Bare Essentials Skin Care Terbaru Dari Althea Korea

Salam,
Holla. Althea. Siapa tak kenal kan.. Sebuah laman beli belah secara dalam talian terkemuka untuk pembelian produk-produk kecantikan yang diterbangkan khas dari Korea. Nova pun dah berapa kali dah beli makeup dan set penjagaan kulit dari Althea. Dengan harga dan tawaran hebat yang diberikan, mana mampu seorang Nova Leeza untuk menolaknya. haha Paling digilai adalah koleksi kotak bungkusan Althea, berubah mengikut musim, perayaan dan sesuatu event. Memang ai suka tengok kotak-kotak lawa-lawa ni, seperti hiasan juga kekdahnya. Althea ini ditubuhkan pada tahun 2015 oleh  Frank Kang. Cerita asalnya, beliau selalu diminta untuk tolong belikan barang-barang kosmetik Korea jika beliau ke sana, jadi dengan itu beliau tubuhkan sebuah syarikat yang diberikan nama Althea, yang memang menjadi one stop center untuk barangan kosmetik dan penjagaan kulit dari Korea. Sekaran ni Althea dah ada di 200 buah negara. Wow!


Kalau nak tahu penjagaan kulit zaman sekarang ni memang banyak langkah-langkahnya. Kalau bagi Nova, memang ai tahu jugalah step-step untuk setiap produk sebab ai dah banyak ikuti bengkel-bengkel kecantikan dan pengenalan pelbagai jenis produk. Bukan tak bagus, it depend pada seseorang, kalau ada banyak masa dan rajin dan suka ok je kan. Tapi dengan produk penjagaan kulit Bare Essentials ni, mereka bagi mudah dengan hanya 3 langkah penting yang wajib ada dalam set penjagaan kulit. 3 produk ini bertindak untuk menyuburkan kulit, menjadikannya kelihatan cerah, bersinar, dan cantik. Ya 3 sahaja. Mudah. Kulit BOOM! Lawa. 10 langkah jadi 3 langkah sahaja, maksudnya, walaupun 3 langkah tapi semua kebaikan dari 10 langkah tu ada dalam Bare Essentials ni. 3 langkah tu adalah pembersih muka, toner dan pelembab.


Produk ni baru sahaja dilancarkan oleh Althea dan Nova sangat teruja kerana menjadi orang terawal dipilih untuk mencuba produk ni. Pertama kali datang bungkusan Althea ke rumah, rasa tak sabar nak buka kotak. 

Bila buka kotak, Wow.. lawa packagingnya. Putih. My fave! dan simple! Sama macam langkah penjagaan kulit dia 3 step je. Bare Essentials ini terdiri daripada tiga produk hypoallergenic yang sesuai untuk semua jenis kulit. Pertama, The Contour Cleanser 150g RM23.00. Packed with soothing Ice Plant and detoxifying Lemon Myrtle extracts. Pembersih ini padat diisi dengan mikro kapsul yang bertindak balas apabila bersentuhan dengan air untuk membersihkan, meembuang sisa-sisa kulit mati, dan menyahtoksik kulit secara perlahan. The Contour Cleanser membantu untuk melancarkan peredaran darah, dan mengurangkan kembung/bengkak/tembam di muka supaya bentuk muka kelihatan lebih ramping.

kredit kepada gambar di laman web Althea

pakai sikit sahaja..buih banyak dan puas hati cuci muka. Rasa bersih teramat!

Kedua, The Primer Water 200ml RM43.00. Toner 2 dalam 1, menghidratkan dan juga sebagai primer. The Primer Water ini mengandungi patented dewdrop technology (Macro Fluidic Dispersion technology) yang perlahan-lahan masuk ke dalam pori kulit supaya penghidratan sampai menembusi jauh di dalam lapisan kulit. Dibuat dengan ekstrak salji Lotus, penjagaan kulit ini mempunyai tekstur yang luar biasa halus bak sutera menjadi kulit tampak berseri, seperti sebuah kanvas yang sempurna. Cara pakainya, boleh guna kapas muka atau sapu terus pada kulit.

kredit kepada gambar di laman web Althea

Ketiga, The Fixer Cream 50g RM50.00. Formula yang tidak berminyak, menyerap dengan cepat hasil manfaat Trehalose, bahan yang terdapat dalam kaktus yang melindungi kelembapannya, memberi penghidratan kepada kulit selama lebih dari 24 jam. Krim juga kaya dengan antioksidan yang diperoleh daripada minyak biji Camellia Sinensis (teh hijau), dan membantu dalam penjanaan kolagen menggunakan ekstrak Baobab Tree. Selepas penggunaan, kulit korang akan terasa segar dan bouncy.

kredit kepada gambar di laman web Althea

Dengan 3 langkah mudah ini, anda akan dapat kulit yang subur, kelihatan cerah, bersinar, dan cantik. Harga bagi ketiga-tiga produk ini hanyalah RM 116 dan ia kandungan setiap produk ini boleh dikatakan banyak. Mampu bertahan untuk sekurang-kurangnya 3 bulan. So ikutkan sebulan dan 38 sajor. Seminggu 10 sahaja. Itu kalau pakai 3 bulan, yang pandai jimat tu.. erm lama sikit dapat tu. Pembuatan Bare Essentials menggunakan teknologi canggih dengan bahan-bahan terbaik dan terpilih. Pastikan kulit anda sihat dahulu, agar bila menggunakan kosmetik, akan menjadi mudah, cepat dan tidak perlu tebal. Nak cantik tak? Jom sama-sama. Tak ada perempuan tak cantik tau kecuali perempuan yang malas!


*Althea memberikan anda tambahan 10% diskaun dan cermin edisi khas percuma jika anda membeli produk ini sekarang, jadi pergi ke www.althea.kr hari ini! 
#AltheaKorea #AltheaBE #AltheaBareEssentials #BareEssentials

Jom layan video...
A post shared by Nova Leeza 👩 (@nova.leeza) on


Sekian.

Oh jap jap belum habis lagi..

Dengan ini Nova nak berikan seorang yang bertuah untuk memiliki bukan 1 bukan 2 tapi 5 sample Bare Essentials ni (pos ai bayar) haa.. caranya mudah sahaja, jawablah soalan ini dengan kreatif. (Komen blog sahaja)

Kenapa anda mahu mencuba Bare Essentials?




ok good luck ya!

Comments