Wednesday, 2 August 2017

Kompilasi Nova Leeza Beraya Tahun 2017 | Nah tengokla!

Salam,
Holla.. raya dah habis dah.. tak upload pun lagi compilation gambar raya aku yang syok sendiri tu. hahaha nak ke tengok? tengokla.. Setiap tahun memang aku akan simpan gambar kat blog. Aku ni jenis malas nak tengok balik gambar dalam drive ke laptop ke kan. Paling senang nak cari gambar raya, taip je kat search tepi blog aku ni. Ha.. senang kan. Tulah salah satu sebab aku suka blog ni. Tahun ni, turn raya rumah mak mertua aku kat KL. Senang sangat 15 minit dah sampai. Takda jam langsung.. kah kah.. Untungla kawin dengan orang Key El kan.. Tema tahun ni purple.. Actually.. baju aku, husband dengan eiman sama.. baju adik je pelik sikit purple dia. Sebabnya.. baju adik ni di sponsor oleh kakak aku.. so dia hantar gambar baju adik ni guna phone kan. Tah napala.. aku nampak warna baju adik warna purple pink.. so kitorang carila baju yang macam warna baju adik (yang aku rasa sama dalam gambar phone)... Seminggu nak raya baru la kakak aku bagi dan aku mampu frust je sebab warna dia lain sebenarnya. ahahahaha takkan nak beli set purple lain pulak.. ahh pakai jela.. janji purple jugak.. 😓

Eiman dah 4 tahun umur dia. tengokla perangai dia.. Dia rasa macam tu kelakar.. so dia posing sambil ketawa. ahh. sukatila ko eiman..



Ni adik-adik ipar aku.. cun kan.. ok bolehla pm sis.. hahaha

Husband aku yang dipaksa bergambar kaki silang.. lol kelakar

Kalau gambar tu cantik je semua aku akan jadi manusia paling terkejut dalam dunia.. haha

Pandangla mana-mana korang suka.. janji kita ada gambar sekeluarga kan..

Ni family husband aku.. nampak tak cucu atok nenek paling manja siapa? hahahaha

Lawa kan adik2 ipar aku ni.. ermm... pm k pm.. 

Raya pertama kami ke rumah adik mak dekat ehh mana ehh lupa lak aku. Nenek ada kat sana, so kami ke sanala.

Raya kedua ke rumah wak. Abang sulung ayah mertua aku. hehehe tema tahun ni memang purple je..

Fatimah dan baju kembang kuncupnya di sponsor oleh Office Mate aku. Hadiah untuk fatimah masa dia lahir.. now dah setahun baru boleh pakai. Bagus juga.. jimat duit mak beli baju jalan timah.

Baju eiman ni pun kakak aku sponser.. hahaha bagus2.. i memang suka orang taja2 ni.. fefiling retis jap.. wakaka

Fatimah ni pantang tengok kuih raya.. semua benda dia nak.

Posing anak beranak kat rumah wak

Alhamdulillah masa puasa tu berat aku susutla dalam 5 kg. Suka akak.. 

Hobi saya suka cakap, suka menjerit, suka katok kepala abang 

Raya ketiga balik Ipoh - Kuala Kangsar pulak. Raya sebelah family mak aku.

Ni odw ke Ipoh.. makan tido makan tido.

ni sepupu saya. sama tak muka kami? Tekan 1 untuk Ya tekan 2 untuk Tidak

Bergabung meletopla kami adik beradik sepupu sepapat

Raya day ke 5.. ehhh ntah..ye kot. Balik Kuala Kangsar kampung mak aku.. Mak aku orang Kuale.. so kalu kome nak cakap kuale dengan aku boleh le.

Aku paksa laki aku pergi Istana Perak.. Tak dapat jumpa Sultan Nazrin Muizuddin Shah pun takperla.. dapat bergambar dengan pintu istana tuanku pun jadila. Pastu tapau laksa kuale. Siapa suka laksa kuala kita geng.

Last but not least.. bergambar kat Masjid Cina Ipoh. Pakcik2 aku banyak duduk ipoh..so kitorang lepak Ipoh sampai Jumaat petang baru balilk.. hehehe

Bosan tak cerita aku?

Hahah kesian korang kena layan gambar aku yang tah pape je.. itupun malas giler nak edit gambar taruk watermark semua. Ko ingat aku rajin ke dengan anak 2 ni.. wakakaka

Okla nak tido bai.