel ai bikin rumah kita nanti!" kata si suami... hihi Ameen bang, Ameen. Kalu u datuk, ai datinla kan. wakakakaka.

ha, ni si budak kecik yang minta nak hotel tu. kecik besar kecik besar je..

Alhamdulillah, kali ini aku diberikan peluang untuk merasai keseronokan bercuti di The Straits Hotel & Suites, Melaka. Hotel 4 bintang. The Straits Hotel & Suites ni terletak di tengah-tengah Bandaraya Bersejarah Melaka dan tapak Warisan Dunia UNESCO. Hotel ni terletak lebih kurang 2 minit berjalan kaki je dengan kawasan membeli-belah dan destinasi makanan.

Kat hotel ni terdapat 352 suite yang luas dan mewah, ditambah dengan dapur kering dengan reka bentuk kontemporari mengikut gaya hidup moden. Setiap bilik deluxe dan suite di sini mempunyai tingkap-tingkap besar agar pencahayaan semula jadi  pemandangan lautan dan bandar Melaka yang menakjubkan. Bukan itu je, akses WIFI juga adalah percuma. Wow kan?

Ha.. nampak tak? Ni lah The Straits Hotel & Suites betul2 kat Bandar Melaka dan banyak kedai-kedai disekeliling hotel ni. Boleh nampak hotel ni masa korang pusing-pusing bandar Melaka.

Ha..dah sampai lobi hotel. Disambut mesra oleh penyambut tetamu yang asyik tersenyum je.

Sementara menunggu aku check in, husband dengan anak aku menunggu di lobi hotel. Ada ruang menunggu yang sangat selesa. So tak payahla nak bersepah2 duduk terpacak kat tepi. 

Selesai Check-in dan tanpa membuang masa korang jom tengok bilik yang awesome, selesa, nyaman dan rasa nak tidur je tu... Bilik yang ai duduk adalah Deluxe Twin dan Premier Suite.

Deluxe Twin

Bilik 33 meter persegi dengan Katil Twin, bilik yang luas, bilik mandi suite dengan pancuran hujan, kerusi single, peti sejuk, teh & kopi, meja tulis dan dapur kering. Complete!! Harga bermula dari RM 150.00 sahaja babe. Selesa sangat untuk dua orang pengunjung. Nampak tak bilik dia kat bawah ni. Kemas dan selesa. Paling Win dan menambat hati ai adalah lantai dia pakir, serius ai memang tak suka jenis carpet sebab kalau tak vacum betul2 nanti habuk naik dan boleh buat ai selsema boleh jadi lelah. But di sini, memang best, confirm bersih sebab ai sendiri nampak cleaner bilik akan mop lantai semasa kemas bilik. Untuk baby Fatimah yang suka duduk main atas lantai tu, ai tak risau sangat.. bersih. InsyaAllah.  

Inilah dia Bilik Deluxe Twin saya. Yang menginap bilik ni semestinyalah ai dengan anak bujang ai. hihihihi eiman kan nak belajar tido asing dengan mak pak dia. Lepas dia tidur bolehla ai cabut lari bilik sebelah. hihihi 

View dari atas menggunakan Camera Go Pro.

Nice kan?

Nah ni gambar official dari website The Straits Hotel & Suites

Nak tunjuk ni, yang paling win sekali adalah kalau korang pergi berhoneymoon kan.. memang boleh membangkitkan aura keseksian sebab bilik air dia see through. haha tapi kalau korang pergi adik beradik sila turunkan tirai ye. Takut muntah hijau adik u kang. hahahaha

Ni ha.. view dari bilik hotel. Lawa tak nok? Ko nampak tak laut seberang sana tu? Indah sangat bila waktu matahari terbenam dan masa matahari nak naik. Romantik sangat!

Selesa.. bilik air bersih. Ada kelas!

Setiap bilik juga disediakan air mineral, teh dan kopi. Sambil lepak-lepak sembanga-sembang tu bolehla pekena kopi dulu. hihi

Bilik ai ni adalah connecting room dengan Bilik Premier Suite. Besar giler dah rasa macam rumah dah.

Premier Suite

Bagi anda yang sangat mengutamakan keselesaan dengan citarasa mewah, pilihlah Premier Suite di The Straits Hotel & Suites. Premier Suite adalah sebuah bilik 80sqm dengan Katil Bersaiz Queen, meja kerja yang luas untuk yang bercuti sambil bekerja, bilik mandi yang luas dengan tab mandi, pancuran mandian hujan, kerusi single, ruang tamu berasingan, kemudahan ruang makan, peti sejuk, teh & kopi, meja tulis dan dapur kering. Huh! Banyaknya kemudahan bilik ni. Selesa sangat la mcam ni kalau bawak orang tua atau anak-anak. Macam ai ni kan ada anak kecik, dengan adanya kemudahan ruang makan tu, senanglah nak suap si Fatimah dan Eiman.

Tadaaa... ni dia Bilik Premier Suite. Besar dan selesa kan?

Ini view dari pintu bilik. Kat tengah tu la si Fatimah dengan Eiman main kejar2, guling-guling.

Dry kitchen ni, ai guna untuk simpan stok makanan budak2 dengan susu, cerelac bagai. Bekas termos dan bekas air masak pun i lambak kan je atas dry kitchen ni. Senang nak capai tak bersepah dan selamat dari dicapai budak-budak kan.

Saja je bagi gambar ni nampak kurang kontras nampak macam ada cahaya kebahagiaan masuk dari tingkap besar tu. hihi

Next is biliknya. Wow!!! Besarnya!besar dari bilik deluxe twin dan ada meja kerja yang panjang sesuai sangat untuk aku menulis. ehh... rajin ke menulis tu? haha

eiman dah tido memang aku lari ke bilik ni tengok Fatimah dengan apaknya. Aku tido dengan Eiman, Timah tido dengan apaknya. Ada satu malam tu ai dengan husband tertido sampai pagi kat bilik masing-masing. hahahaha nak buat macam mana kan... selesa sangat sampai tak lalu nak buka mata dah. Oh ya, kalau korang ada anak kecil. boleh request for Baby Cot Bed. So selesa la nanti baby kan.. korang pun selesa.

Bersih kan?

Inilah dia budak yang suka sangat nak duduk hotel tu.

Sabar sabar jangan excited lagi nak. Ko tengok ni bilik air dia. Ada tub mandi lagi weh!

ehh

ni lah dia benda pertama yang eiman buat lepas tawaf bilik. Buka baju terus nak main sabun dalam tub. Tak menahan tu siap acah-acah swimming dalam tub tu. Memang raya sakan la eiman. Maka tercapailah cita-cita dia nak duduk hotel.

Sebelum kita rosakkan setting  katil dan tarik selimut, marilah kita ambik satu gambar dalam bilik. So, dengan keselesaan sebegini harga Bilik Premier Suite bermula dari RM 184.00 sahaja tau. Apa lagi.. anak saya dah gembira.. anak anda bila lagi?  

Dengan itu akan ku sambung lagi entry percutian kami di The Straits Hotel & Suites. Memang banyak spent masa kat hotel sebab eiman suka pool.. pagi petang siap malam main pool. Kat bawah ni la pool dia. Ko nampak tak betapa seronoknya eiman tu sampai kena paksa keluar dari pool. Bukan eiman je, adik timah pun menjerit nak join mandi dalam pool jugak sebab tengok abang dia menjerit-jerit berenang ke sini sana. Isk isk isk. Nampaknya memang aku kena hantar eiman pergi kelas berenang. suka sangat dia ni. 


 Itu yang tengah jalan tu eiman la tu. Dah kenyang la tu laju je jalannya.

Wait for my next entry pasal makan tau.. aku tunjukkan makanan-makanan yang ada di sini.

Sebelah All Day Dining Restaurant ada disediakan kemudahan GYM! Sebelum makan boleh pergi gym dulu ye. hahahaha... abang sado saya. Dia kata nak masuk gym balik lepas raya.. ok we'll see.

 dan.. malam sabtu, malam kedua kami dijemput untuk dinner di cafe Infinity Swimming Pool. Awesome sangat malam-malam kat sini. Sejuk.. sambil makan sambil nampak pemandangan bandar Melaka dari atas. sumpah awesome!

Lawa dok? isk isk.. rindu pulak. Abang jom pergi sini lagi..
  
Inilah dia budak yang banyak mulut dan banyak songeh tu. Seronok sakan la tu duduk hotel.


Next entry aku akan cerita pasal Infinity Swimming Pool, Breakfast di All Day Dining Restaurant dan Dinner di Infinity Swimming Pool. Stay tune ok!

Diantara lokasi menarik sekitar hotel dan bandar Melaka yang boleh dilawati adalah : 
Dataran Pahlawan – 350m berjalan kaki
Makota Parade – 600m berjalan kaki
A’Famosa – 850m berjalan kaki
St. Paul Church – 1km berjalan kaki
The Stadthuys – 1.3km berjalan kaki
Jonker’s Street – 1.6 berjalan kaki

So bagi yang dah teruja sangat nak bercuti ke Melaka dan merasai keseronokan macam anak ai si Eiman tu rasa, bolehlah rujuk pada laman di bawah ini ye. Harga jangan risau memang tip top dan affordable ya. Bukan ai je cakap, kawan-kawan ai pun cakap harga dia berpatutan.


Alamat : 
The Straits Hotel & Suites
A:No 1-B , Jalan Melaka Raya 2, 
Taman Melaka Raya, 75000, 
Melaka Malaysia. (boleh Waze je k).
Telefon : 06-2898 555

Ok thank you for reading guys! See ya on my next entry ya!