Enchanteur Paris Petite Parfum - On The Go

Salam,
Holla. Sekarang ni ENCHANTEUR dah ada wangian terbaharu mesra beg tangan lagi. Kali ni nama dia Enchanteur Paris Petite Parfum dalam bentuk botol kecik dengan bebuli - saiznya  9ml. Ada empat variasi wangian, iaitu dua bau dari 2 aroma paling laris rangkaian ENCHANTEUR PARIS, iaitu Belle Amour dan Adore; dan 2 lagi adalah wangian baharu iaitu Cheri dan Jolie yang lahir dari inspirasi trend bunga semasa. Senang nak bawa ke mana, letak je dalam handbeg. Kalau ada dompet duit besar pun boleh jugak masuk. Apa da hal kan...

4 Wangian Enchanteur Paris Petite Parfum

Formulanya dirumus khas tanpa alkohol, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pengguna beragama Islam kerana sesuai dibawa sembahyang tanpa ragu-ragu perlu mencuci minyak wangi. Kalau nak tahu, formulanya juga berasaskan minyak so aromanya akan bertahan lebih lama.


Dengan Enchanteur Paris Petite Parfum  yang baru ni, korang akan sentiasa bersedia untuk mencipta saat istimewa, di mana-mana sahaja. Cara pembungkusannya pun nampak kompak dan cukup kecil untuk dimuatkan di dalam beg tangan. Ianya direka supaya kelihatan hampir sama dengan saiz gincu dan mudah untuk di bawa. Kalau nak letak dalam poket seluar pun boleh.. di mana-mana sahaja korang akan wangi.

Rangkaian ini membolehkan wanita meneroka kreativiti yang sememangnya ada pada diri mereka! Mereka boleh suai padankan mana mana wangian untuk mencipta wangian tersendiri yang menjadi ‘signature’ si pemakai.


Ada 4 jenis wangian dan keterangan wangian adalah seperti di bawah ni :

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Jolie (Lovely)
Kombinasi keanggunan Rose, Honey dan Pear amat sepadan dengan personaliti santai bersahaja yang gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan, atau insan instimewa. Aroma lembut dengan bauan bunga amat sesuai digunakan untuk memberikan ‘mood’ tenang ketika bersama pasangan. Kemasan biru denim menjadikan anda kekal anggun di pandangan dan tetap disukai.


ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Cheri (Darling)
Buat yang berhati muda remaja, kami persembahkan bauan yang enak dan manis untuk memastikan anda tersenyum sepanjang hari. Bagi si gadis yang gemar menyebarkan kegembiraan kepada orang-orang sekelilingnya, aroma Apple, Cherry Blossom dan Vanilla yang lazat bakal mencuri hati dan mendapat perhatian ramai.


ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Belle Amour (Beautiful Love)
Ciptaan dari aroma yang menawan yang mampu membuat jantungmu berdegup dan meransang deria. Pembungkusan merah jambu ini bakal mengimbau memori si gadis pada saat temujanji pertama manakala campuran Apple Melon, Blackcurrant dan Pink Rose Paris amat sesuai dengan gadis berpersonaliti romantis dan menawan. Belle Amour membolehkan anda menikmati setiap kenangan manis dengan yang tersayang, dan menjadikanmu teman istimewanya selamanya.  


ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Adore (Adorable)
Haruman ‘signature’ ini mencetuskan kegembiraan, keyakinan dan daya tarikan yang abadi. Rona pembungkusan ungu ini mengandungi sensasi aroma Wild Jasmine, Pink Mimosa dan Golden Pear sepadan dengan si gadis yang elegan, anggun dan manis pada malam temujanji romantisnya. Cipta kesan berpanjangan pada temujanji anda dah penuhi hatinya dengan dambaan kasih padamu. 


So.. dari 4 wangian ni, paling paling Nova suka adalah Cheri (Darling). Bau dia soft je ada vanilla kan. Kedua Nova paling suka Belle Amour (Beautiful Love) baunya.. romantik, bau bunga ros. Best jugak. Yang lagi 2 tu pun ok.. not bad. Korang suka yang mana? Ada beli tak? Jom share mana satu korang suka...


Cara nak apikasi mudah seh seh sesangat, just calit 1 atau 2 kali ke nadi dan bersedia untuk mencetuskan saat romantis bersama si dia. ececewah. Kalau sebut enchanteur ni memang menang kat bau.. bau yang best boleh membangkitkan mood yang baik dan menjadikan seseorang tu ceria tau! Cubalah..

Enchanteur Paris Petite Parfum ni boleh didapati pada harga RM9.90 sahaja (Semenanjung) dan RM10.40 (Sabah Sarawak). Dijual di Watsons, Guadian, AEON Wellness, Mydin, The Store serta pasaraya dan pasar mini di seluruh negara.   

Yeay... boleh tukar2 bau ke pejabat.. dan di rumah. dan berjalan ke shopping mall. 

Badan bau wangi penting tau.. kalau busuk orang tak dekat. Kalau rasa peluh2 dah membusukkan diri, keringkan badan dulu dalam ekon then sapu Enchanteur Paris Petite Parfum ni kat nadi. Korang akan rasa segar balik. Tak caya sudah!....

Sekian.

Terima kasih sudi singgah di sini.