Kedai Baju Musim Sejuk | Winter Jacket Cantik dan Harga Berpatutan

Salam,
Holla semua. Minggu ni memang huru-hara sikit hidup family kecik aku ni. Huh! Lap peluh. Tapi itu semua lumrah kehidupan kan. Hidup mesti diteruskan dan as long as kita bersabor, InsyaAllah semuanya akan ok. haha.. Sementara menunggu husband aku kerja malam dengan anak-anak yang selamat dah tido, aku nak share informasi sangat berguna dengan korang, "Mana Nak Cari Baju Musim Sejuk Yang Lawa Sangat dan Harga Mampu Milik". Masa aku travel over the sea dulu, (tahlah tu sekali je yang dapat pergi musim sejuknya), mengagau aku dengan husband cari kedai baju musim sejuk. Masa tu dah nak masuk winter, tapi belum masuk lagi, paling rendah dalam 4-5 darjah celcius. Sejuk gakla. Tahu jelah kan janet kan, baju sejuk mana ada yang murah kot. Yang kita ni nak pergi paling kuat sekali setahun, pakainya 4-5 hari je. Kalau boleh dijimatkan helok sangatlah!

Semestinyalah warna merah menjadi pilihan aku kan. Nak bergambar nanti nampak lawalah sikit.
Credit Gambar dari http://www.aloverofvenice.com/pictureweek/pictureweek-2011.html

Masa aku sampai di kedai ni, ada satu signboard bagitahu Winter Jacket Starting Price RM 50, Third Floor. 50? Murahnya bhai! Mana nak cari lawa RM 50? Adui! sakit hati betulla, kenapalah dulu tak jumpa kedai ni. Lawa-lawa trendy punya style. Korang boleh layan beberapa gambar Winter Jacket yang aku pilih dan rasa berkenan ni. Korang pun mesti suka. Harga pula, memang berpatutan, paling mahal pun RM 250, tapi yang RM 250 tu memang brand power dan tahan sejuk up to -20 la kan, tu pun ada beberapa helai je harga RM 250 tu, majority semua RM 50 - RM 80. Saiz katanya ada sampai 3-4 XL, tapi untuk lebih kepastian dengan stok dan barang yang ada silalah whatsap kedai ni ye di nombor 012-3900520 untuk sebarang kemusykilan.


Mula aku masuk je aku berkenan dengan Duffel coat putih ni, style yang Korean, Japanese dan European suka pakai. Ciri-ciri modern winter jacket dengan bulus tu buat aku nampak cool habis. Cun kan kan! Yang belakang coklat tu pun lawa jugak tu. Kalau korang pergi sini boleh rambang mata tau tak. So bawaklah duit lelebih sikit sebab korang akan keliru,emosi tak stabil dan akan hilang pertimbangan di kedai ni. Maka si suami pun silalah bantu si isteri untuk membuat keputusan kalau dia dah sejam asyik pakai buka pakai buka je baju sampai tatau nak pilih mana satu. haha. πŸ˜ƒ


Bila aku tengok baju ni aku rasa macam nak bercuti ke Jordan pulak. Ameen. Mana tahu angan-angan membawa kepada kenyataan ye tak.

Ni belakang jaket hitam ni. Labuh sesuai dengan gaya muslimah gittew.


 Next, yang merah ni bila aku pakai, aku rasa macam nak pergi korea. Jeju Island ke, sambil bergambar atas feri, atau sewaktu menghirup secawan teh. ececcece berangan seh.

Belakang di style juga.

Next, yang ni aku rasa macam nak ke Paris. Sebab aku nampak artis mana tah pakai bulu-bulu camni ke Paris. Tapikan, masa aku pakai ni si Fatimah tu cakap "Mummy, Dog!". Tepuk dahi.

Ni pun ok jugak, tebal dan belang-belang. Nampak real bulu dia lawa. Tapi dalam gambar ni macam tak menggambarkan kecantikannya. Maybe sebab aku yang pakai so tak nampak lawa. ahaha

Ni kalau  nak pergi Mount Fuji Japan, boleh sarung baju ni. InsyaAllah tak kejung. Oh ya, baju-baju di sini katanya adalah :

Our products are imported directly from JAPAN, high quality and original branded pre-loved items with very affordable price, for premium quality. we are focusing on winter / autumn / Spring as well as outdoor preloved clothing

Bukan sahaja ada baju untuk mak-mak atau pak pak, baju sejuk untuk anak-anak pun ada juga. Sample macam Fatimah dan Eiman pakai kat bawah ni.

Baju ni eiman yang pilih sendiri. Posing style semua dia buat sendiri. Dah terbiasa sangat agaknya mak dia suh bergambar.

Oklah ni, dah boleh teman daddy naik motor besar.

dan contoh baju lelaki adalah... yang bawah ni memang menjadi kegilaan jejaka-jejaka. Kalau tak keluar negara, pakai di Malaysia masa musim hujan pun ok juga. Ada je aku nampak orang pakai.  

Ni lawa. Hitam memang tak pernah mengecewakan. Serius cool la.

Skema. πŸ˜‰

Ha, ni yang trending sangat ni sekarang ni. Jenis bulu-bulu cenggini. Baju-baju kat kedai ni, sumpah lawa-lawa and trendy, belek-belek lah semua pun trendy, tak nampak yg outdated pun! Jumlah baju kat sini hampir 2,000 pcs dalam satu masa. Ha.. banyak gila kan! Paling susah nak carikan, trench coat yang cantik. Tapi kat sini melambak je. Stok baru selalu je masuk so, akan ada baju lawa-lawa setiap masa.



Hitam cool sangat. Kalau jenis macam bawah ni, memang takkan out of season. 

Putih. lawa gak ni.

So, dalam 2000 tu InsyaAllah lah, ada yang akan menarik minat korang.

Ada juga discount/sale corner

Ada juga scarf yang macam-macam style.

Yang ni jenis sekali pusing kat leher. Bulu jugakla yang aku pilih. hehe


"Baju2 ni mmg lawa2, kualiti pun bukan biasa2, material ada yg 100% wool, majority 60-80 % wool. Utk kualiti mcm ni, harga baru dia mmg tak murah, boleh cecah ribu2.

.

Tapi kali ni, anda boleh dpt jaket kualiti ribu2 tu dengan harga yg cuma RM50 - RM150! Majority harga kami RM50-80. Memang sgt sgt sgt MURAH!



Anda jimat beribu2 ringgit! Yg penting, its works utk musim sejuk anda.

Anda boleh dtg tepat jam 10.30 pg ni, sbb sudah tentulah anda yg dtg awal akan dpt lebih byk pilihan baju yg lawa2! Sbb baju lawa2 jarang stay lama2. Selalu tak sampai sehari dah soldout! . "





Atau kalau korang tak ada masa nak ke kedai, boleh beli online di :


Untuk puas hati dan cuba, rasa silalah ke kedai di :

Alamat : No.12-3 Dkebun Commercial Centre, 
Jalan Desa Putera 43/KS 08, 41200, 
Klang, Selangor 
(landmark : Johan setia OR Al- Aqsa carpet jalan kebun)

Buka Pada Jam 10.30 pagi - 10.00 malam (Sabtu - Khamis) Jumaat Tutup

Korang tengok jela Facebook Page dengan Instagram diorang, semua rasa lawa. Oh!... lawanya! πŸ˜ƒ

Sekian perkongsian daku untukmu. Akan bersambung Part 2. Stay Tuned!



Comments