Thursday, 26 January 2017

Botol Susu Twistshake Senang Dicuci dan Cantik

Salam,
Holla, Korang!!! nak share benda best ni. Korang ada masalah nak cuci botol susu tak? Nova pun tak suka sangat basuh botol susu budak ni. Kalau Nova basuh botol susu, Nova akan pastikan ianya betul-betul bersih dan tak berminyak dan untuk mencapai tahap kepuasan, Nova akan ambil masa yang lama. Sampai puting susu Nova akan bukak dan sental-sental gonyoh-gonyoh dengan berus botol susu. Dahla tu permukaan kepala botol susu tu kecik, susah kan nak basuh? Tapi sekarang ni uolllss.. tak payah nak bersusah-payah dah tau. Kau beli je Twistshake.. Tak sampai seminit uols dah siap mencuci semua. Bersih boom boom boom!! Percayalah!

Comel kan?

Sunday, 22 January 2017

Friso Gold - Mudah Hadam dan Nutrisi Mencukupi

Salam,
Holla everyone. Pernah tak korang terfikir macam mana penyediaan susu anak anda di kilang? Adakah susu yang di pek di dalam tin itu memenuhi keperluan nutrisi anak anda? Anda tahu tak, susu yang terlebih panas semasa pemprosesan di kilang boleh merosakkan struktur semula jadi susu yang mudah hadam? Ha.. memang penting ye kawan-kawan semua, cara pemprosesan susu yang betul memelihara struktur semulajadi susu dan mengekalkan nutrisi yang diperlukan oleh anak anda. Kalau nak tahu kan, Friso Gold telah menemui satu teknologi yang dipanggil teknologi LocNutri™ yang mampu memelihara susu anak anda supaya tidak dipanaskan secara melampau.

Sorry.. mummy yang excited dengan susu baru eiman

Friday, 6 January 2017

Majlis Aqiqah dan Berendoi Fatimah

Salam,
Holla semua. Selamat tahun baru 2017 dan semoga sihat-sihat selalu. Bagaimana tahun baru anda? Best tidok? kalau best bagusla, kalau tidok.. nak buat macam mana mek.. sabar jela kan. Ok skip skip i nak kongsi gambar Majlis Aqiqah anak i sebenarnya. I tahu i pending dah lama.. jurufoto i kalini.. sap sap sap.. tak sampai seminggu dah siap tau gambar ni. I je yang kedek-kedek nak masukkan dalam blog. Yerla gambar ada 500 keping.. mana satu i nak pilih kan.. i pilih2.. i pening.. i rehat jap.. i tertidur.. anak nak susu.. ehh.. terlupa dah nak pilih gambar kan. hahaha So malam ni gigih juga i pilih gambar sampai terbuntang mata i ni tau. dan.. off coursela gambar i paling banyak.. hahaha i kan mak pengantin.