Review : Mengekalkan Kelembapan Kulit Dengan Losyen Haruman Badan Dari Enchanteur

Salam,
Holla semua. Lama menghilang bukan daku patah semangat untuk menulis. Daku cuma tidak dapat mencari masa untuk menulis dek kerana membantu suami yang tengah part time study dan keperluan untuk bergomol dengan adik Fatimah dan abang Eiman disamping membuat kerja-kerja mengemas rumah dan bercucuk tanam. hahaha selalunya aku akan menulis blog selepas anak-anak tidur. Masa tu sunyi sepi je laju idea tu mengalit. Tapi, memandangkan aku ni dah tua kan, hahaha bila aku tidurkan adik Fatimah, aku pun terlajak tidur sama. Tengokla nanti adik dah besar sikit macam eiman aku boleh memberi fokus yang padu pada blog. So berbalik pada cerita kita hari ni, si nak cakap ni. Kulit ai selalu kering, dahlah pemalas yakmat nak minum air, pastu malas pulak nak pakai pelembap kulit. So tak payahlah nak blame sesiapa, salahkan diri sendiri. haha

Tapi sekarang, aku dah mula rajin pakai losyen badan. Nak tahu kenapa? Sebab bau losyen ni best. Sebab peckaging dia lawa. sebab kesedaran telah datang apabila usia semakin meningkat naik. hehe Kalau tak rajin teruklah nanti kulit sendiri. kan kan. Packaging lawa dan bau best yang ai maksudkan adalah tidak lain tidak bukan semestinya Losyen Enchanteur 24H Moist yang berbau harum semerbak ulalalalala.


Eh eh eh memalu pulak diorang ni. Lek sudah. haha. apa nak cakap tadi, ahh..sememangnya kita kena ambil 8 hingga 10 gelas air sehari untuk memastikan badan kita mempunyai bekalan air yang mencukupi. Tapi kalau setakat minum air je, memang tak cukup untuk meningkatkan penghidratan kulit tau! Kulit tak cukup air akan nampak kusam dan selalunya orang yang malas minum air ni akan ada masalah kulit  macam gatal dan alahan. Selain itu, sebagai wanita, kita juga kerap buat kerja-kerja rumah seperti mencuci, menyental dan membasuh berak anak. hehe kemudian bila dipejabat duduk 8 jam dalam aircond. So, semua faktor ni adalah penyumbang kepada terjadinya kulit kering. Untuk mengelakkannya, apa yang perlu kita buat? ha.. jawapannya "Pakailah losyen!"


Losyen baru ENCHANTEUR 24H Moist ini dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun dengan tujuan agar kulit korang akan kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan sekali sapuan je sehari. ha.. power tak? Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini menjadikan losyen meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda!


Losyen ni berasaskan air dan tak akan meninggalkan rasa berminyak atau melekit pada tangan atau badan. Disamping itu, losyen ni mempunyai wangian inspirasi Perancis yang mampu menyemarakkan dan menghidupkan semula detik romantis. awww! Dengan itu,  kulit tangan atau badan korang akan jadi sihat dan sehalus sutera manakala wangian ENCHANTEUR yang tahan lama ni dapat meningkatkan daya penarik anda. awww sekali lagi. ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan ini ada 3 variasi iaitu Charming, Romantic, dan Alluring. 



✅ ENCHANTEUR Charming (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)
Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya dengan gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.

✅ ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan) 
Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban. 

✅ ENCHANTEUR Alluring (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri) 
Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap  jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian.  

So korang, walau sesibuk mana kerja kat pejabat ataupun tiada masa sebab melayan anak, korang kena jugak jaga kecantikan dan cubalah untuk manjakan diri sendiri. Paling senang, beli je ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan ni. Ia dijual dengan harga yang sangat sangat sangat berpatutan ohkey. Boleh pengsan tengok harga dia tau.

Botol besaiz 220ml = RM11.90 (termasuk 6% GST) 

Korang semua boleh dapatkan semua ini di pasaraya utama, pasaraya hypermarket, dan farmasi. Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, korang boleh call atau pergi tengok laman sesawang www.enchanteur.com.my atau laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.

Awww manja gitteww ehh



Senang sangat nak bawak pergi jejelan. Masuk je dalam beg gini. Sekali dengan barang budak, pampers segala bagai lah! hahahaha... takla, kena bimbit banyak-banyak. 


Ok, im ready to go!

Jangan lupa minum air banyak dan pakai losyen k!

Sekian, tata babai!


Popular posts from this blog

CARA MASAK MEE KUAH PALING SEDAP BUAT BERBUKA DI BULAN PUASA

SAFI BALQIS OxyWhite | Kulit Cerah dan Berseri