Cara Mengekalkan Kesihatan Tulang, Sendi, Kardiovaskular dan Mengawal Kolestrol

Salam,
Holla kawan-kawan semua? Nampaknya musim cuti sekolah ni ramai yang telah mengambil peluang pergi bercuti bersama keluarga. Wah.. seronoknya tengok korang pergi merata-rata tempat. Tapi.. bercuti tu.. bercuti lah jugak kan, kesihatan jangan pula dilupakan ye. Kena ingatlah selalu minum air dengan cukup, makan banyak sayur dan buah serta tidur pun kena cukup juga tau. Bercerita tentang penjagaan kesihatan ni, Nova ada mengamalkan makanan tambahan, Botanic Health yang memfokus untuk mengekalkan kesihatan tulang, sendi, kardiovaskular, mengawal kolestrol dan memberikan tenaga. ha.. kalau nak tahu, ia adalah makanan tambahan untuk menambah kalsium, meningkatkan kepadatan tulang serta menggalakkan kesihatan tulang, membaiki tulang rawan serta menambahkan kolagen. ha.. banyak betul kebaikannya. 

Sememangnya, penuaan akan menyebabkan sendi dan pergerakan menjadi semakin sukar. Malah, jika lagi teruk, masalah osteoporosis, radang sendi atau osteoarthritis menyekat pergerakan dan menghalang penghidap penyakit ini daripada menjalani gaya hidup yang aktif. Oleh yang demikian, kita perlu mengambil tindakan yang wajar dengan mengawal masalah ini dari menjadi semakin teruk. Amalan hidup yang sihat dengan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat serta memastikan tubuh kita sentiasa aktif untuk kekal sihat adalah penting agar kehidupan akan datang terhindar dari masalah-masalah kesihatan yang sepatutnya boleh dielakkan dari awal. Betul tak kawan-kawan?

Botanic Health, Makanan Tambahan untuk kesihatan anda!

Kalau nak tahu, Botanic Health ni bertindak untuk melindungi tisu rawan, meningkatkan kepadatan tulang dan melancarkan pergerakan. Pengambilan Botanic Health ini secara rutin memberi manfaat kepada tulang dan sendi kita serta membantu kita untuk mencegah osteoporosis. Diantara kandungan Botanic Health ini adalah seperti sel stem semulajadi dan bahan-bahan mineral semulajadi. Oleh itu ia adalah sangat sesuai buat mereka yang mengamalkan pemakanan vegetarian.


Terdapat banyak sebab yang menyebabkan sakit lutut terutama lutut pelari (Patellofemoral pain syndrome). Botanik Health membantu anda melegakan kesakitan seperti ini.

Fakta Berkenaan Botanic Health :
  1. Botanic Health diformulasikan di Ireland.
  2. Hasil penggunaan Botanic Health akan dapat dilihat selepas 10 hari.
  3. Botanic Health adalah lebih daripada sekadar makanan tambahan yang membantu meringankan sakit-sakit dan menambah kalsium. Ia juga membantu untuk meningkatkan kepadatan tulang serta menggalakkan kesihatan tulang, mengekalkan tulang dan sendi, pembaikan tulang rawan selain membantu menambahkan kolagen.
  4. Memakan Botanic Health dalam jangka panjang akan membantu melindungi dan memperbaiki tulang dan sendi.

Kebaikan Pengambilan Botanic Health adalah :
  1. Meningkatkan kesihatan tulang dan sendi
  2. Membaikpulih & mengekalkan kesihatan tulang & rawan
  3. Mengurangkan kesakitan & keradangan.
  4. Meningkatkan dan mengekalkan pergerakan fizikal
  5. Mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, meningkatkan kesihatan kardiovaskular

Apakah kandungan Botanic Health?


Delima, manggis, alga, Orthosiphon  (misai kuching), Lithothamnion Rumpai Laut, hitam halia, asid askorbik, bran oat, benih Chia, l-arginine, taurina.


Cara nak bancuh dia mudah je, sediakan secawan air suam, ambil satu paket Botanic Health dan masukkan dalam air suam tadi. Kacau sehingga serbuk Botanic Health larut sepenuhnya ke dalam air. πŸ’Ÿ


Rasanya macam minum minuman gandum je. Senang je nak habis. Bukan sahaja baik untuk kesihatan malah, boleh mengenyangkan. Perut tak rasa lapar pulak lepas minum ni. Anda boleh ambil pada waktu pagi, tengah hari atau malam. Ikut suka lah. Nova ambil waktu malam sebelum tidur. hehe. Untuk kesihatan tulang, sendi dan kardiovaskular yang berpanjangan, anda boleh mengamalkan Botanic Health. Anda rasakan sendiri perbezaannya selepas 10 hari.

Macam mana nak dapatkannya? Korang boleh beli hubungi Lynnity Botanic Health di sini : https://www.facebook.com/lynnity.botanic/

Harga Produk ini adalah RM 138.00 sahaja.


Seterunya, perkara kedua yang Nova nak kongsikan dengan korang semua adalah Lynnity Relief (Pure Therapeutic-Grade Essential Oil). Fungsi Pure Therapeutic-Grade Essential Oil ini adalah untuk membantu melegakan ketidakselesaan, menenangkan, membantu fokus belajar, tidur yang nyenyak dan macam-macam lagi kebaikannya. Nak tahu lebih lanjut.. jom Nova cerita!


Tumbuhan semulajadi yang digunakan di dalam Lynnity Relief adalah : 
🌿 Peppermint
🌿 Lavender Flower
🌿 Hawaiian Sandalwood
🌿 Sun Flower
🌿 Clove Flower
🌿 Roman Chamomile Flower
🌿 Ylang Ylang Flower
🌿 Geranium Plant
🌿 Myosotis Sylvatica Flower


Berat bersih : 10mL e - 3.38fl. oz.

Lynnity Relief digunakan untuk mengurangkan ketidakselesaan biasa. Ia mempunyai bau yang menyegarkan, memberi tenaga dan melegakan kawasan yang disapu seperti dahi, belakang telinga dan leher. Boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja! 

Jika anda mempunyai masalah tidur Lynnity Relief adalah jawapannya. Gunakanlah kaedah Relief AcuMassage untuk membantu anda mendapatkan tidur yang nyenyak. Dengan mencuba Relief AcuMassage, anda boleh lena sepanjang malam. Ia akan membantu mengurangkan tahap tenaga dan menyediakan badan untuk tidur secara semula jadi dan berkesan. Tiada kesakitan, hanya tidur. Sangat-sangat mudah! Caranya adalah:


Ha.. mudah sahaja kan? Kalau nak tahu, Nova pun ada masalah susah nak tidur ni. Dahtu bila ada anak kecik ni, tengah malam kena bangun buat susu kan, ahh.. nak tidur balik punyalah payah. Tapi dengan Lynnity Relief ia membantu Nova untuk tidur balik dan menenangkan Nova dengan bau bunga tu ❤ Bukan sahaja Nova, baby dan orang tua pun boleh pakai tau. Produk ini adalah 100% semulajadi. 


Wow kan! hehehe... So, ada beberapa tips penggunaan Essential Oil ini untuk Lelaki, Wanita, Kanak-kanak dan Bayi.

Untuk Lelaki: Lynnity Relief adalah sahabat yang baik untuk perjalanan anda ke gym, Setelah berjam-jam di komputer & rutin harian yang sibuk. Minyak ini akan memberikan sensasi yang menyegarkan, menyejukkan semasa atau selepas senaman, dengan aroma menyegarkan yang menginspirasi serta membantu anda menjadi aktif. Gosok pada jari, pergelangan tangan, bahu dan leher anda.

Untuk Wanita: Lynnity Relief adalah campuran proprietari minyak penting yang memberikan kesan menenangkan dan menenangkan semasa kitaran haid wanita. 

Untuk Bayi & Kanak-kanak: Lynnity Relief adalah campuran eksklusif minyak essential yang dipilih dengan teliti untuk membantu anak anda semasa sedang belajar dan menumpukan perhatian. Tambahan pula, Lynnity Relief melancarkan pernafasan sambil meminimumkan gangguan disebabkan selsema dan batuk. Relief Lynnity boleh digunakan secara terus ke dada, belakang, atau bawah kaki, pada waktu malam untuk menenangkan deria dan medapatkan tidur yang nyenyak.


Yang ni husband Nova tengah lenguh tangan sebab dukung Fatimah lama sangat, jadi Nova tolong sapukan essential oil ini pada lengan husband untuk melegakan lenguh. Disamping itu, baunya yang nyaman dan menenagkan boleh membuatkan kita rasa relax je. Nova suka! πŸ’–


Lynnity Relief pilihan saya, suami dan anak-anak πŸ’

Harga Produk ini adalah RM 88.00 sahaja.

Macam mana nak dapatkannya? Korang boleh beli hubungi Lynnity Botanic Health di sini : https://www.facebook.com/lynnity.botanic/

Mana yang ada masalah tidur macam Nova bolehla cuba Essential Oil ni dan kalau korang nyenyak.. bolehla review pada Facebook Page yang Nova bagi ni. Ok, terima kasih korang sebab sudi singgah dan baca perkongsian Nova. Sehingga berjumpa lagi. Salam.