Resepi Spaghetti Bolognese Meatballs Paling Senang Dalam Dunia

Salam,
Holla semua, harini Nova nak share resepi masakan spaghetti bolognese meatballs yang paling senang mudah dah dah dalam dunia. Campak-campak je siap sudah.. haa.. tak caya cubalah nanti. Lagipun aku letak kat sini supaya aku boleh ingat resepi masakan aku. Aku ni penyanyuk sikit... dah lama tak masak nanti lupa mak datuk.. So terus je ke bahan-bahannya...😃 hehe

Lapa pulak aku tengok benda alah ni.. aish!

So bebahan yang diperlukan adalah :

  • 1 biji Bawang Kuning Holland (potong dadu)
  • 3-5 ulas bawang putih (potong)
  • 1 tin Cendawan Butang (belah 4)
  • 1 biji Tomato (potong dadu)
  • 2-5 biji Cili Api/Merah (kalau nak pedas pakaila cili api)
  • 1 Tin Sos Prego
  • 1 Tin kecil Tomato Puree
  • Daging Cincang
  • Meatballs 1 paket
  • Lada hitam & Lada Sulah (ikut suka)
  • 2/3 paket spagetthi


Bawang Holland ni ko potongla dadu, dengan bawang putih tu ko ambikla 3 ke 4 ke 5 ulas .. ikut saizla

Ha.. potong siap2 cendawan butang tu pastu siap2 buka tin puree tomato dengan sos prego. Kang senang je campak2.. kalau tak pandai buka.. siap2 suh laki tolong buka kan.. takda la kelam kabut nanti kan...

Cendawan butang ni aku potong camni je

Sos prego aku ambik tradisional kekadang dengan onion tu.. tomato puree aku biasa beli tin kecik ni. Sekali pakai je cukup

Cara2 masaknya adalah :

Gorengla bawang besar dengan bawang putih sampai jadi kuning sikit. Kalau nak pedas masukkan sekali cili merah ke cili api.

Satu lagi kuali goreng meatballs ni. Jangan kecut sangat asal masak sikit je dah. Minyak tu sikit je k. Dah siap tapis.

Next, masak daging cincang.. minyak sikittttt je..pastu kang daging ni keluar air, takyah la lama sangat sampai kering.. asal tukar warna sudah 


Ha.. dah jadik coklat tu dahla.. jangan kering sangat tau!

Spagetthi rebus dalam 10 minit je.. jangan lama sangat. Asal dah lembut tu bolehla angkat dan tapis, Air dia ko simpan, jangan buang lak sebab nak masuk dalam kuah tadi.

dah masak2 tu ko campurkan bawang, daging cincang, sos prego, tomato puree, tomato yang dipotong dadu (dalam ni aku lupa la nak beli tomato), cendawan butang. Kacau tambah air rebus spagethhi tadi sikit.



Lepastu campak je meatballs dalam kuali, kacau2 tambah lagi air rebus sehpageti  tadi. Jangan pekat sangat jangan cair sangat. Agak2 je.

Kacau jangan tak kacau

Taraa... dalam 10 - 15 minit dah boleh tutup api. Kalau suka letak la black pepper ke, white pepper ke green pepper ke blue pepper ke ikut sukalah. Aku nak bagi budak2 makan so benda-benda ni tak letak la.

Siap dah.. ahh bolehla dihidangkan. Bila nak makan baru letak sepageti dengan kuah dalam pinggan. Jangan pulak ko pergi gaul sekali kang kembang kang sepageti tu.

Ok tu dia resepi mudah dah dah aku.

K bai.

Selamat Mencuba cubi.


Bahan-Bahan :