Posts

Showing posts from 2018

Review : ALTHEA Milk Peel Cream Mask

Image
Salam, Holla semua. Memperkenalkan ALTHEA Milk Peel Cream Mask yang panas di pasaran. Produk terbaru dari ALTHEA Korea. Siapa suka pakai Mask kita sepp sikit, kita geng. Milk Peel Cream Mask ni dalam botol. Kandungannya 50 ml, i tell you very the jimat. Harga hanya RM 36.00 sahaja. Kalau pandai bajet boleh tahan 4 bulan ke atas. Kalau kerap pakai at least 3 bulan boleh pakai. Kenapa jimat? Sebab, dia cream mask, dia pekat dan dengan dua pam sahaja dah boleh cover satu muka.... malah.. (baca seterusnya..) →

Puting Baby & Botol Susu Premium di Kimberlybabystore

Image
Salam, Holla semua. Sebagai seorang mak, kita mesti mahu yang terbaik untuk anak. Tambah-tambah yang baru sahaja menimang cahaya mata. Masih banyak kena belajar untuk menjaga dan memberi keperluan yang secukupnya untuk anak tersayang. Ya, ai dulu pun macam tu juga. Kalau boleh nak dapatkan semua yang terbaik untuk Eiman, dari barangan seperti botol susu, puting, selimut, baju, napkin sampailah pengasuh. Semua nak tip top kalau boleh. Kan kan.. Tapi tak ada garis panduan yang sempurna untuk mendidik anak ni, takda senarai keperluan lengkap juga yang boleh disesuaikan dengan semua orang. Tapi yang pastinya, sebagai parents, kita memang nak dapatkan yang terbaiklah kan. So, untuk itu, Nova nak kongsi dengan korang semua satu online shope; Kimberlybabystore yang membawa masuk produk-produk premium dari US Baby, Taiwan. Jom baca selanjutnya yang mana yang dikatakan produk premium tu...

Hansaegee Nature dan Website Shopping Online

Image
Salam, Holla semua. Pernah dengar Hansaegee Nature? Jenama ini dah masuk tahun yang ke 7 sejak ditubuhkan pada 2011. Hansaegee Nature adalah jenama penjagaan kulit yang berpangkalan di Malaysia dan produk-produknya dibuat Original di Korea. Produk keluaran Hansaegee Nature adalah produk penjagaan kulit yang berkualiti tinggi dan Original diimport dari Korea. Kalau nak tahu, semua bahan yang terkandung di dalan produk mereka, diluluskan secara sah dan selamat digunakan. So tak perlu was-was. Matlamat mereka adalah untuk menyediakan produk yang berkualiti dan selamat untuk digunakan oleh semua. πŸ˜ƒ
Ye, itu Pencuci Muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser kegemaran saya! 😊

ALTHEA Petal Velvet Sunaway [Sunblock] & ALTHEA Petal Velvet Powder

Image
Salam, Holla semua. Kalau ada orang tanya bunga kegemaran, Nova akan jawab "Semestinya Bunga Ros!" tapi kenapa ros? Pertama sebab baunya yang segar, kedua sebab rupanya yang cantik dan ada pelbagai warna, ketiga sebab  ros melambangkan cinta, kasih sayang, persahabatan dan aura yang positif dan baik. Kan kalau kita nak naikkan seri kena mandi bunga. haa... especially kelopak bunga ros mesti adakan? so.. apa alasan tak suka bunga ros kan kan. Jadi, berbalik kepada cerita tajuk ALTHEA Petal Velvet Sunaway [Sunblock] & ALTHEA Petal Velvet Powder. Dua produk ni memang hot sekarang ni pasaran dan ALTHEA Petal Velvet Sunaway ni dibuat dari ekstrak bunga ros tau! 

Resepi Lala Tumis Senang dan Cepat

Image
Salam, Teringin sangat nak makan lala tumis. Ada masanya lala susah nak cari di pasar basah atau pasaraya besar. Especially masa kita teringin nak makan, memang sangat susah lah nak jumpa kan. Memang macam tu. "Nak makan lala tapi tak tahu nak masak macam mana?" Oh sebenarnya masak lala ni senang gila. Basic sahaja bahan yang diperlukan kalau nak menumis lala ni. Dulu, aku pun mana pandai masak. Memang tak duduk dapur pun, jenis baca buku je. Haha yerla dulu aku nerd sikit la. Masa sekolah la... cerita lama. So bila dah kahwin baru nak belajar masak. Fail jangan cakap lah, dulu aku rasa masak ni lagi susah dari belajar.. tapi bila tanya sekarang ni, aku prefer masak dari belajar. hahaha.. Masak ni kacang je.. hahahaha  πŸ˜ƒ

(Review + Discount Code) Sudio NIVA, True Wireless Earphones Dari Sudio Sweden

Image
Salam, Holla semua. Haritu aku mengamuk kat husband aku sebab aku tak ada earphone. Sebab masa tunggu kat klinik gigi aku hanya dapat tengok facebook instagram jer sampai mereput. Tak tahu berapa kali khatam daa.. Kalau ada earphone boleh layan korea ke, movie ke... ada pekdahnya juga. haha malam tu juga, husband aku terus punggah almari cari earphone baru yang melambak duduk dalam kotak telefon lagi. So, aku pun happy la sebab ada earphone. hehe.. Lepastu, beberapa hari kemudian, kitorang jalan-jalan dekat KLCC. Nak dijadikan cerita, kat tingkat atas area Smiggle tu kan ada Flash Gadgets, depan kedai tu ada skrin besar. Dia pergi tunjuk iklan Wireless Earphone pulak dah. Sikit punya lawa lah adoii.. terbakar jer aku nengoknya!!!!!! πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯ Ha.. dan dan tu jugaklah aku minta kat laki aku belikan. "Tengoklah harga dulu" katanya. RM 700 ++. Ok takperla jom balik. 
Kegembiraan yang nyata 😊

Review Althea Online, Power 10 dan SunBlock SPF 50

Image
Salam, Holla.. I love skincare so much. Dulu memang malas sangat nak jaga muka ni, tapi bila dah makin kertu ni kan, mula nak rasa gelabah bila kedutan dah mula timbul dan kulit pun dah tak berapa nak tegang. Yerla kan, kita ni bukannya muda sampai bila-bila. Makin tambah usia makin kuranglah kolagen tu dan sel-sel kulit pun tak berapa nak hebat macam dulu. ha... so berbalik pada cerita skincare. Bulan lepas aku telah cuba beberapa produk dari ALTHEA KOREA dan salah satu yang ai perlukan sangat-sangat-sangat adalah Sun Block...

Pencuci Muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature Untuk Semua Jenis Kulit

Image
Salam, Holla. Masa mula-mula aku kahwin dengan suami, banyak benda yang aku kena faham dan tolerate dengan perangai dia. Ada yang ok dan ada yang tak ok. Tapi dah lama kahwin ni, aku dah terlebih faham dan dia pun sama juga. Ada beberapa tabiat yang dia berjaya ubah sebab aku rasa perlu ubah dan salah satunya adalah berkenaan penjagaan kulit muka dia. Sebelum kahwin dia memang cuci muka guna sabun mandi je. Ko rasa? hahaahahahha. Ok tapi itu dulu, sekarang dia punya skincare pun boleh tahan juga satu beg. Perubahan yang husband aku buat memang sangat memberi kesan kepada kulit muka dia. Kalau masa dulu jerawat sana sini, kulit muka kusam, bau lori pastu banyak pori-pori terbuka, sekarang Alhamdulillah dah banyak sangat ok. Cuma parut jerawat masa sekolah dulu masih ada melainkan buat rawatan laser. Untuk kulit muka yang berminyak, berjerawat ataupun kering dan kusam aku suggestkan korang cuba Pencuci Muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature (Korea) ni.

Awana Skyway Cable Car Genting Highland Tempat Berjalan di KL

Image
Salam Holla, Tak tahu nak pergi mana masa cuti sekolah? Pernah naik Cable Car Genting Highlands? Kalau tak pernah pergi elok juga pergi sini. Best weh. Dah lama giler bebeh tak pergi genting. Last ai pergi masa baru kahwin dengan suami. Dah hampir 7 tahun lepas la jugak. Kenapa tah, macam tak rasa nak naik ke sini. Sibuk dengan anak kan.. Ok, tapi tetiba pulak suami ajak naik Genting tah apa la nak dibuatnya dengan anak dua ketul ni kan. Aku memang malas nak mengusung anak dekat public place tapi terajin pulak haritu. OK. Ni cerita bulan 5 tahun 2018. Tapi kawan aku baru je naik Cable Car Genting last week dia punya feedback......
Komen kawan aku, Ariyana yang baru je naik Cable Car ni : "Best, sebab first time. Masa pergi genting rasa macam kat negara lain, ada Kiosk Tiket Layan Diri, beli kat machine dia je. Tak payah beratur. Senang. Pastu boleh pergi Genting Mall. Best mall tu sebab senang nak makan tapi mahal sikit. Tapi still banyak option. Pastu kat genting ada coffee mach…

Homestay Atlantis Residence Melaka Dengan Pool Playground

Image
Salam, Holla semua. Hye, hari ni Nova nak share dengan korang pengalaman Nova di Homestay Atlantis Residence Melaka. Kalau boleh describe dalam 3 perkataan, i should say, Best Giler, Awesome dan  Fun Nak Mampos. Orang yang paling enjoy mestilah budak-budak 2 ketoi tu. Main pool playground ni  sampai kecut-kecut tangan ha. Tak ingat nak makan tak ingat nak balik bilik la. Memang syok habis. Nak tengok lagi apa yang best di sini.. jom.. 

Review Clinelle Skincare Whitening and Brightening

Image
Salam,
Holla,Aku daah lama nak review produk Clinelle ni. Masa aku bersalinkan Fatimah dulu, aku semacam kerasukan nak mencuba skincare baru. Jenis tak menahan kalau tengok kulit putih gebu-gebu. Entah pembawakan budak masa tu ke apa tah. Masa pantang tu memang siap nak nangis lagi nak suruh husband ai bawak pergi watsons. Pastu boleh layan duduk dalam watsons tu belek satu-satu skincare baca ingrediants dengan kebaikannya. Tetiba keluar watsons terbeli Clinelle Whitenup ni. Aku rasa masa tu dalam tahun 2016. Huh apak lama baru nak cerita. Biarlahkan, bukan sponsored post pun, so sukahati ai lah bila nak post story ni kan. wakaka.

Ya, tahu ini packaging lama. Bila aku check online, dia dah tukar packaging baru daa.

BuyandShip Malaysia Servis Penghantaran dari Luar Negara

Image
Salam, Holla...Nak beli kasut dari luar negara masa SALE! Tapi tak pasti macam mana cara nak buat! Ya, ya saya faham. Anda jangan risau hahahahahaha (gelak dulu). Apa susah susah! BuyandShip Malaysia kan ada. Ye, betul. Shopping je, jangan risau risau. BuyandShip akan handle parcel korang sehingga sampai ke pintu rumah. Kedua, harga servis penghantaran luar negara yang ditawarkan oleh BuyandShip ni memang kaw kaw gua cakap lu, diantara yang termurah yang pernah gua jumpa. Alamak... gua gua pulak... ahha yer, ni betul-betul excited ni nak cerita lagi ni. Meh rapat-rapat.... meh meh

Molten atau dipndip Chocolate Cafe?

Image
Salam, Holla semua. Ya, hari ini Nova nak share dengan korang sama ada Molten atau dipndip Chocolate Cafe? Ya, dua-dua adalah Kafe Coklat yang tidak asing lagi di Malaysia. Tapi yang mana pilihan anda? Sebelum Nova bagitahu yang mana Nova suka, jom kita tengok dulu makanan yang Nova cuba kat sini. Lokasi Molten Chocolate Cafe yang ai pergi adalah di MyTown dan lokasi dipndip adalah di The Curve Damansara. Nova kenal dipndip dulu sebelum kenal Molten. Molten ni, tahu pun sebab jalan-jalan dengan ariyana dekat MyTown. Ok gambar bawah ni gambar Cafe Molten.

Borong Beli Kurma Mariami, Ajwa Dengan Harga Murah

Image
Salam, Holla, 2 tahun lepas Nova diperkenalkan oleh kawan, lokasi untuk membeli Kurma Gred Bagus dengan harga Wow! Kalau beli secara borong memang lebih menguntungkan sangat. Tahun-tahun lepas kami nak buat projek jualan kurma dan agihan kurma pada rakan-rakan sekerja, so kena beli di tempat yang jual borong dan murah la kan. Mahnaz ler lokasi yang dituju. Selama ni aku tak tahupun dengan kewujudan Mahnaz ni. Yerla, buat apa nak beli kurma borong sebab selalu beli kat pasaraya dah cukup. So.. buat mereka yang ada projek nak jual ke nak buat sedekah ke, bolehla cari kurma harga wow kat Mahnaz. Banyak cawangan Mahnaz ni rupanya...

SGshop : Shopping Barang dari China Melalui SGshop Sahaja

Image
Salam, Holla semua, beberapa minggu lepas Nova ada buat pembelian secara online terus dari luar negara. Ya, terus dari luar negara tau! Sekarang ni, dengan adanya SGshop, di mana sahaja kita boleh shopping. Mudah sangat tak payah nak susah-susah book tiket kapal terbang kalau nak membeli barangan dari luar negara. hahaha.. Nak tengok tak barang yang ai shopping tu? Ai akan kongsikan semua maklumat barang-barang yang ai beli dan kalau korang rasa berkenan juga. Jomla cuci mata jom.
Wow! 4 bungkusan sekali ai borong!!! OMG Tak sabar nak tunjuk kat korang!

Althea x Get It Beauty dengan Real Fresh Skin Detoxer

Image
Salam, Holla.  🎊Selamat Ulang Tahun Althea Yang ke-3! πŸŽ‰ 
Pantas sangat masa berlalu, rasa macam tahun lepas je baru meraikan Ulang Tahun Althea yang pertama... Althea sudah terkenal di serata pelusuk negeri di Malaysia ni kerana menawarkan kemudahan pembelian barangan kecantikan terus dari Korea. Penghantarannya pun pantas sekali dan selalu sangat buat SALE yang gempak-gempak! Baru-baru ini Althea telah berkoleberasi dengan Korea's top TV program: Get It Beauty! Kolaborasi produk Althea x Get It Beauty ini dinamakan Real Fresh Skin Detoxer dan ia didatangkan dengan dua variasi iaitu Rose dan Green Tea.

Review : Scrub Muka St. Ives Fresh Skin

Image
Salam, Holla, Siapa yang tak kenal scrub St. Ives, paling digemari, paling di minati seantario dunia. Aku juga dah lama guna scrub ni. Erm... lebih kurang dalam 10 tahun dah kot. Masa mula-mula aku tu, aku nampak kawan baik aku pakai kat Universiti, aku minta cuba. Lepas cuba terus suka dan beli sampai la sekarang ni. Habis je aku beli. Dari dulu aku pakai Fresh Skin Apricot Scrub, warna hijau. Dulu punya range tak banyak macam sekarang. Sekarang ni ada... macam-macam jenis scrub dia. Nanti aku letak gambar kat bawah ni ye.. Ok, macam mana aku pakai scrub ni? Ya, untuk dapatkan hasil yang lumayan... anda haruslah....

Review Zoeva Blush Palette Coral Spectrum

Image
Salam, Holla.... Harini sis nak review sikit pasal Blusher paling sis suka. Rasanya ni entry pertama sis kongsi pasal makeup. Oleh yang demikian sis akan mulakan dengan blush palette yang paling paling sis suka. Ultimate suka! Jatuh hati sebab warna dia gempak lawa cun sangat bila letak kat pipi. Tak payah nak berusaha tahap gaban nak tenyeh blusher kat pipi. Satu--Dua kali sapuan dah nampak warna yang lawa tu. Sejak sis pakai Blusher Zoeva ni sis agak cerewet untuk memilih blusher.. sebab dah pakai yang best kan, nak try yang lain mesti rasa nak compare. So, bagi mereka yang tak pernah cuba  Zoeva Blush Palette silalah beli jangan ragu-ragu memang berbaloi-baloi.

Beli Bunga Hidup Segar di Petaling Street Untuk Kekasih, Hantaran Mahupun Gubahan

Image
Salam, Holla. Harini aku nak update perkongsian maklumat bagi semua yang nak beli bunga segar, hidup dengan harga yang boleh kira penjimatan berganda-ganda. Kalau nak buat hantaran ke, kalau nak buat deko bunga kat rumah ke, nak bagi bunga kat seseorang yang istimewa ke apa-apa jela kan. Pelbagai jenis bunga ada dijual di sini, especially Bunga Ros lah kan, menjadi pilihan selalunya. Kedai bunga yang selalu aku pergi di area Kuala Lumpur ni adalah: 

Cameron Highlands Pasar Malam Brinchang, Lavendar Garden dan Big Red Strawberry Farm

Image
Salam, Holla. Percutian ke Cameron Highland ni bulan March 2018. Lokasi penginapan kami di Brinchang. Aku menggunakan khidmat Airbnb untuk mencari rumah 3 bilik sebab aku pergi dengan rombongan Cik Mah. Percutian ke Cameron ni yang pertama bagi percutian mengejut kami tahun ni. Memang tak rancang langsung dan pagi Sabtu jam 7.30 pagi decide nak ke Cameron Highlands. Pagi tu juga aku mesej kakak2 aku tanya kalau mereka nak join. Memula tu memang aku kena bebel berbakul2 juga la sebab tanya last minute cenggini. hahaha.. tapi Alhamdulillah semuanya free dan boleh join. See, kan aku cakap kalau tak rancang ni kadang-kadang lebih menjadi dari percutian yang dirancang. hahahaha...

Review Pullman Putrajaya Lakeside

Image
Salam, Holla semua. Pertama kali menjejakkan kaki ke Pullman Putrajaya. My friend kata tempat ni best ada pantai buatan lagi boleh lepak-lepak. Masa tu kawan ai ambil package Honeymoon Spa beli kat Groupon (now FAVE). Hujung tahun tu, kami tak ke mana pun, tidak ke luar negara tidak juga ke mana-mana di dalam negara memandangkan tahun ni eiman masuk sekolah dan kami kena set the money aside untuk yuran pendaftaran sekolah eiman dan keperluan sekolah yang lain. So, percutian sekejap ni masa cuti sabtu ahad saja. Dah dengar cerita kawan (Ariyana) tu kata seronok menginap di sini, aku pun rasa teringin nak ke sini juga. So ke sinilah kami. Excited sangat rasanya sebab lama nau tak bercuti. hahaha...  

3 Jenis SOTHYS Ampoules | Anti-Penuaan, Mencerah dan Menghidrat

Image
Salam, Holla semua, harini Nova nak bersembang sikit berkenaan satu jenama yang tidak asing lagi di Malaysia dan semakin menempa nama di hati peminat kecantikan dan perawatan kulit di sini iaitu SOTHYS. Secara ringkas mengenai jenama ini, ia ditubuhkan oleh pakar perubatan dan ahli biologi Dr. Max Hotz dan dilahirkan dari falsafah rawatan kuratif, SOTHYS mempunyai sejarah lebih 70 tahun dalam penjagaan kulit secara profesional. Dilatih dalam bidang biologi perubatan, Dr Hotz bermotivasi untuk mencari penyelesaian untuk meminimumkan penderitaan mangsa yang terbakar setelah Perang Dunia II.

Ujian Tahap Kesihatan di Zell-V Wellness Hub Malaysia

Image
Salam, Kerisauan dalam diri sentiasa ada bila umur dah mencecah 30-an dan beberapa tahun akan datang nanti masuklah ke tahun yang 40. Dalam doa selalu aku panjatkan kepada Illahi supaya diberikan kesihatan yang baik kepada aku, suami, anak-anak dan kaum keluarga. Kalau nak ikutkan, keluarga aku memang ada yang menghidap darah tinggi, sakit jantung, dan sakit tulang belakang. Selepas bersalin anak pertama, perut aku memang selalu sakit, silap makan sakit, lambat makan je mesti sakit, sehingga aku jumpa pakar sebuah hospital swasta, tapi keputusan endoscopy nampak elok sahaja. Bayaran hampir RM2000, tu nasibla panel cover. Adakah ini salah satu petanda yang tak baik pada masa akan datang?? Pernah tak rasa macam tu? Rasa macam insecure sangat. Ntah-ntah lagi 5 tahun tiba-tiba je penyakit berat datang... masa tu macam-mana agaknya nak terima. Nauzubillah. 
Awal tahun haritu, selepas setahun lebih bersalin Fatimah, sakit perut selalu menyerang buat kali kedua, aku ke sebuah klinik swasta …