Mee Kicap Sedap Ayah Din di Tanjong Malim Syurga Makanan

Salam,
Holla semua, minggu lepas aku balik kampung dah lama tak balik rasanya. Ingatkan nak balik awal bulan haritu, tapi al-kisah aku masuk wad dan anak-anak pun demam, terpaksa tunda sampai minggu lepas. Sebelum aku balik kampung, kak Pika (anak buah aku) dah mengajak makan Mee Kicap. "Sedap sangat ke mee kicap tu sampai kak Pika banyak kali cakap pasal Mee Kicap?" berbisik juga aku dalam hati. Selama aku hidup ni, pengalaman mee kicap ni takdala sesedap mana, aku pernah makan mee kicap dekat RnR ni, huhuhu cam rasa celur mee letak kicap cair. Tak menarik dan tak minat nak beli lagi lepas tu. So, pengalaman aku memang tak best la dengan mee kicap ni. So, ahad pagi tu menuju lah kami ke Kedai Makan Ayah Din berhampiran Maybank Tanjung Malim. Kedai ni di kawasan lorong berhadapan kedai Jahit Apollo. Lorong ni dah di cat  dengan mural.


Bila masuk kedai ni, ternampaklah kelibat owner dia kat kaunter depan, rasa-rasa macam kenal. "Kenal tak siapa tu?" sapa kakak aku. "erm.. macam pernah nampak!"kataku. "Menantu arwah Opah Simah la, saudara belah abah", kata kakak ku. Ohh dah ingat dah. yerla saudara sebelah arwah ayah aku. hehehe.. so bila kenal ni rasa eh eh seronok pula nak mencuba makan Mee Kicap ni. Tengok tu memang macam sedap je. Slurp slurp slurp..aku makan dengan gelojoh sikit sebab lapar. "Ohhh! Sedap ok SEDAP! like seriuosly sedap!" bukan sebab kenal tapi sebabnya memang sedap! sumpah. Aku habis semangkuk + setengah (kongsi eiman) , husband aku habis 2 mangkuk, Pika 1 mangkuk, Kakak 1 mangkuk, mak 1 mangkuk. Total 9 mangkuk bungkus 2 mangkuk. Oh pertama kali dalam hidup makan mee kicap sedap. 


Mee kicap dia tak muak langsung. Kicap dia sedap tak manis tak masin rasa just nice dan portion tu memang ngam makan seorang. Ada ayam sikit sayur sikit. Sedapnyer. Terbayang pulak. eiman dengan pika pun suka. Kata kakak aku tiap2 minggu Pika ajak makan mee kicap Ayah Din ni. Patutla pun sebab memang sedap. Aku pun dah teringat-teringat Mee Kicap. Nak balik Tg. Malim nanti nak makan lagi la!


Selain Mee Kicap, ada satu lagi kuih yang istimewa iaitu Kuih Chang (halal). Kalau nak tahu apa kuih Chang ni..

Zongzi is a traditional Chinese food made of glutinous rice stuffed with different fillings and wrapped in bamboo, reed, or other large flat leaves. They are cooked by steaming or boiling. Wikipedia


Ni kat bawah ni kuih Chang. Yang ni memang halal resepi Puan Kama Riah, isteri Ayah Din. Ayah Din adalah Mualaf dan mula-mula aku ingat resepi ni dari Ayah Din, rupanya, oh isterinya yang empunya resepi dan yang buat. hehe Yang penting makanan Cina ni adalah Halal untuk kita rasa. Alhamdulillah sedap.

Kalau tak nak makan mee kicap makan la lain2 pun ada. Menurut kata pengunjung Kedai Makan Ayah Din, Ayam Goreng Ayah Din sedap macam KFC. erm.. next time la kita cuba.

 4 minggu tak jumpa mak rasa lama sangat lah hai. Haritu aku masuk wad pun aku tak kasi mak datang melawat aku kat KL takut jangkit Influenza A tu kat mak. Mak pun bukan kuat sangat. hehe sedap mak kan mak.

Pika

 Pika dan Eiman

Ni ruang kedainya. Tak besar mana, tapi selesa dan bersih.

Ok jom bayar dah kenyang dan bungkus bawak balik. Ada satu kisah ni nak story. Ayah Din ni sangat tak suka membazir, masa nak balik tu minta tolong bungkus 2 mee kicap yang tak habis, Ayah Din tanya "Ni sup ni kenapa tak habis? Bungkuslah bawak balik. Sayang!" katanya. Setiap kali Ayah Din ke meja pelanggan, mesti kalau ada tak habis Ayah Din akan offer untuk bungkus. erm.. bagus kan.


 Bersama Owner Ayah Din.

Lepas makan, kita berjimba dekat lorong mural

Adik

Ni la kedai makan Ayah Din



Ok, tu jela nak share dengan korang. TV3 kata Tanjong Malim adalah syurga makanan. erm.. kalau turun Tg. Malim tu bolehla singgah kedai makan Ayah Din ni.. memang akan repeat dan terbawa-bawa dalam mimpi.. hahaha ok Sekian bye.



Comments

Popular posts from this blog

CARA MASAK MEE KUAH PALING SEDAP BUAT BERBUKA DI BULAN PUASA

SAFI BALQIS OxyWhite | Kulit Cerah dan Berseri