Vortex Suites KLCC Kuala Lumpur Hotel & Services

Salam,
Holla. Ai dah lama nk hupdate Vortex Suites ni tapi aku hilang banyak gambar ntah kamera mana aku letak sampai lupa. Dah delete ke tatau la. Ni adalah sedikit gambar yang selamat kat aku. So terjadinya staycation aku kat Vortex Suites ni tanpa dirancang. Selalunya.. akan terjadi secara spontan "Daddy jom lepak hotel"... camtu lebih kurang. Bunyi cam orang kaya je kan padahal semua ini adalah rezeki yang tetiba datang bergolek seperti buah nangka jatuh bila sudah masak. hahaha Disebabkan dah 7 tahun kami kawin, husband aku dah biasa dengan trip terkejut-terkejut ni. Dah lali. So aku pilih2 lokasi dengan harga mampu bercuti dengan duit dalam purse, book dan terus kemas baju mana ada. Semalam je so takyah beria sangat nak packing.huhu


Selalunya tujuan utama aku staycation kat KL ni sebab nak mandi pool. Bukan aku yang mandi, aku lama dah pencen. Eiman dengan apaknya lah yang suka sangat mandi pool. Mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi. Staycation paling mudah dan senang sebab tak payah nak buang masa kat perjalanan jauh2, sebab aku ada anak kecik pemalas sangat-sangat nak duduk lama dalam kereta. u can feel me kan kan.. Yang Vortex ni dalam 15 minit je dari rumah. Malam tu keluar makan singgah jap rumah ambik baju eiman tertinggal. Lol.. pun boleh.


Yes, pool je. Gim tak heran sangat sebab budak2 ni kecik lagi tak pandai pun. Tengokla bila depa dah besar nanti ok kot la ajak gim sama2. Vortes ni terletak di Jalan Sultan Ismail, satu jalan dengan Concorde dan Shang-rila. Bangunannya berbentuk bulat so rumah pun melengkung bukaannya. Bosan tak tengok aku posing2.. haha belakang aku tu gim, nampak best tapi aku tak masuk pun. 


Tataplah dulu poolnya sebab gambar pool je yang banyak kat aku. Gambar bilik nanti aku tunjuk kat bawah ni. Aku tempah guna Airbnb tau. Sebab apa.. sebab harga kat Airbnb ni agak rational untuk percutian terkejut-terkejut ni. haha ntah bila la perangai nak berubah.. kaya nanti aku berubahlah, book hotel bintang-bintang pulak hahaha.


Adik Fatimah tu mula-mula tengok je abang dengan daddy mandi, tak lama tu terjerit-jerit nak join sama. So bagi jela dia merasa main air. Aku, maintain kering. Malas sangat nak bersalin. Ok kan pool dia. Tak besar mana pun tapi pemandangan bangunan kat pool ni rasa macam kat nuyok pun ada. Tak dapat jalan obersea, jalan fefiling obersea pun jadikla kan. 


Kitorang je mandi kat sini pagi tu. Airnya bersih dan jernih.

Nah tengokla biliknya, gambar bilik2 ni semua aku ambik dari owner rumah yang aku tinggal tu. Ada 2 bilik, 2 bilik air, dapur boleh masak-masak pastu ada pemandangan yang lawa.



Bilik air shower je takda bathtub

Kitorang menginap kat Victoria Home Vortex Suites

Ni bilik No 2. Masa ni aku ajak kakak aku lepak sekali. Ada bilik kosong, dia pun onn je la.

Ni ruang tamu dengan meja seketul. Not badla utk 2 family bolehla.

Masa ni aku ada masalah sikit nak tgk tv tah kenapa dengan setting dia. Tapi aku call je penjaga rumah ni dengan pantas dia datang ajar dan betulkan channelnya. Bagus juga service dia.

Ada dapur kecik dekat pintu masuk. helok sangatlah nak panas lauk2 ke apa2.

Kat bawah Vortex suites ni ada 7 eleven, kalau lapar sangat bolehla rembat roti dengan air. Bagus betul.

Ni dia bangunan dia, kalau korang perasanlah, bentuknya bulat.

Lena sungguhlah eiman tido tu. Buka langsir pun tak sedar juga. Penat berenang dan melompat-lompat la tew. Nampak tak pemandangan belakang tu, lawa kan tah tetiba plak rasa cam kat nuyok.. cam aku cakap tadila.

Aku memang suka layan pemandangan macam ni. Boleh hilang stress, sesekali apa salahnya kan.

KLCC yang ada disebelah bangunan tu masa malam memang lawa gila namati. Sumpah. Takdala gambarnya sebab aku dah terhilangkan. hahaha okla tak caya pergila book dan stay situ.

So untuk korang yang awesome mowesome meh sini aku bagi travel kredit RM 105 utk first registration dan boleh pakai utk stay di mana2 korang suka. Kalau tak cukup tambahla ye. hehe boleh klik link bawah ni dan register. Mudah sangat kan. hahahha

www.airbnb.com/c/nleeza


Ok korang selamat bercuti tahun baru cina dengan cuti sekolah. Aku baru keluar wad. Entry ni pun separuh je aku buat haritu, ni baru dapat sambung. Doakanla aku cepat baik demam ni. Ok bye muah.

Sekian.


Comments