Urut Anak Tidak Sihat Dengan Tasneem Naturel Baby Balm

Salam, 
Holla. Minggu lepas merupakan minggu yang agak mencabar untuk Nova sebab anak-anak tidak sihat. Selsema, batuk dan demam. Adik Fatimah, meleleh je hingusnya dengan pakej batuk sekali. Eiman pula, selsema dengan sakit perut. Hari-hari sakit perut. erm.. kenapa ye? berak ok, takda cirit, takda muntah, masa main elok pulak takda mengadu sakit perut, masa nak makan startlah drama sakit perut tu. Malam pun sama, masa nak minum susu, sakit perut katanya. So untuk counter balik drama dia aku kenalah ambik tindakan yang psycho jugak. "Nah sini mummy letak ubat!" kataku pada si Eiman. 


So, aku capailah Balm Tasneem Naturel (memang best!) dan mula mengurut satu badan dia. Cara urut bayi/kanak-kanak aku belajar dengan Professor Datuk Dr. Zulkifli Ismail, seorang paediatrician and a paediatric cardiologist. Sekitar tahun 2007, lama dah dulu aku attend kursus urutan bayi. Masa tu aku belum kahwin lagi, tapi sebab ikut kelas dia lah aku pandai urut anak2 aku. Kalau korang ingatlahkan, doktor yang keluar kat TV iklan Johnson and Johnson sekitar tahun 2008, mengajar urutan bayi. Ahh.. doktor tu la. haa..ingatkan? So, anak2 aku lahir je memang aku urut tiap2 hari sampailah aku rasa mereka dah kuat baru aku stop. So now, aku tetap buat juga urutan tu kalau diorang tak sihat, batuk ke selsema ke sakit perut drama ke kan. So back to the story drama tadi, lepas aku urut eiman dari kepala sampai kaki barula dia ok. Terus baiklah kiranya. hahaha.. anak suka mak pun senang hati. Cuma, kalau nak urut Eiman tu kena package sekali urut si adik, kalau tak mengamukla cik timah tu kejelesan. hahaha


Last 2 week, eiman dan adik tak sihat, then, aku diperkenalkan dengan produk Tasneem ni, ngam ngam timing. Memang setiap malam selama 4 hari aku urut adik dengan eiman guna balm Tasneem ni. Yang aku perasan, diorang punya proses pemulihan tu jadi cepat. Selalunya drag sampai 2 minggu, tapi kalini 1 minggu dah recover. Ubat pun kena bagi jugaklah, jangan tak makan ubat. Kita kena buat dua-dua cara kan. Yang paling aku ingat Doktor Zulkifli ni cakap, urutan bayi sangat-sangat membantu menguatkan badan bayi/kanak2. ha.. 


Ok, yang aku paling berkenan dengan produk Tasneem ni adalah, dia berasaskan essential oil. Ada 4 jenis Balm iaitu Sleep Time, Cough-Flu Time, Calm Time dengan Tummy Time. Aku letakkan gambar rajah senang korang paham. Kalau aku tulis takut korang pening pulak. 


Aku ada semua empat-empat jenis balm ni. Namun begitu, perkara pertama yang penting adalah produk ini mempunyai Sijil KKM dan dibuat di kilang OEM bertaraf GMP. Tasneem Naturel Baby Balm adalah produk yang berasaskan bahan semulajadi dan 100% pati minyak (Essential Oil) yang asli. Setiap Balm ni ramuannya berbeza tau. Yang pasti satu balm ni lebih dari 5 jenis pati minyak. Bahan-bahan semua semulajadi dan tiada campuran kimia. SO SELAMAT UNTUK BAYI juga. Kalau mana yang ada baby atau bakal melahirkan anak boleh cuba Tasneem Naturel okey. Tengok kat youtube, banyak sangat teknik urutan bayi, yang lisa surihani ajar urut pun ada. Urut pakai balm ni memang selesa sebab dia ada essential oil yang mempunyai bau yang menenangkan. Dengan bau dia yang sedap, tak panas tak pedih dan tak melekit sedap buat urutan pada badan anak-anak. Even aku yang selsema selalu ni pun pakai juga sapu kat tengkuk dengan hidung. Sedap baunya. 

ha... petang tu lepas kena urut lena sampai 3 jam. Kalau tak asyik terkejut2. Lagipun badan penat sangat baru nak baik demam selsema batuk kahak hingus semualah.

Secara detail-nya, maklumat Balm ni adalah seperti berikut ye :





Cik timah anak perempuan kesayangan lena diulit Tasneem Naturel


Sejak dah makin tua ni, aku jadi lebih suka dengan produk semulajadi macam essential oil, mist, candle ala-ala camtu. Aku paling suka eucalyptus punya bau sebab bila hidung sumbat dia boleh kasi buka balik sumbat kat hidung tu. Malah, sangat baik utk orang yang ada sinus. Boleh check kebaikan eucalyptus dan... paling penting eucalyptus ni ada dalam Balm Tasneem Naturel Cough-Flu. So kalau selsema elok sangat ambik Balm ni. Boleh google kegunaan eucalyptus. Berminat nak order atau stok dah kehabisan?

ORDER?
TASNEEM NATUREL NETWORK
15-1, JALAN PUTRA KAJANG, TAMAN PUTRA KAJANG,
43000 KAJANG, SELANGOR

HOTLINE: 011-20964665 (ORDER) , 010-8453469 (DAFTAR AGEN & STOKIS)

IG: TASNEEM NATUREL (OFFICIAL HQ)



Harganya pula memang sangat berpatutan, Sebotol ni boleh tahan sampai 3 bulan, Saiznya yang comel mudah utk di bawa dalam handbeg dan mesra travel. Im so impress dengan Tasneem Naturel ni dan korang juga patut cuba! Serius!



So, thank you for reading guys! Semoga kebaikan dari pengalaman dan maklumat ni dikongsi bersama. Please klik like and share ya! tq muwah muwah!

Comments