Review: Syahirah Korean Secrets, Cantik Persis Korea

Salam,
Holla, Siapa tak nak cantik? Semua orang suka benda cantik, semua orang kalau boleh nak jadi cantik. Ye kan? Tapi cantik tu tak datang bergolek. Setiap benda kena ada usaha. Kalau nak cantik, kena ada usaha. Memandangkan sekarang ni trend gadis-gadis Malaysia meminati penyanyi mahupun pelakon korea, maka banyak pengaruh Korea di bawa masuk ke sini. Kalau ikutkan memang comel-comel penyanyi perempuan mahupun lelaki Korea ni. Kulit cantik, makeup simple, baju comel, suara comel. hehehe memang sejuk je mata memandang. ehh.. hahaha ai ni lagu Korea tak pandai sangat tapi kalau drama Korea tu layan jugaklah. So, kalau korang nak cantik macam orang Korea, tak payah pergi jauh-jauh... kat Malaysia dah ada rahsia produk penjagaan wajah iaitu SYAHIRAH KOREAN SECRETS. Terdapat 2 rangkaian produk di bawah Syahirah Korean Secrets iaitu Hydra Soft dan White Glow, kedua-duanya pasti membuatkan korang persis gadis Korea!  


Formulasi gabungan teknologi terkini dari Korea dengan ramuan bunga-bungaan terpilih dari Pulau Jeju, Korea iaitu Tri-Flower Essence yang dirumus khas dengan manfaat pencerahan serta penghidratan yang diperakui Halal oleh JAKIM, hebat membantu kulitmu untuk tampil cantik mulus sekata sekali gus meningkatkan keyakinan diri untuk menyerlah!

Menurut pengurus pemasaran SYAHIRAH, Shariza Hazni “Kajian yang kami lakukan mendapati kebanyakan pengguna produk kecantikan teruja untuk mencuba pelbagai produk kecantikan dan penjagaan wajah dari negara Korea, namun bimbang jika bahan-bahan yang digunakan benar-benar selamat dan Halal. Sebagai jenama tempatan yang lebih arif tentang jenis dan keadaan kulit si gadis, SYAHIRAH membawakan sebuah rangkaian kecantikan yang sesuai untuk diaplikasi dan sememangnya Halal tanpa sebarang keraguan.

SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft


SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft dirumus khas dengan agen penghidratan dari Tri-Flower Essence campuran bunga-bungaan putih iaitu bunga Ginseng, Chamomile dan Teh Hijau yang membantu membekalkan kelembapan agar kulit sihat, dan mulus sekata. Bukan itu sahaja, ia juga memilki manfaat pencerahan serta mengandungi antioksidan yang tinggi untuk mengurangkan cela dan rengsa pada kulit agar kulit kelihatan cantik mulus sekata secara semulajadi. SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft ini mengandungi 5 produk hebat iaitu Gel Pembersih Muka, Skrub Muka, Penyegar Tanpa Alkohol, Krim Pelembap Muka serta Krim Kecantikan yang menjadi rejim kecantikan lengkap untuk kulit cantik dan mulus sekata. Penggunaan rona biru aqua cerah sebagai simbolik kelembapan & penghidratan adalah bunga yang putih bersih pada rekaan pembungkusan. Produk ini pasti memberikan rasa segar sesuai dengan manfaatnya yang pasti menyerlahkan sisi “personaliti Korea” yang ada dalam dirimu!

Rejim lengkap SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft:

Skrub Muka: Diformulasi dengan manik pengelupasan lembut yang membantu menghilangkan kotoran dan sel-sel kulit mati untuk kulit lebih licin.

Gel Pembersih Muka: Membantu membersihkan kotoran di samping memelihara kelembapan kulit.


Penyegar Tanpa Alkohol:Membantu mengecilkan pori-pori serta memberi kesegaran kepada kulit selepas setiap pembersihan. Ia juga memudahkan penyerapan produk selanjutnya sekali gus menjadikan kulit lebih licin.

Krim Pelembap: Membantu membekalkan kelembapan untuk kulit wajah yang segar berseri.

Krim Kecantikan: Sesuai digunakan sebagai asas solekan untuk membantu menutup cela, jeragat serta meratakan tona kulit.


Oh cute sangatlah produk Syahirah Korean Secrets. Warna biru aqua ni memang cantik, letak atas sinki memang lawo sangat.

Dan terima kasih juga dengan aksesori di bawah ni. Ai memang suka sangat!


SYAHIRAH KOREAN SECRETS White Glow

Bagi si gadis yang inginkan pilihan lain untuk tampil jelita cerah berseri, SYAHIRAH juga menawarkan SYAHIRAH KOREAN SECRETS White Glow yang direka khas dengan agen pencerahan dari Tri-Flower Essence dengan campuran bunga-bungaan merah jambu iaitu bunga Sakura, Lotus dan Camelia yang membantu memberi pencerahan pada kulit wajah agar tampil cerah berseri! Ia diperkaya dengan manfaat penghidratan serta dapat mengurangkan rengsa dan ketidak selesaan pada kulit. Rangkaian SYAHIRAH KOREAN SECRETS WHITE GLOW mengandungi 6 produk hebat iaitu Pembersih Muka, Pembersih Muka Anti-Jerawat, Penyegar Tanpa Alkohol, Krim Siang SPF20, Krim Malam serta Krim Kecantikan SPF15 yang menjadi rejim kecantikan untuk kulit cerah berseri. Penggunaan rona merah jambu yang sepadan dengan ramuan yang digunakan serta bersulamkan warna putih yang mencerminkan manfaat kecerahan pada rekaan pembungkusan produk. Kini, berlari dan menari bagai artis K-pop di bawah sinaran mentari bukan lagi masalah buatmu!

Rejim lengkap Syahirah Korean Secrets White Glow:

Gel Pembersih Muka Anti-jerawat : Membantu membersihkan kotoran dan lebihan minyak pada kulit wajah yang menjadi punca munculnya jerawat dan bintik hitam.

Gel Pembersih Muka : Membantu membersihkan sisa kotoran pada kulit wajah di samping meningkatkan kecerahan kulit.

Penyegar Tanpa Alkohol : Membantu mengecilkan pori-pori serta memberi kesegaran kepada kulit selepas setiap pembersihan. Ia juga memudahkan penyerapan produk selanjutnya sekali gus menjadikan kulit lebih licin.

Krim Siang SPF 20 : Membantu mencerahkan kulit di samping melembapkan kulit wajah. Dengan SPF 20 ia membantu melindungi kulit wajah dari sinaran merbahaya UVA & UVB.

Krim Malam : Membantu untuk mencerahkan kulit di samping melembapkan kulit wajah. Teksturnya yang lembut dan kurang berminyak memberi keselesaan dan kesegaran pada kulit semasa tidur.

Krim Kecantikan SPF 15 : Sesuai digunakan sebagai asas solekan untuk membantu menutup cela, jeragat serta meratakan tona kulit. Dengan SPF 15 ia membantu melindungi kulit wajah dari sinaran merbahaya UVA & UVB

Nova dah cuba pakai produk ni selama 2 minggu dan Nova paling suka bila kekeringan dan pori di tepi hidung tu jadi licin lincau. Pori pun nampaknya mengecil dan kulit berseri-seri. Sabar ye korang.. tunggu aku habiskan sebulan nanti korang dah tak kenal ni Nova ke awek Korea.. hahahahahaha

So, nak bagitahu yang produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia, termasuk pasar raya besar dan hyper mart. Kalau nak maklumat lanjut mengenai SYAHIRAH korang boleh layari :

Facebook : https://www.facebook.com/pg/Syahirah-Malaysia 
Instagram : @syahirahmalaysia

Ok korang.. selamat mencuba ye! terima kasih sudi singgah ☺




Popular posts from this blog

CARA MASAK MEE KUAH PALING SEDAP BUAT BERBUKA DI BULAN PUASA

SAFI BALQIS OxyWhite | Kulit Cerah dan Berseri