Enchanteur Stunning Wangian Seorang Wanita

Salam,
Orang kata bila kuat berpeluh badan bau busuk. Macam aku, susah sikit nak berpeluh sebab kerja duduk dalam office. So masalah bau badan ni takdala sangat. Cuma sesekali tu adala jugak pergi pasar pagi2 tak mandi lagi. wakaka bocor rahsia. Eleh korang ni cam tak pernah buat je kan. Balik pasar baru mandi. Depa la kata, aku tak kata. Depa kata kalau masak sebelum mandi nanti masakan sedap. Kalau mandi dulu masakan tak sedap. Yeke yeke.. haha patutla masakan aku sedap sedap je selama ni. wakaka So, untuk mengelakkan pencemaran bau air liur basi haruslah berwangi-wangi sebelum keluar. Paling penting untuk aku adalah pewangi ketiak. Deodaran tu la. Memang aku peminat ENCHANTEUR so aku pakai deodarannya. Kompom wangi semerbak bauku. ekekeke. 

Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning!

Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian”… Author C.Joybell C

Ha.. penampilan tak sempurna tanpa wangian tau. So kenala wangi-wangi selalu. Kalau wangi-wangi bukan sahaja buat orang sebelah rasa selesa.. kawan-kawan pun suka tau. Cer kalau busuk, msti orang takmo dekat kan. Paling penting bagi yang dah kahwin tu.. kena la jaga sikit bau tu, kasi wangi-wangi barula abang sayang kan. Wangian seorang wanita mempunyai daya tarikan sama seperti tertariknya seekor lebah kepada pati nektar. Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Jadi, sejak berabad lalu, minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan. 

Bersempana itu, ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.

Comel sangat box ni, terima kasih ENCHANTEUR untuk wangian yang semerbak ini. I loike sangat!!

Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.

Ni isi kandungannaya. Best kan?

ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.

Lawa kan botolnya! Bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung.

So berapa harganya?

ENCHANTEUR Eau De Toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml. 

Losyen Enchanteur boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60

Deodoran Enchanteur pula hadir dalam pelbagai bentuk/ format- stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40. 

Bedak Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga RM11.80


Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke :

Laman Web : www.enchanteur.com.my
Laman Facebook : www.facebook.com/EnchanteurMY


So korang jom berwangi-wangi. Untuk diri sendiri, untuk kawan-kawan sekeliling.. untuk anak, mak mertua, pak mertua dan paling penting wangi untuk suami.. Semoga suami makin hari makin sayang muah muah dan bila terbau wangi je teringat kat kita kan.. So pastikan korang kena selalu cantik wangi comel untuk suami k! Chayok chayok!!!!

Jom tengok gambar Enchanteur Stunning ni jom!

Lawa kan bunga ros ni. Bau dia memang wangi Stunning la!


Stunning tak? Lawa kan botol dia. Letak atas meja makeup lawa ni.



Popular posts from this blog

CARA MASAK MEE KUAH PALING SEDAP BUAT BERBUKA DI BULAN PUASA

SAFI BALQIS OxyWhite | Kulit Cerah dan Berseri