Feri Ke Pulau Pangkor Dari Marina Island, 10 Minit Sahaja

Salam,
Teringat masa kecik-kecik dulu, arwah abah selalu bawak kami ke Pulau Pangkor. Setiap kali ke Pulau Pangkor mesti excited sangat naik feri Lumut. Kiranya memang pulau ni boleh dikatakan tempat percutian keluarga kami dan sentiasa dekat di hati. Namun... sejak arwah abah dah tiada, kami pun dah lama tak ke Pulau Pangkor. But.. tahun ni, Alhamdulillah sampaijugak aku dan keluarga sekali lagi di sini. Giler banyak perubahan kat Lumut, Pangkor ni semua lah! Rumah naik bersepah-sepah sampai dah cam tak cam sangat dah jalan ke sini. But! Yang paling menariknya, nak ke Pulau Pangkor cuma naik feri dalam 10 minit je. hahahahahahahahahahahahahaha 

Korang dah tahu kot, mungkin aku jela yang ketinggalan zaman kan. Masa dulu kena naik feri dari Lumut dan makan masa lebih kurang 40 minit. But Now, kalau naik dari Marina Island hanya 10 minit je babe! Aku ni ada penyakit motion sickness so aku memamg tak gemar sangat naik feri. 10 minit tu ok la.. tak sempat lagi rasa nak muntah. hehe kalau ikutkan peta kat bawah ni, yang No1 aku tanda tu adalah laluan dari Lumut.. dan No2 adalah laluan dari Marina Island. Gempaq cepat giler.


So, kalau nak maklumat lanjut pasal Feri Marina Island Jetty Terminal dan Waktu Ferry boleh refer pautan kat sini ok! https://marinaisland.com/services/

Yey, inilah Jetty Terminal Marina Island, Waze je senang jumpa.

Bila dah beli tiket mohle kita berjalan menuju ke feri yang tengan menunggu.Korang kena cepat, kalau lambat tak dapat cop seat yang best dekat tepi tingkap. hehe

Yey, pergi ke Pangkor kami naik feri kuning ni. 

Ni balik, naik feri putih

Kakak aku yang diminta berposing di situ

Ha.. ni kami lah rombongan cik mah kuala kangsor. hehe

Cari benda yang tak sama.. Sila bulatkan jawapan anda di bawah. heheehee

Balik tu sempatlah melayan deme berposing sementara menunggu husband aku ambik kereta. Parking jauh.. nak jalan maleh.

Seronok korang ye



Haha berebut nak masuk dalam bonet kereta

Ni dalam feri

Kak Pika bestfriend eiman

Eiman

Yey dah sampai ke Pulau Pangkor. Tak sempat nak panas bont.

Then kami sewa van ke pantai yang hujung sekali tah apa nama dia. Kan dia banyak lokasi menarik kan.. Kitorang terus ke pantai tu je.. ala lupa nama.. haha sorry. Tak silap cam ada 5 pantai kot..


Makan dulu, isi perut barula nak main ke apa

posing-posing sikit sambil kendong anak

mission accomplish. Cik Mah seronok nampaknya.

Tahla apa yang aku cuba buat tu..

Main buai kekonon cam lawa la

Jadi tak? Sampai tak motip ketenangan yang bahagia di situ

Siapalah mak anak dua ni..

Pass kat husband

Tak bagi diorang mandi sebab hari tengah panas. Takut kang demam lak. So mainla pasir original tu puas-puas ye


Ok la pantai ni.. lawa

Pass balik. Dah anak dua ni, nak romantik cam susah sikit la. Tunggula diorang besar sikit, bolehla mak pak tangkap gambar ala hindustan ekeke

Kurus plak aku dalam gambar ni.haha

Motif


Ha.. dalam 3 jamla lepak Pulau Pangkor. pastu balik ke pangkal jalan naik feri putih. Dalam perjalanan aku singgah ke Hasil Laut Jamilah. Borong ikan bilis, ikan masin, segala produk buatan Malaysia yang ada disitu. hehe





Ikan bilis tak buang tahi

Ikan bilis buang tahi

Udang kering ni terbaik! Besar2 puas hati

Ikan masin... pergh tambah nasik 3 pinggan lari diet aku weh

Nah.. pilih2


Ok.. tu je la, best tak? Best! Seronok rasa nak pergi lagi. Yang ni aku stay kat Adni Suite Homestay Seri Manjong. Awesome, ada 4 bilik semua aircond. Lawa jugak dan harga mantop. Sila search kat box belah kanan ni k.

So, rangcang-rancanglah cuti sekolah korang. Nak pergi mana, nak buat apa. Yerla dah setahun bekerja dan anak-anak pun dah penat belajar. Mohle kita berjalan pulak ye kan. Ok itu je sharing ai harini. Bai.

Sekian


Popular posts from this blog

CARA MASAK MEE KUAH PALING SEDAP BUAT BERBUKA DI BULAN PUASA

SAFI BALQIS OxyWhite | Kulit Cerah dan Berseri