Staycation di The Face Suites, Kuala Lumpur Dengan Kawan Baik

Salam,
Holla.  Having a best friend is GOOD for your health, according to science. haa.. Kawan baik ni lebih dari having fun together je tau. Kalau waktu susah dan memerlukan seseorang, kawan baiklah yang akan kita ingat dulu kan. Kawan baik aku dari kecik sampailah ke besar ni, ni la ha, Nuren. Masuk tahun ni, dah.. ermm jap kira jap. Ahh 24 tahun dah kenal dan kitorang dah jadi bestfriend dalam 18 tahun la. Huh! lama gila. Harap aku dengan Nuren akan kekal bersahabat sampai ke tua lah hendaknya. Ameen. Selalunya at least la, dalam 2 tahun kitorang akan ber stay-cation sekali. Saja melepas rindu update hal masing-masing. Walaupun kitorang ni bukan mesej hari2, tapi bila start sembang like tak boleh berhenti. haha Kali ini kami bercuti dekat jerr, kat The Face Suites, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Memula plan nak bercuti kat PD tapi disebabkan kekangan masa, (husband aku susah nak cuti), so KL adalah pilihan terpaksa. hehe 

My bestfiiend and I. Sama tak muka? Sikit la tang pipi :)

Bergambar dekat Sky Pool The Face Suites Tingkat 80, haha eh tak tingkat berapa tah.. 45 kot. Aku ingat lagi masa kitorang sekolah menengah kan, kitorang dah janji kalau dah kawin tak nak gemok-gemok dan muka tua macam makcik pastu, tak sangka pulak benda tu selalu jadi pembakar semangat aku untuk terus maintain berat badan. hahahaha kan babe kan, ko ingat tak kita janji sama2 masa kat bus stop depan sekolah?



View dari Sky Pool ni superb sangat lawa namati. Kalau ada amoi2 tu lagi la cerah mata.. ehh astaghfirullah. hahaha

Eiman dengan Nathania. Umur depa ni sama cuma iman lahir awal tahun, nania lahir hujung. Anak pertama kitorang sama tahun, anak kedua pun sama tahun. Ko rasa? Bestfriend ke tak bestfriend? haha... sangat kan!

Kitorang kat The Face Suites ni 2 hari 1 malam je, tak mampu nak lama2 sangat.. hihi so petang sabtu dengan pagi ahad tu eiman memang berendam kolam renang je la. Aktiviti kegemaran dia.

Gigih aku beli pelampung tangan dengan pelampung bulat  baru. Pelampung lama dah bocor. Eiman ni dah pandaila sikit2 kuak2 kaki dia pusing pool ni seround dua. Tapi kalau buka "kelampung" dia tak pandai dia berenang lagi. Aah dia panggil "kelampung", dah banyak kali aku betulkan "PElampung" dia nak sebut ikut dia juga. huh! Husband aku nak hantar si eiman ni pergi kelas berenang, tapi aku yang tahan nanti-nantila. hahaha gi kelas muzik dulula. pastu gado2 laki bini..

Dua2 kelampung eiman nak taram. isk isk... sabo jela. 

Nuren, Mino dengan Yusof. Mino ni kawan husband aku, kan aku dah citer aku kenal laki aku masa kitorang jadi pengapit diorang ni kawin. hahaha sempat kan!

Bergambar kenangan dua kawan baik berlatar belakang KLCC. Adik Fatimah kena angin puss puss kuat sangat sampai terlena dia kat bahu aku.

Kat sebelah lagi tu, Menara KL, so senang nak tukar view.. ke kiri sikit Menara KL. Bergambar dengan anak teruna seorang manja busuk masam mummy.

Masa ni adik dah mula ngantuk. Tinggi gila pandang ke bawah, tak sesuai utk aku yang gayat ni. Aku lelepak di kerusi sajor.


Satu gambar dengan Nuren dan anak-anak. Walaweh canteknya gambar ni kan kan.. kalau takda pokok hijau tu lagi lawo.

Hensam pulak eiman begambar camni. Aish.. bikin cair awek

Nathania yang comel. Pandai nania ni.. sekolah 4 tahun dah pandai macam-macam.

Big Bos saya. Payungla satu gambar.

Ok.. dah tengok Sky Pool dia kan, ni gambar lobi dia.

Yang bawah ni gambar bilik dia. Tengokla malas nak taip2 explain satu-satu haha





Bilik No. 2

I'm watching ya!

😹 cat

Night view from our room

Hari kedua dah siap2 nak balik dah. Sementara mengemas budak2 ni berkelah di tepian

Penutup gambar Family Nuren

dan.. satu gambar family aku πŸ˜‡

Thank you babe, sebab sudi luangkan masa bersama. 

"Nothing compares to the pain of a belly ache from laughing too hard with your best friend"

Best tak kat sini? Aku tempah guna Airbnb. Kalau berminat nak lepak sini bolehlah taip Face Suites Kuala Lumpur dan usha mana satu yang korang berkenan. So untuk korang yang awesome mowesome meh sini aku bagi travel kredit RM 105 utk first registration dan boleh pakai utk stay di mana2 korang suka. Kalau tak cukup tambahla ye. hehe boleh klik link bawah ni dan register. Mudah sangat kan. hahahha

www.airbnb.com/c/nleeza


Ok korang selamat bercuti. Ok bye muah.

Sekian.


Comments

  1. Babe thank you for having us! Semoga persahabatan kekal abadi sampai kerepot (hopefully tak kerepot kita pakai anti aging haha).
    Love u babe!!! πŸ’ŸπŸ’ŸπŸ’Ÿ - Nuren

    ReplyDelete

Post a Comment