Review: Nutox Renewing Range Tiada Lagi Kulit Kusam

Salam,
Holla. Terimbau kenangan 3 tahun lepas, masa tu aku tak pandai lagi bersolek-solek ni. Yang biasa-biasa je pandai. Setakat foundation, eyeshadow, lipstik dengan blusher. Lagipun masa tu tak banyak lagi video tutorial ke live makeup ke apa. Cuma pepandaila nak pakai. Ada satu tempoh ni, masa eiman baby lagi, aku memang serabai sakai. Pakai baju sama je bila keluar dengan husband, takda makeup ke bedak ke, muka memang pucat je macam mayat dengan eyebag segala bagai. Beberapa kali husband aku tegur suruh aku "letak la bedak sikit sayang, pakaila lipstik sikit yang". Bukan tu je, dia siap complain suruh aku pakai baju yang elok sikit. Keluar jugakla dari mulut dia cakap aku ni dah macam makcik-makcik. Huh! Sentap mak! Bukan sekali tau dia kata aku macam makcik-makcik. Aku pun masa tu rasa malas nak layan dia. Biar jela ko nak cakap aku apa. Masa tu la. Kalau ikutkan aku jadi serabai sampaila aku mengandung kali kedua dan bersalin Fatimah. Tahun 2016 la. Ntahla aku pun tak tahu kenapa aku jadi selekeh camtu. Alasan yang aku bagi "hormon anak lelaki banyak dalam badan". haha

Muka saya tanpa makeup

So, bila Fatimah lahir, aku jadi suka benda cantik, suka makeup suka berlawa. Oh mai.. aku pun tak tahu kenapa. Alasan aku kali ini "banyak hormon perempuan dalam badan". hehehe logik tak? Masa cuti bersalin 3 bulan tu, aku kerjanya makeup je hari2 sampai mak aku marah. katanya "habis pantang baru makeup dik oi!" Tapi ada aku kesah. hahaha masa tu macam rasukan makeup aku selamber order berkotak-kotak online. Bermula dari situ la aku start kumpul makeup. Belajar makeup, tengok video kekadang berjam-jam depan tepon. Sampaila anak aku dah setahun lebih. Tapi kali ni husband aku complain benda lain pulak. Katanya "berapa banyak makeup u nak beli? Berapa banyak baju kasut u nak beli daa?" hahahaha So aku salahkanlah hormon wanita banyak dalam badan lepas bersalin Fatimah. haha boleh tak?

huh panjangnya aku taip. Tapi sekarang ni, aku lebih tekankan rutin menjada kulit. Kalau kulit buruk, pakai makeup pun tak boleh nak feloles sangat. Yang pertama, kulit kena maintain lawa dulu. Kedua ko nak tepek bedak 18 inci pun sukati kau la kan. hehe. So sekarang skincare yang aku suka adalah Nutox. Nutox yang baru tu pink warnanya. Comel giler!

Nak jugak cantik maca pajura. Kalau tanggal makeup malam-malam still nampak gojes menambat hati suami aww aww. haha Tambah pula, husband aku ni memang suka aku cecants..kan. So, now katakan selamat tinggal kulit kusam dan katakan hello pada kulit cerah!

Inilah rahsia saya kekal muda. hehehe Range yang baru ni namanya "Nutox Renewing Treatment"

Tanyalah mana-mana wanita nak kulit macam mana? Jawapan diorang mestilah untuk memiliki "kulit yang cantik berseri dan sentiasa nampak muda”. Biar muda, biar takda kedut, biar fololes gittew kan. Nah ni.. jawapannya. Nutox kekal muda!


Kajian pengguna mendapati wanita Malaysia mahukan kulit yang kelihatan cantik secara semula jadi, yang boleh ditakrifkan sebagai kulit tampil berseri dan segar, dan fenomena ini bukan sahaja di Malaysia! Malah Korea hingga ke Jepun ke negara China pun sama.

Kulit kusam? masalah kulit yang biasa dihadapi oleh wanita Asia. Tahukah korang kulit kusam juga merupakan salah satu tanda awal penuaan? Apabila umur kita meningkat, tanda-tanda seperti kekusaman, kedut dan kehilangan keanjalan mula kelihatan. Ia disebabkan oleh pengurangan keupayaan untuk memperbaharui kulit secara semula jadi. Oleh itu kita perlu membantu kulit untuk memperbaharui semula secara lembut tetapi berkesan.

Secara ideal, kitaran pembaharuan semula kulit secara semula jadi berlaku setiap 28 hari. Pada akhir tempoh kitaran, sel kulit yang lama atau yang telah mati beralih keluar dan diganti dengan sel kulit yang baru. Apa yang diperlukan oleh kulit adalah beberapa produk utama yang terus bertindak secara lancar dalam semua fasa kitaran pembaharuan kulit dan pada masa yang sama membantu meningkatkan keupayaan pembaharuan semula kulit. Apa yang penting adalah proses ini perlu berlaku secara lembut tetapi berkesan. Ingat tau.. tak payah nak lawa laju-laju biar slow and steady je oh kay!


Produk penjagaan kulit Nutox Renewing Treatment ini menggunakan teknologi proprietari yang dikenali sebagai LumiNes, iaitu gabungan dua ramuan utama – Lumiskin dan Actistem Gold Nest –untuk menghasilkan kulit yang kelihatan berseri dari dalam. LumiNes ini mengaktifkan sel dasar kulit yang tidak aktif dan meningkatkan tekstur kulit agar kulit berseri secara semula jadi apabila digunakan secara kerap. Wow kan.

Rangkaian Nutox Renewing Treatment terdiri daripada 3 produk iaitu Renewing Treatment Lotion, Renewing Treatment Essence dan Renewing Treatment Cream.



Renewing Treatment Lotion (150ml, RM59.90)

Berikan tenaga baru kepada kulit anda dengan losyen yang lembut tetapi penuh dengan kebaikan ini , Ia direka khas untuk menyediakan kulit bagi menerima kebaikan daripada Renewing Treatment Essence dan Cream sepenuhnya. Toner ini melicinkan dan menanggalkan bendasing untuk kesan yang lebih berseri. Losyen ini turut menggantikan lembapan jauh ke dalam lapisan kulit.

Penggunaan: Selepas pembersihan, letakkan pada tapak tangan dan sapukan pada muka dan leher. ATAU Selepas pembersihan, letakkan pada pad kapas dan sapukan pada muka dan tengkuk.



Renewing Treatment Lotion


Renewing Treatment Essence (30ml, RM75.90)

Serlahkan keserian semula jadi kulit anda dengan esen yang lembut dirumus dengan teknologi proprietari LumiNes. Esen yang melembap jauh ke dalam kulit ini membantu melindungi kulit daripada kekusaman kulit akibat kerosakan UV dan pencemaran, selain mempercepatkan kitaran pembaharuan permukaan kulit untuk seri wajah yang berkekalan.

Penggunaan: Pamkan sebanyak 2 hingga 3 kali pada hujung jari dan sapu rata pada muka dan leher menggunakan pergerakan arah ke atas.

Renewing Treatment Essence


Renewing Treatment Cream (30ml, RM49.90)

Manjakan kulit anda hari ini agar anda kekal cantik untuk hari-hari yang akan datang. Dirumuskan dengan LumiNes, Renewing Treatment Cream menyediakan kebaikan untuk memulihkan, menyegarkan dan memperbaharui penampilan kulit. Tekstur yang tidak melekit ini diserap pantas bagi memberikan kemasan yang semula jadi.

Penggunaan: Urutkan produk sebesar butir kacang pada kulit menggunakan pergerakan bulatan arah ke atas sehingga ia diserap sepenuhnya.

Renewing Treatment Cream


Nur Fazura, duta Nutox dan aktres terkenal Malaysia, menjelaskan kepentingan melindungi kulitnya daripada cabaran luar. “Saya sering berada di luar sewaktu di lokasi rakaman, dengan memakai lapisan mekap di bawah sinaran matahari. Oleh sebab stres dan kurang berehat, kulit saya mudah menjadi kusam dan tidak bermaya. Itulah sebabnya saya memilih penjagaan kulit Nutox Renewing Treatment sebagai amalan. Sejak menggunakannya, saya tidak perlu menggunakan mekap yang banyak, terutama sekali pada hari saya tidak bekerja. Renewing Treatment Lotion membantu menanggalkan mekap yang tertinggal serta kotoran lain selepas seharian bekerja, dan menjadikan kulit saya lembut dan halus! Produk kegemaran saya ialah Renewing Treatment Essence, kerana ia melindungi kulit saya daripada kekusaman,” kata Fazura.


Memulihkan dengan Renewing Treatment Lotion, yang melicinkan dan menanggalkan sel kulit yang mati dan bendasing daripada permukaan kulit. 

Membaharui dengan Renewing Treatment Essence, yang mempercepatkan kitaran pembaharuan semula permukaan kulit. 

Menyerikan kulit dengan Renewing Treatment Cream, yang menyegarkan kulit dan meningkatkan tekstur kulit secara keseluruhan.

Ha, dapat tak apa yang aku suka sangat dengan Nutox Renewing Range ni. Kulit terasa segar, lembap secara semulajadi, kurang garis kedutan dan paling aku suka krim ni tak rasa melekit lepas pakai. Aku memang tak suka sangat krim yang melekit ni. Selesa pada kulit dan mencerahkan kulit dan dalam masa 4 minggu dipakai secara teratur.

Best produk ni, korang kena cuba tau. Dah ada kat pasaran boleh beli kat Guardian, Watsons dan hypermarket terpilih. Harga pun ai dah mention kan.. so cubalah jangan tak cuba k. Jom sesama kita cecants! Tak pakai makeup pun rasa confident je!

Sekian. Terima kasih sudi singgah sini!

Alhamdulillah kulit makin berseri-seri! Pakai makeup pun tak payah tebal-tebal!