Set Mini Enchanteur Comel Sangat Sangat Untuk Hadiah Kekasih

Salam,
Yang terbaru daripada Enchanteur adalah Set Mini Enchanteur yang comel sangat-sangat ni. Ada beberapa set Enhanteur yang comel-comel sangat korang boleh bagi kat kekasih, ibu, makcik, jiran, kawan-kawan yang sambut harijadi, cikgu, lecturer, kawan baik, crush mahupun secret admirer. Comel la hai mini perfume dia. Ada beberapa contoh set kat bawah ni yang akan buat korang rasa "Wah! Cutenya!".. serius aku pun tengok gambar ni rasa geramnyer!

Yang kiri Set Kiri "Belle Amour dan Mon Amie" Manakala Set Kanan "Mon Amie dan Adore"

Ha.. comel sangat kan? Cutenya weh!!! 
Set kiri ni "Belle Amour dan Romantik" Manakala Set Kanan "Mon Amie dan Charming"

Kalau bagi kat secret admirer ni boleh nangis dia terharu tau!
Bawah ni adalah Set Mon Amie ada Wangian dan Losyen

Selalunya kalau Sambut Anniversary ke, Sambut Monthsary ke apa-apa sary la pun kan, mesti boyfriend or hubby or tunang bagi bunga ros. Bunga tu bunga jugak, tapi kalau selit yang ni best jugak weh. Setiap hari wangi, senang nak bawa pulak tu, (15 ml) letak je dalam handbeg ke beg sandang ke, letak kat office ke... kan kan. Setiap set ni ada maksud dia tau! Contohnya, Belle Amour dan Mon Amie ni direka khas buat Sahabat. Ha, ada juga set untuk memikat hati pasangan dan beberapa set lain. Details ada kat bawah ni.


SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE)


Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud My Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar; manakala Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu. Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman suasana temu janji malam yang indah. Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri - seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben. Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris. Set hadiah yang mengandungi 15ml wangian EDT Belle Amour dan Mon Amie boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi Watsons seluruh negara.


SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE)


Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml, set hadiah ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. Mon Amie adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona terang, dan ceria si gadis. Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis idamanmu yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam. Set hadiah yang sungguh menakjubkan ini meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan. Set eksklusif ini boleh didapati di kedai Watsons sahaja.


SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE


Set mempesonakan ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta losyen badan dan tangan Light & Fresh yang segar dan melembapkan kulit dalam pek size 100ml, kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie. Haruman ini meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV. Diformulasikan agar bertekstur ringan dan tidak berminyak, membolehkan si gadis melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa. Gabungan set ini akan memberikan kenalan gadismu bau haruman sepanjang hari serta penjagaan asas hariannya terjaga rapi. Luahkan penghargaan anda kepadanya kerana sentiasa tampil mempesona seperti permata! Dua barangan ini digubah dalam kotak berwarna yang ceria dan boleh didapati secara eksklusif di farmasi Guardian seluruh negara.

SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING)


Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz 15ml setiap satu, yang berkonsepkan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza. Pada siang hari, dia mempunyai persona Mon Amie – individu yang periang, dan mudah didekati manakala pada waktu malam, dia akan bersiap untuk keluar dengan haruman sofistikated yang menonjolkan keanggunan diri serta membuat si dia terpikat. Set hadiah ini boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh negara, serta laman membeli belah atas talian- LAZADA.


SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)


Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, ENCHANTEUR memperkenalkan set hadiah di dalam kotak merah jambu – di dalamnya mengandungi wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu. Kedua-dua wangian menyenangkan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap detik bersama berharga. Anda pasti terpesona dengan keanggunan dan kecantikannya yang memukau. Bingkisan set ini dijual di kedai runcit utama di seluruh negara dan laman membeli belah atas talian- LAZADA. 

Ha, bestkan! Setiap Set ni ada maksud tersendiri dan korang boleh dapatkan di kedai yang dinyatakan. Rasa nak collect semua je sebab lawa comel cute sangat! Dan Nova dan dapatkan satu set ni iaitu Mon Amie dan Charming. Ya Allah wanginya, dahla botol dia cute sangat nak pengsan. Letak kat office atau atas meja mekap ni lawa nau nau!

Alalla Comelnya awak ni. Kita jatuh hati kat awakla!

Khas buat yang dicintai dan dirindui.. semarakkan lagi kasih sayang dan kemesraan πŸ’™πŸ’™πŸ’šπŸ’›

awww ...

ha, kat belakangnya ada dia tulis maklumat mengenai perfume ni.

Ha.. comel lahai duduk atas katil tu ha. Geram tak geram tak? Dah cepat siap gi dapaatkan untuk kekasih hati tu. Confirm tersenyum lebar dia tau!!!!!!!

ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Selain itu, the ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.

Laman Web : www.enchanteur.com.my
Laman Facebook : www.facebook.com/EnchanteurMY



Comments