Thursday, 13 July 2017

Nutox Advanced Serum Concentrate | Kelihatan Muda Hanya Dalam 7 Hari!

Salam,
Holla. Bercerita mengenai Nutox... Nova pasti akan teringat pada kakak Nova dan adik ipar Nova. Mereka adalah pengguna Nutox paling tegar dan mereka sangat yakin dengan keberkesanannya. Contohnya, kakak Nova dah bertahun-tahun menggunakan produk Nutox ni. Ke mana sahaja mesti Nutox bersamanya. Nova pernah tanya pada kakak, "Best ke Nutox ni?". "Best! Skin care paling sesuai dengan kulit. Dah macam-macam produk kakak cuba, Nutox juga yang paling best!" katanya. Lalu, pada bulan Mei yang lalu, Nova telah diberikan peluang untuk mencuba sendiri produk Nutox ni dan paling special sekali... adalah Nutox Advanced Serum Concentrate yang diperbaharui. Jom.. Nova cerita lanjut..


Nutox Advanced Serum Concentrate yang diperbaharui membawa kebaikan anti-penuaan yang boleh dilihat dalam jangka masa yang lebih singkat

Ya! anda akan kelihatan lebih muda dalam masa yang singkat iaitu 7 hari! Tengoklah duta Nutox, Fazura. Nampak muda je kan. Inilah rahsianya! Kakak Nova pun yang berusia 3 tahun lebih tua dari Nova pun selalu dikatakan lebih muda dari Nova. Memang selalu je rasa menyam.. tau. Mentang-mentanglah dia pengguna Nutox dah bertahun-tahun kan. Tengokla nanti.. ai akan fight sama dia. Kita tengok nanti kulit siapa yang nampak lebih muda. hahahahahaahahahaha

Bagi Nutox Advanced Serum Concentrate yang baru ni, mereka masih mengekalkan botol kaca berwarna merah. Rumusannya meransang kolagen, elastin dan asid hyaluronik asal kulit untuk bekerja dengan lebih pantas untuk menghasilkan kulit yang nampak lebih muda dalam tempoh hanya 7 hari!

Merujuk kepada ucapan Christine Law, Pengurus Pemasaran Penjagaan Kulit bagi Tohtonku Sdn. Bhd. beliau berkata :

“Menurut kajian kami ke atas pengguna, kebanyakan wanita Malaysia tidak mengambil langkah-langkah untuk mencegah atau menghalang penuaan kulit walaupun mereka menginginkan kulit yang anjal dan bebas-kedut. Mereka hanya mula bertindak apabila tanda-tanda penuaan mula muncul pada kulit mereka, dan ini menyebabkan mereka mempunyai harapan yang tinggi ke atas keberkesanan produk penjagaan kulit mereka,”

Berdasarkan hasil kajian ini, Nutox telah mengambil inisiatif untuk memperbaharui rangkaian penjagaan kulit anti-penuaan mereka dengan mempertingkatkan keberkesanan produk yang memberikan kesan lebih ketara dalam jangka masa yang lebih singkat, sementara mengekalkan keserasian produk pada kulit anda.

Lawanya Fazura ni kan.

Nutox Advanced Serum Concentrate ini diperkaya dengan sarang burung dan dipertingkatkan lagi dengan Teknologi Actigenic+. Nutox Advanced Serum Concentrate diformulasi untuk mengurangkan kesan penuaan seperti garis halus, kedutan, kekusaman dan ketidakanjalan. Manfaat dari Algae Makro dan ekstrak Gentian India, Actigenic+ mengaktifkan struktur kulit dengan serta-merta, menjadikan kulit lebih anjal dan tegang..


Bagaimanakah Nutox Advanced Serum Concentrate berkesan?

1) Memulihkan & Menyegarkan

Advanced Serum Concentrate yang diperbaharui dengan Actigenic+ ini mengaktifkan dan menggalakkan penghasilan kolagen dan elastin seawal 7 hari.

2) Menganjalkan, Lebih Tegang & Berseri

Kulit menjadi lebih anjal dan tegang dalam 7 hari. Dengan penggunaan berterusan, perubahan lebih ketara akan muncul pada hari ke-14 dan ke-28 termasuklah tekstur kulit yang lebih berseri serta pengurangan ketara bagi garis halus dan kedutan.

118 orang wanita Malaysia yang telah mencuba Nutox Advanced Serum Concentrate bersetuju bahawa mereka kelihatan lebih muda dalam masa hanya 7 hari! 98%* daripada wanita bersetuju bahawa kedutan mereka berkurangan dan saiz pori-pori lebih kecil, manakala 97%* juga berkata bahawa garis halus di wajah mereka juga telah berkurang. Wow!

Seterusnya, Jom Nova tunjukkan langkah-langkah penjagaan kulit yang sempurna dengan Nutox

Pertama, pastikan anda cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari ok. Gunakan Nutox Cleansing Foam seperti gambar di bawah. Pencuci muka ini akan menjadikan kulit anda bersih, cerah dan segar.

Stuktur Cleansing Foam ini adalah pekat, oleh itu anda hanya perlukan satu picitan sahaja. Baunya segar dan terasa bersih sangat kulit selepas mencuci. Macam-mana nak cakap ye, rasa puas hati sangat selepas muka dibersihkan.

Seterusnya, gunakan Nutox Moisturising Lotion. Ia bertindak sebagai penyegar dan akan membersihkan sisa-sisa kulit mati mata muka anda. Mencuci sahaja tidak mencukupi. Pastikan anda menggunakan Moisturising Lotion ini tau. Ia juga akan mengekalkan kelembapan pada kulit wajah anda.

Warnya jernih dan baunya segar. Nova akan letak lebih kurang 2 ke 3 titik pada kapas muka dan sapu lembut pada sekeliling muka.

Seterusnya. haa... inilah yang dinantikan. Nutox  Advanced Serum Concentrate. Serum sangat penting pada kulit ya puan-puan dan adik-adik. Serum Nova ibaratkan seperti makanan tambahan pada kulit. Ia memberikan kulit nutien yang cukup dan diperlukan. Usia yang semakin meningkat akan menyebabkan kulit menjadi kurang anjal dan garis halus mula nampak. Pastikan anda mencegahnya secepat mungkin dan pastikan anda menggunakan Nutox  Advanced Serum Concentrate. ok!

Yang penting  乂 No Paraben, 乂 No Mineral Oil dan 乂 No Colourant.

Ingat botol merah... ingat Nutox!

Nova gunakan 2 hingga titik, untuk sapuan keseluruhan muka. Biarkan serum ini meresap ke dalam kulit dalam 5 minit sebelum anda meletakkan lain-lain produk pada muka, untuk kesan yang maksima pada kulit. Oh.. lagi satu pastikan anda dap-dap pada kulit tau.. jangan gosok. Dap-dap pada keseluruhan muka k. Ingat tau!


Selepas 5 minit, anda calit sikit Nutox Anti Ageing-Cream pada muka dan selesailah rutin penjagaan kulit muka anda untuk siang hari! Yey! Sep sikit!

Teksturnya lembut dan senang di sapu pada muka.

Untuk malam, selepas 5 minit anda sapu Nutox Advanced Serum Concentrate pada kulit, calit sikit Nutox Night Repair  dan sapu pada muka. Tepuk-tepuk sikit pada muka supaya Night Cream tu meresap dalam kulit k. Cuba nanti bandingkan pakai Night Cream dan tak pakai Night Cream pada malam hari. Mesti akan ada perbezaannya. Kalau anda pakai Night Cream ni, bangun pagi esok mesti kulit anda akan nampak lebih bercahaya bersinar-sinar. Tak caya.. cubalah.


Bekas lawa kan. Ai suka warna merah dia.

Set Lengkap Penjagaan Kulit Dari Nutox

Merah Putih.. ai loike! Pretty sangat letak atas meja putih.

Kekal Muda ok!

Last but not least, 2 produk Nutox yang paling Nova suka adalah .. jeng jeng jeng...

Dengan Nutox Advanced Serum Concentrate, tekstur kulit semakin bermaya, kulit semakin tegang, anjal, berseri dan kelihatan lebih sihat, garis halus serta kedutan berkurang dengan ketara.


Kedua, Nutox Cleansing Form. Kulit terasa bersih dan segar selepas mencuci. Nova suka baunya dan teksturnya. I loike buih-buih.

So, untuk kelihatan lebih muda dalam masa hanya 7 hari, cubalah Nutox Advanced Serum Concentrate (RM79.90, 30ml). Ia boleh didapati di farmasi, pasar raya dan pasar raya besar terpilih di seluruh Malaysia. Bagi maklumat lanjut, sila ikuti Nutox Malaysia di Facebook (https://www.facebook.com/NutoxStayYoung).

Camana ok tak? oh ya.. nak tengok tak gambar kakak ai yang dah pakai Nutox bertahun-tahun?


Tak ada perempuan tak cantik, kecuali perempuan yang malas!

Ok sayang-sayang thank you for reading.

Sekian.