Bersih dan Segar Di Mana Sahaja Dengan Tisu Lembap Antibakteria Aiken

Salam,
Holla. Menjaga kebersihan itu adalah sangat penting bagi aku terutama dengan anak dua orang ni. Sebelum makan mesti kena basuh tangan. Selepas main bola kat luar pun mesti kena basuh tangan. Bahaya sangat kuman dan bakteria ni, kalau dah masuk dalam badan uish jangan cakaplah. Nak jaga anak sakit bukan senang tau. Tak tido malam dibuatnya. Oleh itu pencegahan perlu sangat-sangat diambil seperti pastikan tangan bersih sebelum makan. 

Tisu Lembap Antibakteria Aiken harus ada di mana sahaja!

Yang terbaru, AIKEN, sebuah jenama yang dipercayai sebagai produk penjagaan antibakteria sejak 3 dekad yang lalu kini memperkenalkan tisu lembap antibakteria, Tisu Lembap Antibakteria Aiken. Produk ini berupaya menyingkirkan 99.9% bakteria merbahaya dengan berkesan dan memberikan haruman serta meninggalkan kelembapan pada kulit.

Nova memang dah lama amalkan penggunaan tisu lembap. Di dalam handbeg,  di dalam kereta, dalam beg budak-budak mesti kena ada. Macam-macam boleh digunakan dengan tisu lembap ni. Tambah pula kalau ianya tisu antibakteria, lagila helok. Tisu antibakteria ni memang sungguh berguna. Selain lap tangan, tisu lembap ni juga digunakan untuk mengelap trolley barangan, pemegang bakul, selepas memilih barangan runcit yang mudah rosak seperti daging, sayur-sayuran, buah-buahan. Tisu lembap antibakteria sangatlah membantu mengurangkan penyebaran bakteria merbahaya terutamanya bila menggunakan Tisu Lembap Antibakteria Aiken ni. 

"Anak-anak pun dah paham, sebelum makan kena basuh tangan, kalau tak ada air atau dalam kereta, kena gunakan tisu lembap"

Tisu Lembap Antibakteria Aiken ni sangat berguna tau! Membantu untuk apa-apa kerja pembersihan serta-merta sebab ia mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Boleh digunakan untuk aktiviti luar, mengembara, berkelah, ke tandas awam, di kawasan taman dan macam-macam lagi. Dalam keadaan seperti di pam petrol yang tidak menyediakan kawasan membasuh tangan yang berdekatan, pek tisu antibakteria sesuai dijadikan alternatif untuk membersihkan tangan korang. Mudah dan sangat senangkan dengan adanya Tisu Lembap Antibakteria Aiken ni.

Tisu Lembap Antibakteria Aiken ni sesuai untuk digunakan oleh semua ahli keluarga dalam apa jua keadaan sekalipun. Pek Tisu Lembap Antibakteria Aiken boleh didapati dalam dua variasi menarik untuk dipilih:

TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN  – PERLINDUNGAN EKSTRA


Dirumus khas dengan Minyak Tea Tree yang terkenal dengan manfaat pembersih semulajadi untuk meningkatkan perlindungan. Ia menyegarkan serta membersihkan kulit daripada kekotoran, serta lebihan minyak dengan pantas supaya meninggalkan kulit berasa lebih bersih, lembut dan menyegarkan. Produk ini telah diuji secara dermatologi, ia selamat digunakan oleh seisi keluarga dan adalah 100% bebas alkohol.


TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PELEMBAPAN EKSTRA


Diperkaya dengan Aloe Vera untuk kelembapan yang selesa pada kulit, Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya sambil mengekalkan kesegaran, kelembapan, serta memberikan anda kulit yang lembut. Tisu ini diperbuat dari fabrik bertekstur lembut yang membersih tanpa sebarang ketidakselesaan. Ia menjadikan kulit anda berasa segar dengan bau yang menyenangkan. Tisu Lembap Antibakteria Aiken adalah 100% bebas alcohol, telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan oleh seluruh ahli keluarga.


Nak tahu harga?
Tisu Lembap Antibakteria Aiken yang baharu boleh didapati pada harga RM 6.50 (Semenangjung)/ RM 6.80(Sabah & Sarawak) untuk pek berkembar. Produk yang mengandungi 20 helaian di dalam setiap pek ini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara.

Lap lap jangan tak lap

Adik paling suka guna tisu lembap lap pipi dia, hingus dia, mulut dia.. erm..

So, korang pun simpanlah satu tisu lembap antibakteria Aiken ni dalam handbeg tau! Banyak pekdahnya tau especially masa kecemasan. Tambah ada anak-anak ni memang wajibla ada.

Ok. Sekian pesanan kesihatan dari saya.


Comments

Popular posts from this blog

CARA MASAK MEE KUAH PALING SEDAP BUAT BERBUKA DI BULAN PUASA

SAFI BALQIS OxyWhite | Kulit Cerah dan Berseri