Jom Kumpul Koleksi "Sukan Ria" CARRIE JUNIOR, Anak Mesti Suka!

Salam,
Holla semua. Mandikan anak-anak adalah sesuatu yang menyeronokkan sekali bagi aku. Kadang-kadang aku biar je dia mandi sampai setengah jam. Macam-macam aktiviti dia buat masa mandi, dan segala jenis bekas dia bawah masuk bilik air. Main sabun, main tuang-taung air, main masak-masak pun ada. Yerla kan, zaman sekarang ni kan budak-budak banyak luang masa bermain telefon, tengok hp lama-lama. Termasuklah anak aku si eiman dan adiknya Fatimah. So, masa mandilah aku akan biarkan dia buang masa dengan aktiviti fizikal macam ni.


Korang cari Carrie Junior yang ada tulis Free 1 Toy Inside

Bila kanak-kanak ni banyak terdedah kepada teknologi, mereka akan lebih cenderung ke arah menjalani gaya hidup tidak aktif kerana leka dengan gajet. Actually, kanak-kanak ni secara semulajadi gemar bermain dan mereka seharusnya digalakkan untuk menjadi aktif. Latihan sukan dan permainan sangat bagus kerana aktiviti bersenam macamni akan mengekalkan kesihatan dan membantu perkembangan fizikal mereka.

Contohnya, bermain dengan air. Ia merupakan aktiviti paling digemari oleh kanak-kanak, dan waktu mandi sememangnya merupakan masa yang paling sesuai untuk bermain bersama permainan mereka. Walaupun mainan seringkali dilihat sekadar permainan dan sesuatu yang menyeronokkan, namun ia sebenarnya lebih dari itu. Mainan sekurang-kurangnya dapat membantu si manja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri. Ia akan mengukuhkan kemahiran fizikal mereka, menggilap kemahiran sosial dan emosi, serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan.


Nak tahu tak, CARRIE JUNIOR telah mereka 6 figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda kanak-kanak. CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokan masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai murni di dalam interaksi semasa bermain dengan permainan dengan cara yang kreatif dan imaginatif. wow!

Sebanyak 6 figura mainan comel yang terdiri daripada CARRIE JUNIOR- si gajah yang gemar bermain bola sepak, SPEEDY TOMMY- si kura kura yang terpantas di atas trek larian, TUFFY TEDDY- si beruang yang paling kuat, DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan hoki, SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong, dan juga trofi kejohanan sukan yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml.

Wah wah tak sabar rasanya nak tengok mainan apa yang eiman dan adik dapat ni. haha Mummy juga yang terlebih excited. 

Pembungkusan CARRIE JUNIOR sama je dengan sebelum ini, cuma koleksi mainan baharu ini akan disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ yang akan menempatkan figura mainan ‘misteri’ dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokan. Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria yang baharu, masa mandian si manja pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana dapat menggunakan imaginasi mereka.

Jom mandi anak-anak!

Koleksi figura CARRIE JUNIOR & Buddies boleh didapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash serta CARRIE JUNIOR Kids Shampoo bersaiz 700ml

Wah! Dapat trofi la!


Jom.. siapa menang main lumpa lari ni dapat trofi! Lepastu boleh bawak mandi trofi ni sama-sama!

Nah.. mana satu yang akan korang dapat! Wow excitednya!


Carrie Junior sememangnya menjadi pilihan aku dan anak-anak kerana baunya yang sedap, pelbagai perisa, dan sabun pun banyak. Elok sangat kalau main buih. Kulit pun lembut je dahlah wangi. Aku akan beli head to toe Carrier Junior sebab suka cium rambut anak lepas mandi. Lama pulak tu baunya walaupun dah main peluh-peluh. CARRIE JUNIOR ni diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Best! 😃

Mak suka, anak apatah lagi kan. Dah selesai mandi dan wangi2 dah budak ni. Lepas mandi lama-lama memang dia ceria macam ni. Mood pun elok je. 

Maklumat Lanjut :


Ingat gajah, Ingat Carrie Junior!

Sekian, terima kasih kerana berkunjung ke sini!

Comments