Muda Dengan TROPIKA Face Cleansing Oil | Virgin Coconut Oil

Salam,
Holla. Masa kecik-kecik dulu sampailah remaja aku tak pernah tahu cara mencuci muka yang betul. Bila dah berkecimpung dalam dunia blogging ni banyak benda yang aku belajar dan salah satunya adalah berkenaan penjagaan muka yang betul. Aku petik satu topik je, cara mengurut muka supaya muka nampak gebus gebas dan kurang kededdudoodoodoodoodoot (cam lagi shark dood doo). haha Aku dulu kalau cuci muka bersepah jari aku sapu sabun muka kat muka, herot2 muka aku main gosok je asal berbuih padahal.... sepatutnya nak cuci muka, jari kena buat circle dengan tarik ke atas. ha.. paham tak? Sebabnya kalau korang main sabun gosok je, kulit muka boleh lagi cepat kedut. Kalau nak tahu bacala selanjutnya...

Pembersih wajah yang dirumuskan menggunakan minyak kelapa dara, ekstrak akar licorice, dan vitamin E yang mempunyai fungsi 3 dalam 1; untuk menanggalkan mekap, membersihkan dan melembapkan kulit menjadikan kulit lebih segar dan lembut.


Minyak kelapa dara banyak sangat-sangat sangat khasiatnya, sama ada untuk kegunaan juga luaran. Diantara kelebihannya adalah untuk kurangkan keradangan kulit disamping melembapkan. Bila kulit lembap, kedutan juga akan kurang. So akan sentiasa awet muda remaja gitteww!


So, macam aku cakap tadi, korang sebenarnya tak boleh suka2 tonyoh muka, garu2 gosok2.. nanti kulit muka boleh cepat kedut. Serius. Korang pernah tengok cerita korea tak? Camana diorang cuci muka? nak gosok muka guna cotton pad pun lembut je, sapu2 lembut je.. haa.. tak tahu? ok takper tak tahu kita belajar. So, nak tahu cara untuk bersihkan wajah dengan betul? Ok baca panduan bawah ni.


Aku selalu amalkan urutan muka, supaya nampak muda sikitla walaupun dah nak capai 35 tahun. Wow! nangis... tuanya aku. Kawan-kawan aku kat ofis semuanya awal 30-an, aku diantara yang tua la.. so untuk mengelakkan aku nampak macam makcik-makcik, aku kena kali lebih usaha dari mereka yang baru nak masuk 30-an. hehe.. So, urut-urut urut.. sambil urut sambil baca "muda muda muda, tak kedut tak kedut tak kedut".. InsyaAllah 44 kali sebut sehari termakbul doa. hahahaha


Last month, aku cuba pencuci muka berminyak dari Tropika. Ramuan Utama adalah minyak kelapa dara. Sumpah best.. sayang gila nak pakai sebab best sangat. Sambil urut sambil menyanyi muda muda muda tak kedut tak kedut tak kedut! haha Buang makeup pakai pencuci muka ni, then ambik sepam dua buat urutan lembut tarik2 muka ke point muka. Boleh check instgram aku cara aku urut.  


Pencuci muka ambik 3 pam, letak kat dahi, pipi kanan dan kiri pastu gosok2 lembut. Then tambah air sikit dan boleh gosok muka yang ada makeup tu, buang makeup dengan tisu/cotton pad. Pastu, ambik lagi 2-3 pam start urut. Bau minyak tak berapa kuat, mild je, dan produk ini 100% Natural ok!


Ok.. yang ni Nova kongsikan cara menggunakan produk ni :

Yang pertama, buang make-up dulu.


Kedua, urut muka supaya nampak gebu gebas gebas




Kesimpulannya, Nova memang suka dengan Pencuci Muka Minyak Kelapa Dara ni. 3 dalam 1, mudah ringkas cepat, hasil berkesan. Nak tahu cara nak dapatkannya? 


Harganya bagi 100ml adalah : 

RM 69.90   RM42.00 !!

Alamat :
Tropica Beauty Sdn Bhd (913440-M),
53 & 54, Jalan Indah 10E,
Taman Perindustrian Selayang Indah,
BB Selayang, 68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia

Nombor Telefon:
017-357 1591

Email :
sales@tropikaskincare.my

Terima kasih dan selamat mencuba! Ayuh muda yuh! 

Popular posts from this blog

CARA MASAK MEE KUAH PALING SEDAP BUAT BERBUKA DI BULAN PUASA

SAFI BALQIS OxyWhite | Kulit Cerah dan Berseri