Salam,
Holla. Aku pernah cerita kan pasal susah payah aku semasa melahirkan anak pertama? Masuk je kandungan 4 bulan aku dah tak boleh jalan, sakit belakang sampai kaki. Aku diberikan cuti sakit sampailah bersalin. Lama jugak aku cuti masa tu.. dalam 6 bulan cuti sakit + 3 bulan cuti bersalin. Gemuk montel aku duduk kampung. haha.. Ini semua sebab "Slip Disk" 😢. Lepas aku bersalin dalam 2 tahun juga aku displin buat fisioterapi dekat hospital sampai aku boleh berjalan dan duduk macam biasa balik. So.. korang kena lah hati-hati ye, jaga tulang belakang tu dengan baik sebab sekali kena slip disk.. selamanya akan begitu, takda nak baik-baik dah.. So aku kena maintain jaga tulang belakang aku supaya tak jadi lagi kronik .... salah satu caranya adalah dengan tidak memberi beban atau tekanan berlebihan pada tulang belakang especially ketika duduk. Duduk kena tegak.. macam mana nak duduk tegak?... ha.. macam ni.