Aroma Garden Wellness Centre Terapi Semulajadi dengan Madu Tulen

Salam, 
Holla semua. Tak sangka Nova berpeluang untuk memanjakan diri di Aroma Garden Wellness Centre yang terletak di SS2, Petaling Jaya. Kalau nak tahu Aroma Garden Wellness Centre ni baru je beroperasi dalam 2 bulan lebih. Konsepnya adalah alam semulajadi, dari hiasan dalaman hingga penggunaan produknya. Secara khususnya produk yang digunakan adalah berasaskan madu. Yes honey 🐝🍯. Semua orang tahu kebaikan madu baik dari segi dalaman mahupun luaran dan kalau nak tahu Aroma Garden Wellness Centre ni adalah pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan yang pertama di Malaysia menggunakan konsep semulajadi yang berasaskan penggunaan madu. Bukan itu sahaja tau, harga yang ditawarkan pun tak masuk akal. Selalunya apa-apa sahaja yang semulajadi mesti mahal giler kan.. tapi kat sini, harga yang ditawarkan memang sangat-sangat affordable, berpatutan. Nova akan ceritakan dengan lebih lanjut berkenaan pakej dan rawatan yang ada serta pengalaman Nova sendiri selama 5 jam berada di sini. πŸ’Œ

Jom masuk!.....

Nova ada buat video, nanti Nova uploadkan di sini ye. Lokasi nya adalah : 

Aroma Garden Wellness Centre
22, Jalan SS2/67,47300 Petaling Jaya
Petaling Jaya, Malaysia
No. Telefon : 03-7865 3915




Lawa sangat. Bila masuk tu rasa ekslusif, rasa macam kat spa berbintang-bintang. Tak sangka bila tengok harga, erm.. Mula-mula Nova sampai, Nova minta Jenny bawa Nova pusing satu bangunan ni. haha yerla nak share maklumat dengan korang kenalah detail kan. Takut tak sampai maksud. So, Aroma Garden Wellness Centre ni ada tiga (3) tingkat. Tingkat yang pertama adalah kaunter resepsi dan rawatan .... jom tengok.

Inilah kaunter resepsi dan sebelah Nova ni adalah Dr. KJ yang bertanggungjawab mencipta formula semulajadi yang unik ini, lalu ia diberikan nama ONCE "is all you need".

Setelah berkenalan dengan Dr. KJ yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang ini, Nova pun di bawa untuk melihat sekitar kawasan. Selepas kaunter resepsi ni, kita masuk ke dalam, tukar kasut, cuci kaki dan berehat sekejap minum teh panas.perghh.. mantap, dengan suasana macam ni, muzik menenangkan, mood yang tegang pun terus hilang. hehe 😊 Sesuai sangat lah untuk korang. Dah penat-penat kerja dengan anak, kerja rumah semua kan, ambil masa untuk manjakan diri dan berehat tenangkan diri, longgarkan sendi-sendi ke, facial ke kan.

Kita tukar kasut dan cuci kaki.


Setelah itu, Nova masuk ke bilik ni, ada 3 kerusi. Kalau buat rawatan kaki atau bahu sesuailah di sini. Hiasan dalaman pun bertemakan semulajadi, tenang!

Nova dihidangkan dengan teh ni, erm baunya wangi, ada campuran bunga, strawberi dan bahan-bahan lain. Tak tanya pulak in details, bekas teh dia memang lawa cam nak bawak balik satu je rasanya.

Yang ni ditingkat bawah. Kalau nak privasi, jangan risau, korang akan di bawa ke tingkat 3. Kat situ perempuan je boleh masuk. Selamat dan terjamin. Untuk rawatan ni, Nova kena tukar seluar takut kotor kain pulak. Terbaek! ✌

Sebelum Nova share rawatan yang Nova buat, meh Nova nak tunjukkan bilik-bilik di tingkat 2 dan 3. ah jom... ni on the way nak naik tangga

Hiasan dinding dengan konsep sarang lebah 🐝

Ni bilik rawatan untuk urutan. Satu tingkat ni ada beberapa bilik.

Ini adalah diantara bilik-bilik yang ada. Nova tak ambil gambar semua bilik tau. ada beberapa je. So korang boleh la tengok macam mana.


Ok, kawasan ni khas buat mereka yang nak cahaya semulajadi, kalau yang smoking tu bolehla minta bilik ni. Kemudahan ni pun ada. Ok la.

Yang ni pula, bilik berdua. Kalau nak urut kaki dan bahu pasangan suami isteri sesuailah. Romantik gittew.

Setiap timgkat ada tandas atau bilik air.


Ini adalah mesin untuk panaskan tuala, kain, semua jenis kain yang digunakan. So, bebas kuman ye. Selamat. Nova suka. Kita bagi 5 bintang ☆☆☆☆☆ untuk kebersihan.

Naik ke tingkat seterusnya... kat tangga je selfie. Tingkat 3 ni seperti yang Nova bagitahu, hanya wanita je boleh masuk.


 Untuk yang nak buat rawatan muka/badan, korang akan di bawa ke bilik yang hujung sikit dekat dengan bilik air. So kalau kena cuci badan ke apa senang dekat.


Bilik ni kalau datang dengan kawan-kawan elokla. Sambil urut sambil bersembang. Syok jugak kan.

Ok.. dah cerita pasal bilik yang lawa, kemas dan privasi ni. Jom Nova sambung cerita pasal rawatan yang Nova buat. Berbalik ke tingkat 1, Nova diberikan rawatan tangan dan kaki. Buang sel-sel mati dengan menggunakan produk berasaskan madu dan rawatan menegangkan kulit yang kendur. Berkesan ke? Instant! Lepas rawatan boleh nampak terus perbezaannya. Kulit kusam jadi bermaya, bahagian kaki/peha yang menggelebeh jadi tegang. Siap ukur guna tape sebelum selepas. Kurang seinci sampai 4 inci. Huh.. memang padu babe! Dia pakai ramuan berasaskan madu je kan. Tiada bahan kimia langsung. Yang paling ketara, kulit lutut Nova yang berkarat ni, licin! Ada 4 step dengan urutan sekali. Kalau yang jenis bulu kaki tu banyak, dengan beberapa kali treatment, bulu kaki yang panjang dan tebal tu akan jadi nipis dan halus. erm... menarik!


Ini diantara ramuan istimewanya.. madu

Dah selesai semua treatment, last dia akan pakaikan serum untuk maintain kesihatan kulit dan kulit yang gelap tu boleh nampak cerah, yang tegang boleh kembali ketat. Wow mantap!


Ini rawatan untuk lutut Nova yang berkarat tu.. Sumpah sebelah kiri dengan kanan beza sangat. Nova dulu masa sekolah kuat sukan, so.. lutut erm.. cam hampeh sikitla. Dah cuba letak lotion, krim segala mak jenis, srub tonyoh pun kejong jugak macam tu. Tapi sekali rawatan madu ni.. cerah, nampak licin dan tak nampak kering langsung. Beza sangat dengan kaki sebelah lagi.


Ni lah sel kulit mati yang di tarik.. best! puas hati!

dan rawatan buang sel kulit mati di tangan supaya tangan nampak muda, gebu dan licin. kita bagi 5 bintang ★★★★★

Nak tahu harga? haha sabar-sabar, kena baca sampai habis. Harga memang berpatutan. Takda ribu-ribu punya. Selesai rawatan kaki dan tangan, Nova di bawa naik ke atas untuk merasai sendiri Signature Anti-Aging Treatment. Kerlasss! Biar nampak muda selalu gittew! Pakai laser? No! Hasil berkesan? Yes!

Dah tukar baju semua kan, kita rehat relax-relax... Nova pakai makeup nipis je harini.

Untuk rawatan Signature Anti-Aging Treatment ni, ada beberapa masker yang akan diletakkan di muka. Macam Nova bagitahu tadi, masker ni berasaskan madu dan tiada bahan kimia. Rawatan pertama ni nak buang sel kulit mati dan buang sisa-sisa makeup yang dah masuk dalam liang pori-pori. Kadang-kadang sabun je tak cukup untuk bersihkan bahan-bahan kimia dari makeup yang Nova pakai hari-hari. So, sebab tu lah kadang-kadang jadi jerawat, jadi bintik merah.. erm. Kalau dapat buat rawatan macam ni baguslah, untuk kekalkan kulit sihat dan menegangkan balik mana yang kendur tu.

Masker pertama dipakai dalam 30 minit. Tutup lampu dan tidur.

Selepas 30 minit muka dibersihkan. Wah.. terus dah nampak glowing, macam tak percaya je.

Next, dia akan buang sel-sel kulit mati dengan gunakan wax madu ni. Sakit sikit tapi berkesan untuk buang white head dan black head. 

Yang ni tak lama untuk satu muka, cuma kena tahan sikit. Namun tak sesakit pakai besi korek whitehead blackhead tu. Guna madu wax ni sekali tarik je dia dah keluar.

Tadaaa... selesai sebelah muka. Nova tak pakai image filter tau. Ni original punya muka ni.

Next, firming mask. Actually kan, rawatan ni bukan kat muka je tau. Dia cover sampai bahu dan atas dada. Ha.. serius ni. Masker tu pakai kat muka, tengkok bahu semua..Firming mask ni ambik masa dalam 15 minit tunggu sampai dia kering. Memang kering betullah. Bila masker ni dah kering, dia akan topup dengan serum madu. Dia akan mula buat urutan muka sampai bahu. Sedapnya la kena urut muka ni. Rasa darah tu berjalan dari muka.. best! Nova bagi 5 bintang lagi! ☆☆☆☆☆


Tutup lampu dan tunggu kering. Babai. hehe

Then, dia akan cuci dengan air suam dan last sekali adalah Nourishing Teatment. Madu juga, manis, siap boleh jilat. Selamat. Kata no chemical kan.

Ha.. alhamdulillah. Tengoklah wajahku selepas rawatan. Glowing giler! Takda mekap ni. Memang muka kosong. Kulit rasa tegang sangat, rasa lembut rasa halus je. Oh... bestnyer! Glowing tak muka ai? Glowing takkk??


Ok.. seterusnya, nak tahu harganya kan. Ni boleh tengok bawah ni. Selain facial, anti aging, rawatan untuk naikkan payudara pun ada. Tak pakai mesin, urutan sahaja dengan produk semulajadi. Selain itu, ada juga rawatan untuk Body Lympathic Detox iaitu dia akan tekan pada point badan untuk betulkan perjalanan darah. Bagus untuk elakkan kanser payudara atau untuk lelaki, elakkan kanser prostat. Untuk kulit bermasalah seperti jerawat pun ada. Boleh tengok kat facebook Aroma Garden Wellness Centre ni testimoni rawatan kulit jerawat. Kalau nak kurus dan bentukkan badan pun boleh juga tau. Boleh rasa sendiri sebelum selepas rawatan.




Mahal ke idok? Berpatutan kan? Dengan servis yang ditawarkan macam ni memang murah dari harga yang sepatutnya. dan.. ada berita baik, promosi untuk pelanggan baru, anda boleh dapatkan 40% diskaun untuk mana-mana rawatan badan dan muka. Urut tak termasuk ye. Memang dah murah sangat package urutan tu. Nanti Nova nak cuba dengan husband.


Ha, panjang lebar dah Nova cerita kat korang ni tau. Dan yang terakhir sekali, yang paling best adalah semua produk yang digunakan di sini dijual dengan harga yang sangat mampu milik. Botol besar giler harga puluh-puluh je. Dahla tu pakai bahan semulajadi. Selalunya bahan semulajadi macam madu ni, harga mesti melampau mahal. Ni korang tak payah kumpul duit nak beli, dapat gaji je boleh terus beli. 


Yang ni Face & Body Lifting Kit

Kan.. puluh-puluh je. Mostly tak sampai RM50. 



Gambar di bawah ni adalah Nova bersama Theresa yang cantik. Dia lah yang jaga Nova sepanjang Nova berada di sini. Nampak lembut cantik kan.. sekali dia uli kepala, bahu dengan kaki.. erm pergh tak sangka sedap. Semua staff di sini adalah terlatih dan Theresa ni orang Malaysia ye. Kalau tukang urut lelaki mereka ambik Sabahan, yang mana memang menjadi pilihan husband Nova. Kata husband Nova, orang Sabah urut memang sedap. Ok sayang, nanti i belanja you mengurut kat sini ok. Lama dah mencari tempat urut yang best, tak jumpa yang betul-betul kena dengan citarasa. Nampaknya rezeki you lah ni i dapat jemputan untuk kenal dengan lebih dekat Aroma Garden Wellness Centre ni. Alhamdulillah. Muka dah cantik, glowing, anjal, tangan dengan kaki pun dah halus mulus.. jomlah kita balik. Dah 5 jam kat sini, tak terasa lama. hehe Thank you Theresa and Aroma Garden Wellness Centre.


Nova bersama blogger jemputan lain, staff dan ditengah itu adalah pemilik Aroma Garden Wellness Centre. Terima kasih kepada semua. Nova sangat-sangat happy semasa berada di sini. πŸ’

Untuk maklumat lanjut, korang boleh checkout mereka di pautan berikut :


Jom ke Aroma Garden Wellness Centre untuk kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti. πŸ’“

Sekian.


Popular posts from this blog

CARA MASAK MEE KUAH PALING SEDAP BUAT BERBUKA DI BULAN PUASA

SAFI BALQIS OxyWhite | Kulit Cerah dan Berseri