Resepi Rendang Kerang Kacang Panjang Mak

Salam,
Holla. Marah betul kawan aku sorang ni sebab post gambar gambar kerang kacang panjang hasil tangan mak aku minggu lepas. Terus dia pm nak resepi haha. Sorryla baru nak up kat blog. Aku sebenarnya seminggu dah asyik teringat nak makan rendang kerang kacang panjang ni, tapi tak reti langsung nak buat. Resepi pun tak tahu.. tahu makan je selama ni. Kalini balik kampung baru nak belajar dengan mak. Actually, arwah nenek aku yang suka makan rendang kerang kacang panjang ni. erm.. sedapnya rendang kerang ni.. Kalau orang perak (sebelah mak) panggil masak membai rendang kerang. Sebab dia berkuah kami panggil membai. Nak tahu resepi? Jomlah, aku kongsikan, tak sangka mudah sangat campak-campak je. 


Bahan-bahan adalah:

Kerang (rebus dalam 10 minit) asingkan
Bawang merah 2-3 biji
Bawang putih 3-4 ulas
Serai 2-3 batang tumbuk halus
Halia setengah inci potong halus
Cili boh 3 senduk kecik
santan 2 paket
Garam 
Serbuk kunyit
Secukup rasa
Daun kunyit (carik halus)




Mula-mula rebus kerang dan ambik isi.. basuh dan tos selepas buang cengkerangnya

Panaskan kuali, api kecik je.. kecik tau

Masukkan sikit minyak 
Masukkan kacang panjang
Masukkan bawang putih

Masukkan halia

Masukkan serai yang telah ditumbuk

Masukkan bawang merah

Masukkan cili boh 3 senduk kecik

Masukkan serbuk kunyit

Masukkan santan

Masukkan je semua bahan-bahan tadi ha.. ko campak je semua

dengan api perlahan tu lah, kacau bagi dia masak

Then masukkan gula sikit 

Masukkan garam sesudu kecil

Masukkan serbuk perasa, daun kunyit,  
dah mendidih masukkan kerang tadi. Jangan lama sangat nanti kerang tak sedap.

Tadaaaa... dah siap untuk lauk buka puasa. Senang sangat sangat nak masaknya!
Cubalah.. kompom jilat jari kaki..hahhaa

Suami pun makin sayang sebab bini pandai masak ... haha :)

Ok abis dah.

Anda suka.. sila like hehe tq


Comments