Review : Natural Elixirs Hijab Shampoo

Salam,
"Masalah rambut memang tak ada jalan penyelesaian ke apa? Banyak kali dah tukar syampu, tapi masih banyak rambut yang gugur. Makin lama makin banyak. Dah semakin menipis pula rambut ni."
kata seseorang yang rapat dengan aku beberapa bulan lepas. Masalah ni bukan masalah dia seorang je. Masalahnya, aku pun sama. 3 hari sekali mesti kena vacum rumah. Kalau tak rambut bersepahan lah di lantai. Sakit hati juga tengok banyak sangat rambut yang gugur ni. Sejak anak dah dua ni lagi la banyak gugurnya. Siapa lagi ada masalah yang sama? Anyone?


Pernah dengar Hijab Shampoo dari Natural Elixirs?

Syampu yang dibuat daripada bahan-bahan semulajadi yang organik dan bertindak untuk mengurangkan rambut gugur? Syampu Hijab organik pertama yang Nova cuba. Alhamdulillah, setelah Nova cuba selama seminggu, rambut ni makin kuat makin sihat dan rambut gugur? erm... tak payah nak risau dah sangat sekarang ni sebab rambut gugur pun makin kurang. Kurang sikit menyapu rambut hehehe

Syampu Hijab (300ml)

  1. Naturally Organic
  2. Syampu Rambut Anti-Gugur
Dirumus khas untuk wanita bertudung dan sesuai untuk semua jenis rambut.

Mencegah dan Mengawal - Keguguran Rambut, Kelemumur, Minyak Berlebihan


Bekasnya comel, warna putih dan biru, semangat nak pakai.

Yang terbaiknya adalah formula Syampu Hijab ini mengandungi bahan-bahan organik yang kaya dan berkhasiat seperti Nettle Oil, Chamomile Extract dan Oil Tea Tree untuk menguatkan, melindungi dan mencegah kerosakan rambut dan keguguran rambut. Rambut memerlukan pendedahan yang mencukupi untuk udara dan sinaran matahari agar ia sihat dan kuat. Apabila rambut sentiasa tertutup, kulit kepala tidak dapat bernafas, yang membawa kepada peningkatan produksi sebum yang berlebihan daripada peluh. Pori juga menjadi tersumbat; membawa kepada kulit kepala yang tidak sihat, kelemumur, keguguran rambut, kasar dan tidak bermaya.

Rumusan unik Syampu Hijab bertindak :

  1. Membersihkan dan melembapkan rambut dan kulit kepala.
  2. Membantu pengelupasan semula jadi kulit kepala menjadikan ia segar dan segar.
  3. Mengimbangi pengeluaran sebum dan mengurangkan minyak yang berlebihan.
  4. Antioksidan melindungi rambut daripada kerosakan dan penuaan.
  5. Meningkatkan dan memulihkan akar rambut untuk rambut yang berkilat dan sihat.
  6. Menghalang rambut gugur dan menghilangkan kelemumur.

Nak tahu apa kandungan syampu ni secara terperinci?


Minyak Nettle - Membantu pertumbuhan rambut, menghalang keguguran rambut dan memulihkan warna rambut asli. Kandungan anti-radang dan rawatan yang sangat berkesan untuk kelemumur.
  1. Kaya dengan Vitamin B.
  2. Ia adalah sumber yang baik dari besi, kalium, mangan, kalsium, magnesium, fosfor, silika, iodin, silikon, sodium, dan belerang.
  3. Ia mempunyai protein dan asid amino yang tinggi.

Ekstrak Chamomile - Menenangkan dan membantu pertumbuhan rambut. Chamomile membantu menggalakkan pertumbuhan semula rambut yang sihat. Ia membekalkan nutrien kepada kulit kepala serta menyuburkan dan menguatkan folikel rambut, merangsang pertumbuhan lembaran rambut yang lebih nutrien, lebih tebal, dan sihat.
  1. Anti-radang
  2. Anti-perengsa
  3. Anti-mikrob

Oil Tea Tree - menenangkan kulit kepala gatal dan menghalang masalah rambut yang banyak seperti kelemumur, botak, psoriasis, dan kutu kepala. Ia mengurangkan keguguran rambut dan, sebaliknya, menggalakkan pertumbuhan rambut.

Oil Tea Tree juga menghilangkan sel-sel mati, menyekat folikel rambut, dan meningkatkan sistem imun yang kemudian dapat melawan jangkitan yang mengakibatkan keguguran rambut, dengan itu mencegah kutu dan kelemumur.
  1. Anti-radang
  2. Anti-perengsa
  3. Anti-mikrob
  4. Anti-kulat
  5. Anti-bakteria
  6. Antiseptik
  7. Anti-virus
Ha.. nampak tak kebaikannya, bukan calang-calang syampu tau. Kajian terperinci sudah dibuat untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah rambut kita ni ha. Kalau ada yang tanya bau syampu ni, sebabkan ia adalah syampu semulajadi yang organik, baunya natural jugala. Ada sikit bau herba, tak kuat pun dan paling penting lepas cuci rambut kan, rambut terasa segar, fresh dan ringan. Best sangat rasanya. 

Syampu ini mempunyai pengiktirafan sijil HALAL (Certified Halal) - Oleh Badan Pensijilan Turki.

Kalau nak tahu syampu ni dibuat di Turki oleh Ekokimya. Ekokimya adalah pengilang yang sama dengan jenama penjagaan kulit organik yang disahkan premium oleh Ecowell Organics. Yang penting premium ok! Premium... hehehee

Hanya 24.90 anda boleh bawah dia balik , order sekarang di Lazada.

Untuk maklumat lanjut korang boleh lawat pautan ni di bawah :



Pinterest : Natural Elixirs Sdn Bhd


Google + : Natural Elixirs Sdn Bhd


So apa tunggu lagi, jom pakat beli ramai-ramai dekat LAZADA. Tak cuba tak tahu. kan kan..

OK selamat mencuba dan terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Sekian.



Popular posts from this blog

CARA MASAK MEE KUAH PALING SEDAP BUAT BERBUKA DI BULAN PUASA

SAFI BALQIS OxyWhite | Kulit Cerah dan Berseri