Sarapan di All Day Dining Restaurant, Straits Hotel & Suites Restaurant

Salam,
Holla. Dengan semangat yang membara untuk menulis.. ni nak sambung lagi percutian Part 3 di The Straits Hotel & Suites Melaka. Selama aku hidup dan bernafas di bumi ini adalah sangat jarang manusia yang bernama Nova Leeza ni tak makan pagi. Hasil didikan mak abah aku, memang aku akan makan cukup masa. Cukup masa je makan, makan je cukup masa.. hehe Sarapan adalah sangat penting bagi aku kerana dikala aku membuka kedua biji mata ini perut aku akan berbunyi seperti ada pesta keroncong yang sedang berlangsung.  Kalau tak makan.. habisla! Sepanjang pagi akan lemau je. Disebabkan aku ni makan on time, secara tak langsung husband aku pun kena ikut jugakla. haha kalau tak ikut kang aku merajuk. Kalau ikutkan husband aku sebelum kahwin, dia memang jenis langgar je waktu makan. Kadang-kadang tu tidur sampai skip waktu makan. Erm.. camtu la. Bila kawin ni kena pandai-pandailah sesuaikan diri dengan pasangan masing-masing kan demi keharmonian rumah tangga ye tak? hehehehehe thank you husband sebab lepas kahwin je.. u dah pandai makan on time. Yey! Muah cikit.

Yey makan!

Panjang giler mukadimah. Ntahla sebab aku ni selalu menulis asignment kot tu yang suka taip banyak-banyak. Selalunya satu paper asignment tu tak kurang 3000 patah perkataan aku tulis. hahahaha See tak masuk lagi cerita sarapan aku. So berbalik kepada sarapan atau breakfast kami di All Day Dining Restaurant, Straits Hotel & Suites Restaurant, erm... nyam nyam nyam. Best sangat bila bangun pagi je dah tahu ada sarapan disediakan. Ada macam-macam jenis pulak tu.. dengan air kopi pekat... oh syurga makanan! Selama aku di hotel ni, 3 hari 2 malam, tak pernah aku miss lagi breakfastnya. Memang komitmen habisla dengan breakfast ni. Kiranya 2 kali la aku breakfast kat sini. Hari pertama duduk kat luar, kengkonon cam nak ambik anginla. Hari kedua.. lepak makan dalam restoran kasi berekon sikit. hehehe 

Hari pertama bawah ni.. haa nampak tak kegembiraan aku nak makan

Ni kawasan terbuka, udara segar dan boleh rasa feel matahari baru nak memancarkan cahaya

Yang ni hari kedua.. kawasan berekon (sorry la gambar blurr sikit sebab lighting kat sini romantik2 je)

Eiman pun sama macam aku. Mesti breakfast. Yang penting ada cik mak atau koo krunch dan kek

Adik pula, kami ambik bubur nasi. Letak sup sikit.. nyam.. 

Ambik pe tu bang? Fokus sangat tu tengok apa?

Kalau nak pedas makan le dengan sambal kerang ni. Sedap.. sesekali ubah selera pun best juga kan.

Macam-macama ada di All Day Dining Restaurant. Ada nasi lemak, mee goreng, pasta..

Nah di bawah ni adalah diantara menu yang disediakan untuk sarapan.



Sudu dan garfu boleh ambik sendiri, tak payah tunggu orang sediakan. Bebas.. ai suka.

Tadaa, i lafff kopi!

Pastries

Kek eiman

I lafff orange juice!

Kalau tengah diet.. nah makan ni.. salad segala jenis

Atau.. makan le buah.. senang lawas

haa.. makan le mana satu kome nak makan

Adoi.. tebar bang tebar!

can i have one omelette please?

Atau anda nak mee? pun ada!


Kenyang yey!!!

Lawa potret ni

Budak kenyang nak balik bilik tukar baju dan mandi pool

Selain makan yang sedap, pool yang letops.. sebelah dining restaurant ada gym

Kelengkapan lengkap

Bang besi sekilo berapa bang?

Siapa nak kurus lai lai lai.. boleh jongging dulu sebelum makan.

hehe dan yang sentiasa teruja adalah.. eiman dengan bola besar tu.

Camana? Ok tak The Straits Hotel & Suites Melaka? So kalau korang nak maklumat lanjut korang bolehlah rujuk pada laman di bawah ini ye. Harga jangan risau memang tip top dan affordable ya. Bukan ai je cakap, kawan-kawan ai pun cakap harga dia berpatutan.


Alamat : 
The Straits Hotel & Suites
A:No 1-B , Jalan Melaka Raya 2, 
Taman Melaka Raya, 75000, 
Melaka Malaysia. (boleh Waze je k).
Telefon : 06-2898 555


Entry Pertama : Hotel di Melaka, The Straits Hotel & Suites Memang Awesome
Entry Kedua : Infinity Pool The Straits Hotel & Suites Melaka