Posts

Showing posts from April, 2018

Bare Essentials Skin Care Terbaru Dari Althea Korea

Image
Salam, Holla. Althea. Siapa tak kenal kan.. Sebuah laman beli belah secara dalam talian terkemuka untuk pembelian produk-produk kecantikan yang diterbangkan khas dari Korea. Nova pun dah berapa kali dah beli makeup dan set penjagaan kulit dari Althea. Dengan harga dan tawaran hebat yang diberikan, mana mampu seorang Nova Leeza untuk menolaknya. haha Paling digilai adalah koleksi kotak bungkusan Althea, berubah mengikut musim, perayaan dan sesuatu event. Memang ai suka tengok kotak-kotak lawa-lawa ni, seperti hiasan juga kekdahnya. Althea ini ditubuhkan pada tahun 2015 oleh  Frank Kang. Cerita asalnya, beliau selalu diminta untuk tolong belikan barang-barang kosmetik Korea jika beliau ke sana, jadi dengan itu beliau tubuhkan sebuah syarikat yang diberikan nama Althea, yang memang menjadi one stop center untuk barangan kosmetik dan penjagaan kulit dari Korea. Sekaran ni Althea dah ada di 200 buah negara. Wow!

Tempat-Tempat Menarik di Pulau Langkawi

Image
Salam, Holla semua. Pulau Langkawi memang tidak asing lagi bagi kita. Diantara pulau yang terkenal di Malaysia kerana sejarahnya, kerana bebas cukai dan kerana kecantikan alam semulajadinya. Jika berkesempatan, kami sekeluarga akan berkunjung ke sini. Kira-kira sudah beberapa kali kami ke Pulau Langkawi. Memang selalu je rindu untuk ke pulau ni. Terutamanya bila ke pantai Cenang, main pasir, mandi air laut, tiupan angin kencang sambil duduk di bawah payung. Ohh!! rindunya. Bagi mereka yang hendak ke Pulau Langkawi, Nova nak kongsikan dengan anda beberapa tempat menarik di Pulau Langkawi yang Nova pernah kunjungi. 
"Restoran Wan Thai" Tempat makan pertama yang akan Nova pergi jika sampai di sini adalah "Restoran Wan Thai". Bila sampai, mesti laparkan, so restoran ini memang manjadi pilihan kami sekeluarga kerana masakan yang dihidangkan di sini memang sedap-sedaplah semuanya, tidak pernah mengecewakan. Lazat-lazat belaka weh. Terutamanya, ayam masak pandan, siakap m…

Resepi Rendang Kerang Kacang Panjang Mak

Image
Salam,
Holla. Marah betul kawan aku sorang ni sebab post gambar gambar kerang kacang panjang hasil tangan mak aku minggu lepas. Terus dia pm nak resepi haha. Sorryla baru nak up kat blog. Aku sebenarnya seminggu dah asyik teringat nak makan rendang kerang kacang panjang ni, tapi tak reti langsung nak buat. Resepi pun tak tahu.. tahu makan je selama ni. Kalini balik kampung baru nak belajar dengan mak. Actually, arwah nenek aku yang suka makan rendang kerang kacang panjang ni. erm.. sedapnya rendang kerang ni.. Kalau orang perak (sebelah mak) panggil masak membai rendang kerang. Sebab dia berkuah kami panggil membai. Nak tahu resepi? Jomlah, aku kongsikan, tak sangka mudah sangat campak-campak je. 

Bundle Preloved Baju Musim Sejuk di Jalan Kebun

Image
Salam, Holla. Anda tercari-cari Baju Sejuk atau Winter Jacket yang cantik dan harga berpatutan. Ya! Tuan-tuan dan puan-puan, anda telah jumpa kedai yang menawarkan pelbagai pilihan baju sejuk yang menawan jumlah baju di kedai ni hampir 2000 helai baju pada satu-satu masa. Senang je nak cari kedai ni, Buka Waze dan Taip "Bundle Preloved Jalan Kebun". Kalau dari Kuala Lumpur dalam 30 minit sahajor. Apa yang best pasal kedai ni... meh aku bagi 10 sebab Preloved Bundle Baju Musim Sejuk di Jalan Kebun Wajib Pergi....

Hadiah Anniversary Buat Si Dia

Image
Salam, Setiap kali hari jadi aku mesti dapat hadiah dari husband. Dah 6 tahun kami kahwin, so dah ada 6 jambak bunga ros kering tak termasuk Anniversary punya bunga ros. Terima kasih sayangku sebab selalulah ingat harijadi i dengan anniversary kita. Cuma, anniversary tahun ni ai tak nak bunga ros boleh tak? hahahaha bukan ai tak suka ros, ai suka tau cuma ai rasa macam nak benda lain. Boleh tak sayangku? Actually aku tulis ni dia tengah tidur. Datang pula idea aku nak menulis minta hadiah anniversary yang ke 7 nanti. Rasa-rasa dia baca tak? haha 😃
Nampak tak tu bunga memang ada je di mana-mana

Kedai Baju Musim Sejuk | Winter Jacket Cantik dan Harga Berpatutan

Image
Salam, Holla semua. Minggu ni memang huru-hara sikit hidup family kecik aku ni. Huh! Lap peluh. Tapi itu semua lumrah kehidupan kan. Hidup mesti diteruskan dan as long as kita bersabor, InsyaAllah semuanya akan ok. haha.. Sementara menunggu husband aku kerja malam dengan anak-anak yang selamat dah tido, aku nak share informasi sangat berguna dengan korang, "Mana Nak Cari Baju Musim Sejuk Yang Lawa Sangat dan Harga Mampu Milik". Masa aku travel over the sea dulu, (tahlah tu sekali je yang dapat pergi musim sejuknya), mengagau aku dengan husband cari kedai baju musim sejuk. Masa tu dah nak masuk winter, tapi belum masuk lagi, paling rendah dalam 4-5 darjah celcius. Sejuk gakla. Tahu jelah kan janet kan, baju sejuk mana ada yang murah kot. Yang kita ni nak pergi paling kuat sekali setahun, pakainya 4-5 hari je. Kalau boleh dijimatkan helok sangatlah!
Semestinyalah warna merah menjadi pilihan aku kan. Nak bergambar nanti nampak lawalah sikit.
Credit Gambar dari http://www.alovero…