Tempat-Tempat Menarik di Pulau Langkawi

Salam,
Holla semua. Pulau Langkawi memang tidak asing lagi bagi kita. Diantara pulau yang terkenal di Malaysia kerana sejarahnya, kerana bebas cukai dan kerana kecantikan alam semulajadinya. Jika berkesempatan, kami sekeluarga akan berkunjung ke sini. Kira-kira sudah beberapa kali kami ke Pulau Langkawi. Memang selalu je rindu untuk ke pulau ni. Terutamanya bila ke pantai Cenang, main pasir, mandi air laut, tiupan angin kencang sambil duduk di bawah payung. Ohh!! rindunya. Bagi mereka yang hendak ke Pulau Langkawi, Nova nak kongsikan dengan anda beberapa tempat menarik di Pulau Langkawi yang Nova pernah kunjungi. 

"Restoran Wan Thai"
Tempat makan pertama yang akan Nova pergi jika sampai di sini adalah "Restoran Wan Thai". Bila sampai, mesti laparkan, so restoran ini memang manjadi pilihan kami sekeluarga kerana masakan yang dihidangkan di sini memang sedap-sedaplah semuanya, tidak pernah mengecewakan. Lazat-lazat belaka weh. Terutamanya, ayam masak pandan, siakap masam manis dan tomyam seafood. huh! selesai licin kami makan. hehe


"Underwater World Langkawi"

Kemudian, keesokan harinya kami akan ke Underwater World Langkawi. Underwater World Langkawi ni terletak tidak jauh dari Pantai Chenang. Macam-macam hidupan laut ada di sini. Kalau ada anak-anak kecik memang tempat ni wajib singgah. Mesti budak-budak tu seronok nanti. Diantara haiwan yang ada kat dalam ni adalah pelbagai spesis ikan, penguin, sotong kurita, ular sawa pun ada tau. Memang berbaloi masuk kat sini. Kawasannya luas juga dan bersih. 



"Main Pasir di Pantai Cenang!"
Tak sahlah kalau tak ke Pantai Cenang. Jangan lupa bawa peralatan bermain pasir ye. Pantai di sini luas, jadi main pasir sepuas-puasnya ya! Lepas main pasir kita mandi laut, tapi kalau nak lagi ekstrem bolehla naik watercraft atau banana boat atau naik parasailing. Kalau nak pergi ke sini seelok-eloknya datanglah pagi sikit supaya tidak panas dan kulit pun tak terbakar. 


"Island Hopping Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah"
Island Hopping. Bestnya dapat ke Pulau Dayang Bunting dengan Pulau Beras Basah. Kemudian, kami ke tengah laut dan bagi makanan pada burung helang. Satu pengalaman yang sangat-sangat menarik! Pemandangan di pulau-pulau ni memang superb. Lawa sangat. Airnya jernih sangat. Nova suka Pulau Beras Basah sebab airnya jernih sangat-sangat dan jauh dari pencemaran. Seronoklah menikmati pemandangan macam ni, tenang je... Kalau tak pernah pergi Island Hopping korang kena cuba tau! At least sekali seumur hidup tau!


"Bird Paradise Wildlife Park"
Bird Paradise Wildlife Park ni awesome sangat. Bagi penggemar binatang macam Nova dan anak-anak setiap kali ke Langkawi mesti pergi ke sini. Tahu tak kenapa? Sebab kita boleh bagi makan dekat haiwan-haiwan ni. Memang jinak-jinak tau haiwan di sini. Ada burung, ikan, anak rusa, kancil, ikan, arnab dan macam-macam lagi. Memang penat juga berjalan sebab besar juga dalam ni. Budak-budak mesti seronok sangat-sangat! Cubalah tau!


"Makan Laksa Ikan Seekor di Sebelah Airport Langkawi"
Bagi yang datang dengan kapal terbang, bolehlah singgah makan dulu di sebelah Airport Langkawi untuk makan Laksa Ikan Seekor, pasembur, char-kueteow dan macam-macam lagi. Macam-macam ada. Kalau flight tu petang sikit elok sangat dah tu, sambil menikmati pemadangan laut yang terbentang luas dan bunyi kapal terbang.. sambil hirup kuah laksa memang terbaek! Bolehlah nanti cuba singgah makan kat sini ye, Waze je sampailah tu nanti.


"Shopping di Gamat Nusantara"
Ha...Gamat Nusantara, salah satu port shopping minyak gamat yang glemour di Langkawi ni. Aku pun bila masuk kedai ni dah tak tahu nak ambik apa, akan rambang mata. Sediakan duit jelah.. hehe.. Macam-macam produk gamat ada. sabun muka, sabun ketiak, sabun pencuci wanita, aih. semua adalah. Kalau ke Langkawi mesti kena beli minyak gamat berkodi-kodi, simpan stok dan bagi kat kawan-kawan ye tak. Kedai ni senang nak jumpa memang tepi jalan je.


Ha.. itulah diantara tempat-tempat menarik yang Nova boleh suggestkan pada anda. Jika anda ada lokasi best yang nak dikongsi bersama, korang boleh letak di komen di bawah ye. Besides these interesting places to visit, if you want to find a hotel, you can "check out list of hotels in langkawi".

Ok korang, jumpa lagi.

Sekian.


Comments