Friday, 22 September 2017

Aduan Harga Tidak Munasabah ke KPDNKK dengan Aplikasi EZ ADU

Salam,
Pada suatu pagi, seperti hari-hari yang biasa aku dan kawan-kawan akan bersarapan bersama di pantri pejabat. Ada yang bawa bekal, ada yang beli di kafe, ada yang beli di luar.. ada rezeki lebih kami akan kongsi bersama. Kadang-kadang tu, ada juga aku masak lebih untuk kongsi dengan kawan-kawan...dan cerita yang aku nak cerita ni.. Pada satu pagi, kawan aku namanya A (bukan nama sebenar), masuk ke pantri dengan muka tak puas hati dia berkata. "Tahu tak, berapa harga air teh bungkus ni?".. Setahu aku kedai air yang dia selalu beli tu akan charge dalam 1.40 sebungkus. Tapi, pagi tadi masa aku tengok, kedai air abang tu tutup. So mesti A beli dekat kedai air yang mahal tu. hehe. "2.00?" kata ku. "Tak!" kata si A. "Kedai hujung (mahal) tu kan selalunya bugkus air sikit je kan, jadi saya suruh buat 2 bungkus penuh, masa nak bayar tu, dia kata,"dik, ni akak charge 3 kali la sebab penuh ni"....terkejut saya dibuatnya." kata si A. Ini bermakna dia kena bayar RM 4.50 bagi sebungkus air penuh darab 2 sama dengan Rm 9. Wow!! Air apakah yang mahal sangat ni? Letak ayam ke kat dalam? ha.. kan. Kenapa charge mahal sangat? Kenapa kedai abang biasa tu hanya charge 1.40 bagi sebungkus air penuh?

Korang pernah rasa? Tak puas hati kenapa boleh charge melampau? Habistu nak buat apa? Takkan nak diam je. Nak mengadu kat siapa? ..... meh aku cerita apa yang korang boleh buat sebagai pengguna. 

Pernah dengar aplikasi EZ ADU KPDNKK? 

Ez Adu ios


Ez Adu (Android)



Ez ADU adalah satu aplikasi peranti pintar mudah alih yang dibangunkan oleh KPDNKK yang membolehkan pengguna untuk membuat sebarang aduan terus kepada KPDNKK supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

  1. Pengguna boleh membuat pengaduan dengan 4 langkah yang mudah iaitu dengan memasukkan butiran aduan, laporan aduan dan seterusnya membuat geo tagging dan menyertakan gambar sebagai bukti.
  2. Pengguna juga boleh menyemak status aduan dan tindakan yang diambil oleh pihak KPDNKK terhadap aduan tersebut.

Cara nak guna memang mudah sangat ada 4 langkah je. Sangat sesuai bagi mereka yang tengah marah ke, tak puas hati ke.. tak panjang ye step dia.. hehehehe

Pertama, register/buat akaun dulu pada Daftar Baru. Next, Pilih aduan baru.

1. Masukkan butiran aduan
2. Masukkan maklumat
3. Letakkan lokasi
4. Masukkan bukti

Siap.. nanti lepas beberapa hari semak balik aduan ni dah diterima ke belum. haa...paham kan. 

Step Daftar dan Pilih Aduan Baru

Step 1 Masukkan Butiran, 2 Maklumat

3 Masukkan lokasi

4. Masukkan bukti

 dan... boleh semak aduan anda


Tujuan apps ini dibangunkan supaya pengguna lebih aktif dalam membantu KPDNKK mengawasi perdagangan domestik di negara ini. Aplikasi ini memerlukan Android 3.0 ke atas. Untuk penggunaan terbaik, sila gunakan Android 4.0 ke atas dan peralatan dual-core ke atas.

So, kalau tak puas hati tu jangan pendam-pendam je tau, terus buat aduan. Dengan tindakan yang korang buat, korang telah membuatkan peniaga tidak boleh sewenang-wenangnya menekan kita sebagai pengguna. kan kan! Ingat tau! Aduan korang diambil kira ok!

Ha.. selain dari EZ ADU ada lagi 2 aplikasi yang berguna.. Yang pertama, FOK - Friends of KPDNKK. 


FOK ios 

FOK Android

Banyak kelebihan, jika anda menjadi skuad FOK ni 

Bidang tugas FOK adalah:
 ha... menarik tak? Jom join jom!

 Aplikasi yang kedua, adalah Paparan Harga

Paparan Harga ios

Paparan Harga 

Aplikasi mudah alih ini telah dibangunkan oleh KPDNKK di bawah program 1Pengguna dengan hasrat untuk membantu semua pengguna Malaysia di luar sana untuk menjadi lebih baik pembeli produk dan barangan harian dan pada masa yang sama membantu mereka untuk mengurangkan perbelanjaan dan kos hidup.

Aplikasi mudah alih ini disepadukan dengan portal web 1Pengguna PriceWatch atau Display Harga yang boleh didapati di http://1pengguna.com/paparanharga.  Aplikasi ini akan membantu pengguna untuk memeriksa harga harian semua barangan runcit asas (446 barangan pada permulaan) di semua kedai dan pasaran di semua kawasan di Malaysia. Ha... mudahkan. Ini bermakna kita boleh tahu harga pasaran dan perbandingan harga bagi kedai runcit dan hypermarket.

Macam kat bawah ni, korang boleh tengok harga semasa bagi pisang

Dalam 446 barang ni, kategorinya adalah seperti di bawah. 

dan paling best korang boleh bandingkan harga. hehehehe

Ha.. best-best kan aplikasi ni. Jadi apa tunggu lagi? Jomla kita muat turun dan guna. Pastikan anda adalah pengguna yang bijak ok. Kalau macam cerita aku tadi tak puas hati ke apa ke terus je salurkan aduan ke EZ ADU. Cuba jangan tak cuba k. Semua mudah dah sekarang ni.. dihujung jari je!

Selamat Mencuba!

Sekian.